You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN

NAN HWA SITIAWAN

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


TAHUN 2020

ANJURAN:

PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

PANITIA SEJARAH

PANITIA GEOGRAFI

PANITIA PENDIDIKAN MORAL


1.0 Pendahuluan

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun
bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari
Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi
memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos
ini, negara kita telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 63. Oleh
itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk
semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara
serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari
ini.

2.0 Matlamat

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya


menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur
Gemilang sepanjang masa.

3.0 Objektif

a. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-


pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
b. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
kemerdekaan.
c. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan di semua peringkat.
d. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka
semasa menjalankan kempen ini.

4.0 Anjuran

Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Panitia Geografi, Panitia


Sejarah dan Panitia Pendidikan Moral.

5.0 Sasaran

Semua pelajar SMJK NAN HWA

6.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan

Tarikh : 15 Ogos 2020 - 16 September 2020

Tempat : Kawasan (Persekitaran) Sekolah


7.0 Cadangan Aktiviti

a. Mengibarkan Jalur Gemilang

8.0 Anggaran Perbelanjaan

a. Panitia Sivik dan Kewarganegaraan (PCG)

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


1. Jalur Gemilang
Bendera Malaysia 2’x4’ 60 X RM4.50 RM270.00
Bendera Malaysia 3’x6’ 5 X RM6.30 RM31.50
Bendera Malaysia 2’x8’ 10 X RM8.90 RM89.00
Bunting Bendera Malaysia 50 X RM5.50 RM275.00
Tali Rafia 1KG 1 X RM 12.50 RM12.50
Batang Sawang (Gantungkan bendera) 12 X RM3.50 RM42.00
JUMLAH RM720.00

9.0 Penutup

Diharap Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di peringkat sekolah ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang erti kemerdekaan. Selain itu,
melalui aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk pelajar supaya berjiwa patriotik yang
sayangkan serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

………………………………… ………………………………… …………………………………

(Cik. Kogila a/p Muniandy) (Pn. Norhana Bt Zainal Abidin) (En. Ee Chim Wan)

Ketua Panitia PSK GKMP Bidang Kemanusian PK Pentadbiran

You might also like