You are on page 1of 8

Sekolah Menegah Agama Arabiah Kluang

_________________________________________________________________

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MAK 2022

Tarikh :

14 OGOS Hingga 21 SEPTEMBER 2022

Tempat :

SEKOLAH MENENGAH AGAMA ARABIAH KLUANG

1
KERTAS KERJA
PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK
2022

1. PENDAHULUAN

Bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat
penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi
muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah
perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar.

Tema kemerdekaan pada tahun ini, iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama yang
dipilih bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam
mengharungi cabaran dan dugaan pandemik covid-19

Bagi Sekolah Menengah Agama Arabiah Kluang (SMAK), tema ini juga berkait
rapat dengan semua pelajar MAK yang dianggap sebagai sebuah Keluarga MAK dan
dalam masa yang sama sentiasa teguh bersama mengharungi segala cabaran dan
rintangan ketika berada di bumi MAK

Oleh itu, Program Bulan Kemerdekaan ini perlu dilaksanakan di Sekolah Agama
Arabiah Kluang supaya dapat menarik minat pelajar ke arah menyemarakkan semangat
patriotisme, kekitaan dan kesepakatan dalam kalangan pelajar . Dalam masa yang sama
memupuk semangat Keluarga MAK dalam kalangan warga MAK

Golongan pelajar inilah yang diharapkan akan menjadi pewaris yang dapat
mengekalkan sejarah warisan negara dan bangsa. Malah dengan suntikan semangat jati
diri yang tinggi dan keprihatinan terhadap warisan sejarah negara kita, diharap mereka
mampu menjadi pemimpin masa depan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

2. MATLAMAT

Menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluaskan dan memperkukuh


semangat kekitaan seiring dengan perpaduan/kesepakatan yang menjadi penggerak
kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelajar MAK

3. OBJEKTIF

3.1 Menyemai semangat cinta akan negara, bangsa, agama dan sekolah dalam
kalangan warga MAK
3.2 Membantu pelajar membentuk kesedaran dan memahami erti kemerdekaan yang
sebenar.
3.3 Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
3.4 Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan kemerdekaan
yang dapat menyokong proses PdPc

2
3.5 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
3.6 Menyemai rasa syukur terhadap nikmat keamanan yang Allah kurniakan kepada
negara kita.
3.7 Mewujudkan semangat ’Keluarga MAK Teguh Bersama’ dalam diri warga MAK

4. TARIKH

14 Ogos 2022 hingga 21 September 2022

5. TEMPAT

Sekolah Agama Arabiah Kluang

6. CADANGAN PERASMI

Pengetua Sekolah Agama Arabiah Kluang

7. TEMA

3
8. PENGISIAN PROGRAM

i) PERTANDINGAN DAN AKTIVITI


Bil Program Perincian Penglibatan
2. Pertandingan Poster  Pelajar mencipta poster Pelajar
#KeluargaMalaysiaTeguh bertemakan mengikut kelas
Bersama #KeluargaMalaysiaTeguhBersama waktu seni 1-3
3. Pertandingan Nyanyian  Pelajar menyanyikan secara solo Pelajar
Patriotik lagu berunsurkan patriotik mengikut PBB

6. Pertandingan kelas  Satu kelas akan dipilih sebagai Pelajar dan


merdeka pemenang pemenang kelas guru kelas
merdeka
11. Pertandingan Deklamasi  Pelajar mendeklamasikan sajak Pelajar
Sajak Merdeka bertemakan kemerdekaan mengikut PBB

9 .BELANJAWAN

SUMBER BELANJAWAN
BIL PERKARA RM
1 DUIT PANITIA SEJARAH RM 400
2 Sumbangan PIBG DAN KOPERASI RM 400
Jumlah RM 800

10.1 PERUNTUKAN PIBG

Bil Perkara Perbelanjaan/Hadiah Pemenang


1 Pertandingan Nyanyian Patriotik Johan = RM 30.00 1)
Naib Johan = RM 25.00 2)
Ketiga = RM 20.00 3)
Keempat = RM 15.00 4)

Jumlah RM 90x2=180

2. Pertandingan kelas merdeka Pemenang RM50.00X2

Jumlah 100

4
3. Pertandingan Deklamasi Sajak Johan = RM 30.00 1)
Merdeka Naib Johan = RM 25.00 2)
Ketiga = RM 20.00 3)
Keempat = RM 15.00 4)

Jumlah RM 90.00x2=180

Gimik 100
4. Pograam melukis mewarna Mewarna hadiah 3 orang 1 kelas
kemerdekaan
3x5=15 15x4=RM60
3X5=15 15X4=RM 60

