You are on page 1of 8

KERTAS KERJA SAMBUTAN

KEMERDEKAAN KE-61

DAN HARI MALAYSIA

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2018

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN KESENIAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BULAU

‘’SAYANGI MALAYSIAKU’’
1.0 Pendahuluan
Panitia Pendidikan Keseniaan akan mengadakan aktiviti Sambutan Kemerdekaan
dan Hari Malaysia bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Kampung Bulau bagi tahun
2018. Justeru, pihak Panitia mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan
Hari Kemerdekaan Ke-61 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’. Sambutan Kemerdekaan dan
Hari Malaysia ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari
Tahun 1 hingga Tahun 6 serta ibu bapa dan penjaga. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga
aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain
sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra
dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Bulau.

2.0 Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi


memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Kampung Bulau serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep
dan rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha
meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan yang dianjurkan dalam peringkat sekolah
dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Bulau
secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu
mengharumkan nama baik Sekolah Kebangsaan Kampung Bulau di peringkat yang lebih
tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3.0 Objektif

i. Menanam sikap sayang dan cinta akan sekolah dan seterusnya kepada negara.
ii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iii. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
iv. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta menghargai jasa
pemimpin.
v. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vi. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
vii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima
kasih atas jasa-jasa mereka.
viii. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
ix. Mencungkil bakat pelajar.
x. Menguji pengetahuan am para pelajar.
xi. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiii. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xiv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 Anjuran

Panitia Pendidikan Keseniaan.


5.0 Sasaran
Semua pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Bulau.

6.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan


Tarikh : 18 September 2018
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

7.0 Cadangan Aktiviti

8:00 pagi : Guru, staf, ibu bapa/penjaga dan murid-murid berkumpul


di tapak perhimpunan sekolah.
: Sesi bergambar beramai-ramai.

8:15 pagi : Taklimat perarakan dan keselamatan oleh Ustaz Mohd


Azamuddin untuk guru-guru dan murid-murid sahaja.
(Ibu-ibu diminta untuk menyediakan jamuan bersama Pn. Maria
dan Pn. Rohaiya)
8:30 pagi : Perarakan dimulai oleh Ustaz Mohd Azamuddin dan En. Hannis
Syafiq.
(Perarakan diteruskan walaupun hujan renyai-renyai dan hanya
akan dibatalkan jika hujan lebat)
9:00 pagi : Tiba semula di perkarangan sekolah dan berehat seketika.

9:10 pagi : Majlis Rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan

Ibu Pertiwiku.

9:15 pagi : Bacaan doa daripada Ustaz Muhammad Azam bin Omizi.

9:20 pagi : Ucapan alu-aluan daripada Pn. Anita binti Othman.

(Guru besar)

9.25 pagi : Nyanyian Lagu Patriotik


Kita Punya Malaysia,Malaysia, Suara Malaysia dan Malaysia .
9.40 : Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik.
10:00 pagi : Jamuan.

10:30 pagi : Pertandingan Pakaian Bendera Murid-Murid.


11:00 pagi : Pertandingan Pakaian Etnik Terbaik.

11:15 pagi : Pameran dan Pertandingan Hiasan Kereta Sorong.

11:40 pagi : Penyampaian hadiah

12:00 tengah hari: Majlis dijangka selesai.

8.0 Perbelanjaan

a. Panitia Pendidikan Seni Visual

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


1. Flying Wheel Drawing Block 9 x RM2.70 24.30
2. Classic Colour Pencils 12L 3 x RM11.70 35.10
3. Classic Colour Pencils 24L 3 x RM23.20 69.60
4. Classic Colour Pencils 36L 3 x RM34.85 104.55
5. Buncho 12S Oil Pastel 3 x RM4.00 12.00
6. Buncho 16S Oil Pastel 3 x RM5.30 15.90
7. Buncho 24S Oil Pastel 3 x RM7.85 23.55
8. Stabilo Exam Grade Pencil 3 x RM10.40 41.60
9. UHU 8.2 Stic 3 x RM4.50 13.50
10. SAMS 24MM x 40 OPP Tape 3S 1 x RM4.30 4.30

Jumlah Keseluruhan 344.40

b. Panitia Pendidikan Muzik

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


1. Hamper Pakaian Etnik Terbaik 2 x RM50 100
2. Hamper Pakaian Bendera 2 x RM40 210
2 x RM35
2 x RM 30
3. Hamper Hias Kereta Sorong 1 x RM50 200
1 x RM45
1 x RM 40
1 X RM 35
1 X RM 30

Jumlah Keseluruhan 510.00

Perbelanjaan keseluruhan : RM 854.40


9.0 JAWATANKUASA
SAMBUTAN KEMERDEKAAN
DAN HARI MALAYSIA
SK KAMPUNG BULAU
18 SEPTEMBER 2018

Penasihat

Pn. Anita binti Othman

Guru Besar

Penyelaras Penolong Penyelaras

Pn. Nor Anis Suhani binti Mohamad Sukeri Pn. Sumanti binti Abdullah

Setiausaha Bendahari

Pn. Jurinawati binti Jorani Pn. Rohaiya binti Haji Lani

Pengerusi Majlis dan Doa Dokumentasi

Ustaz Mohd Azamuddin bin Abas En. Muhammad Zaid bin Mohd Ramli

Persiapan Latar Pentas

En. Muhammad Zaid bin Mohd Ramli

Pn. Jurinawati binti Jorani

Siaraya dan Persiapan Tempat

En. Jordan Jerome anak Assan

En. Kenedy anak Pangkau

Hakim Pertandingan

Pn. Anita binti Othman


En. Hannis Syafiq bin Omar

Perarakan, Keselamatan, Kecemasan dan Kebersihan

Ustaz Muhammad Azam bin Omizi

En. Hannis Syafiq bin Omar

Makanan dan Minuman

Pn. Maria Aphonsia anak Mitan

Pn. Rohaiya binti Haji Lani

Hadiah

Pn. Miriwati binti Abu Bakar

Pn. Nor Anis Suhani binti Mohamad Sukeri


10.0 Penutup
Diharap Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 dan Hari Malaysia peringkat sekolah ini
dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang erti kemerdekaan serta
perpaduan kaum. Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk
pelajar supaya berjiwa patriotik yang sayangkan serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan
diri sendiri.

Disediakan oleh ; Disahkan oleh ;

.................................................. .................................................
(NOR ANIS SUHANI MOHAMAD SUKERI) (ANITA BINTI OTHMAN)
Penyelaras Program, Guru Besar,
SK Kampung Bulau. SK Kampung Bulau.

You might also like