You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KG BUKIT ULU NERUS

SETIU, TERENGGANU

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN


TAHUN 2022

ANJURAN:

PANITIA SEJARAH

PANITIA BAHASA MELAYU

PANITIA PENDIDIKAN SENI

PUSAT SUMBER SEKOLAH


SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
SK KG BUKIT ULU NERUS
2022
1.0 Pendahuluan

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun
bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari
Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi
memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos
ini, negara kita telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 65. Oleh
itu, sambutan bulan kebangsaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk
semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara
serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari
ini.

2.0 Matlamat

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya


menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur
Gemilang sepanjang masa.

3.0 Objektif

a. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-


pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
b. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
kemerdekaan.
c. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan di semua peringkat.
d. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka
semasa menjalankan kempen ini.

4.0 Anjuran

Panitia Sejarah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu, Panitia Pendidikan


Seni dan Visual, Panitia Pendidikan Jasmani dan Pusat Sumber Sekolah.

5.0 Sasaran

Semua murid dan warga kerja SK Kg Bukit Ulu Nerus

6.0 Cadangan Tarikh Pelancaran Bulan Kebangsaan

Tarikh : 30 Ogos 2022

Hari : Selasa
Tempat : Kantin HITS

7.0 PENGISIAN BULAN KEBANGSAAN

a. Pelancaran Bulan Kebangsaan

i. Upacara menaikkan Jalur Gemilang dan diikuti nyanyian lagu negaraku, lagu negeri
dan lagu patriotik
ii. Ucapan perasmian dan laungan MERDEKA oleh Guru Besar
iii. Perarakan Kemerdekaan
iv. Tayangan Video Kemerdekaan

b. Aktiviti dan Pertandingan Sepanjang Bulan Kebangsaan

i. Tayangan Video Kemerdekaan


ii. Basikal Berhias
iii. Busana Kemerdekaan
iv. Rekacipta Tema Merdeka
v. Sajak / Syair (Setiap Kelas)

c. Penutupan Bulan Kebangsaan

i. Upacara menaikkan Jalur Gemilang dan diikuti nyanyian lagu negaraku, lagu negeri
dan lagu patriotik
ii. Deklamasi Sajak
iii. Pertandingan Baju Berhias
iv. Pertandingan Basikal Berhias
v. Penyampaian Hadiah
vi. Ucapan Perasmian Penutupan Bulan Kebangsaan oleh Guru Besar

Tentatif Program Penutup Bulan Kebangsaan 2022

11.00 pg : Semua murid berkumpul di Dewan.


: Alu – aluan pengacara majlis
: Persembahan murid
: Pertandingan Pakaian Busana Merdeka
: Ucapan perasmian penutup : Tn. Guru Besar
: Penyampaian hadiah
Pertandingan Rekacipta Tema Merdeka
Pertandingan Basikal Berhias
Pertandingan Busana Merdeka

1.30 tghari: Bersurai


 
8.0 Anggaran Perbelanjaan

Peruntukan daripada Panitia Sejarah - RM420


Peruntukan daripada Panitia Seni - RM36.00
Peruntukan Pusat Sumber Sekolah - RM130.40

JUMLAH - RM586.40

Bil x harga
Bil Perkara Jumlah (RM)
seunit
1 Banner 8 x 4 1 x RM50 50.00
2 Banting Pelancaran Merdeka 3 x RM30 90.00
3 Hadiah Tempat Pertama (Mewarna) 6 x RM3.00 18.00
4 Hadiah Tempat Kedua (Mewarna) 6 x RM2.00 12.00
5 Hadiah Tempat Ketiga (Mewarna) 6 x RM1.00 6.00
6 Hamper Tempat Pertama (Replika) 1 x RM25.00 25.00
7 Hamper Tempat Kedua (Replika) 1 x RM15.00 15.00
8 Hamper Tempat Ketiga (Replika) 1 x RM10.00 10.00
9 Hamper Tempat Pertama (Busana) 1 x RM25.00 25.00
10 Hamper Tempat Kedua (Busana) 1 x RM15.00 15.00
11 Hamper Tempat Ketiga (Busana) 1 x RM10.00 10.00
Hamper Tempat Pertama (Basikal
 12 1 x RM25.00 25.00
Berhias)
Hamper Tempat Kedua (Basikal
 13 1 x RM15.00 15.00
Berhias)
Hamper Tempat Ketiga (Basikal
14 1 x RM10.00 10.00
Berhias)
Hadiah Saguhati
15 10 x RM7.00 70.00

16 Karpet Merah 1 x RM130.40 130.40


17 Hiasan 1 x RM60.00 60.00

  Jumlah Besar   RM586.40


9.0 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Zaidi bin Ismail (Guru Besar HITS)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Shafinie Abdullah (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Naim bin Dahalan (GPK HEM)

Naib Pengerusi 3 : En. Mohd Azizi bin Ab Rahman (GPK Kokurikulum)

Penyelaras : En. Muhammad Norzikri bin Ruslan

Pengacara Majlis : Mohd Na’im Bin Dahalan


Bacaan Doa : Ust Mohd Nizam Bin Yusof
Brosur : En. Muhammad Norzikri Bin Ruslan
Banner/Backdrop : En. Mohd Nizam Bin Yusof
Lagu Patriotik : En. Mohd Azizi Bin Ab Rahman
Perarakan : Semua Guru
Persembahan : Pn Nur Fatnin Izni Binti Mohd Rifqi
Persiapan Pentas : Pn. Nor Afida Binti Ghazani
Pn. Ainon Binti Othman
En Mohd Azizi Bin Ab Rahman
Pengawas sekolah
Fotografi : En. Mohd Nizam Bin Yusof
PA Sistem : En. Muhammad Norzikri Bin Ruslan
Pengawas Sekolah
Kawalan Murid : Cik Raznah binti Azizan
Dokumentasi : En Muhammad Norzikri Bin Ruslan
Hadiah : Pn. Nor Afida Binti Ghazani
Pn Siti Noorul Ahyat Binti Ab Aziz
Hakim Pertandingan : Replika Tema Merdeka
1. En. Mohd Azizi Bin Ab Rahman
2. Pn. Ainon Binti Othman
3. Pn. Shafinie Abdullah
Basikal Berhias
1. Mohd Na’im Bin Dahalan
2. En. Muhammad Norzikri Bin Ruslan
3. Pn. Siti Noorul Ahyat Binti Ab Aziz
Busana Kemerdekaan
1. Cik Raznah Binti Azizan
2. Pn. Nur Fatnin Izni Binti Mohd Rifqi
3. Pn. Nor Afida Binti Ghazani
10.0 Penutup

Diharap Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan yang diadakan di peringkat sekolah ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang erti kemerdekaan. Selain itu,
melalui aktiviti – aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk pelajar supaya berjiwa
patriotik yang sayangkan serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri.

Disediakan oleh Diluluskan oleh

………………………………… …………………………………
( ) ( ZAIDI BIN ISMAIL)

Guru Besar SK Kg Bukit Ulu Nerus

You might also like