HAMER KAIN RENTANG

30X4=120

RM 220

JUMLAH 780

11. JAWATANKUASA

JAWATANKUASA BULAN KEMERDEKAAN

SEKOLAH MENENGAH AGAMA ARABIAH KLUANG

2022

Pengerusi
Puan Hjh Rohana binti Zainal
(Pengetua)

Timbalan Pengerusi
Tn. Hj. Mohd Nor bin Semat
(Penolong kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi
Ustaz Razak bin Talib Ali
(Penolong Kanan Kokurikulum)

Ustazah Istiqomah bin Salihan


(Penolong Kanan Tingkatan Enam)

Setiausaha
Pn. C.W.Nor Syuhada Binti C.W.Daud

5
Penolong Setiausaha
Pn. Emi Rosmira binti

Bendahari
Pn. Ainon Binti Roslan

Penyelaras : Nur Muhammad Syafiq bin Zawawi


JK Juruacara Majlis JK Siaraya
En Muhammad Aslizan bin Hassan En. Norazhan bin Ariffin (K)
Pn Emi Rosnira Binti Muhammad En. Mohd Zulfadli bin Ariffin
JK Tayangan Multimedia & Montaj JK Persiapan Tempat Dan Dewan
pemenang Cik Norhanieza binti Mohd Abbas (K)
En. Muhammad Nuraizat bin Abdul Rahim (K Pn Nik Fazira Binti Mohd Ghazali
En Engku Ahmad Shahril bin Che Ku Ali
JK Backdrop dan Banner JK Bacaan Doa
Pn. Maimunah binti Abdul Hamid En Mohd Uzair Bin Abdul Rahim
Pn.Roslina binti Ali

JK Gimik Perasmian dan persembahan JK Bicara Tokoh(KULIAH DHUHA


Pn Mariatun Khabitah Binti Mohd Ikmal En Mir Azizierahimi bin Mustafa
Hisham Pn Nurfatinatul Ezzah binti Tajudin
Pn Norazah binti Md Zin
En Mohamad Safuan bin Rosli
Ahmad Daniel Bin Hassan

JK Hadiah & Cenderamata JK Pertandingan Kelas Merdeka


Pn. Herlina binti Syarial Pn. Ainon bin Roslan (K)
Pn Nurul Izati Izyan binti Hamidi Pn Nurliyana binti Sabri

JK Lagu Patriotik JK Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka


Pn. Dewi Rohani binti Ahmad Shukri(K) Pn. Nur Ilham Izzah Binti Muhammad
Pn Siti Salwa Binti Alias Pn. Norida Binti Kadmo

6
12. ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
Tarikh : 14/8/2022
Hari : Ahad
Tempat : Sekolah Menengah Agama Arabiah Kluang

l
7.15 pagi : Pelajar dan guru bersedia

7.30 pagi : Nyanyian lagu Negaraku/doa

: Gimik perasmian

: Ucapan dan perasmian Bulan Kemerdekaan MAK


oleh pengetua

: Nyanyian lagu tema kemerdekaan

8.30 pagi : Majlis Bersurai

13. ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SDAR 2022

Tarikh : 20/9/2022
Hari : Rabu
Tempat : Sekolah Menengah Agama Arabiah Kluang

: Pelajar dan guru berkumpul

9.00 Pagi : Nyanyian lagu Negaraku/doa

: Tayangan montaj & Persembahan para pemenang


pertandingan

: Ucapan dan penutupan Bulan Kemerdekaan MAK


oleh tuan pengetua

: Pengumuman para pemenang

: Nyanyian lagu tema kemerdekaan

10.30 pafi : Majlis Bersurai

7
14. PENUTUP
Dalam usaha membentuk kemenjadian pelajar yang seimbang dari segi jasmani ,
emosi, rohani dan jasmani, pebagai usaha perlu dilakukan bagi memastikan hasrat ini
tercapai. Oleh itu, program bulan kemerdekaan ini diharap akan dapat memupuk jati diri
pelajar supaya mengamalkan rasa cinta dan sayang pada MAK dan seterusnya taat setia
dan berbangga menjadi warganegara Malaysia . Program ini juga diharap akan dapat
mengeratkan lagi hubungan dan persaudaraan semua warga MAK sejajar dengan kata
pepatah ‘bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’.

Disediakan oleh,

......syuhadadaud…..
(C.W.NOR SYUHADA BINTI C.W.DAUD)
Setiausaha
Program Bulan Kemerdekaan MAK 2022

You might also like