You are on page 1of 4

SJK(C) TONG WAH,

34300 BAGAN SERAI,


PERAK.

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
SEMPERNA BULAN KEBANGSAAN
TAHUN 2020
SJK(C) TONG WAH

Tarikh :
Tempat : SJK(C) TONG WAH

1.0: PENDAHULUAN
Program keceriaan sekolah sempena bulan Kebangsaan merupakan salah satu program
Bulan Kebangsaan bagi mewujudkan suasana keceriaan serta kreativiti pengibaran Jalur
Gemilang di kampung, bangunan, sekolah atau premis masing-masing.

Jabatan Penerangan Negeri Perak dan Daerah Kerian telah menganjurkan program yang
positif ini bagi memberi peluang kepada semua sekolah untuk menghias sekolah masing-masing
sebaik boleh serta menyalurkan informasi patriotisme (cintakan negara) dan tema hari
Kebangsaan pada tahun 2020 ini iaitu Malaysia Prihatin kepada warga sekolah dan masyarakat
setempat.

2.0: OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan suasana keceriaan serta kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di SJK(C)
Tong Wah
2.2 Menyalurkan mesej positif tentang tema hari Kebangsaan tahun 2020 iaitu Malaysia
Prihatin & semangat patriotisme kepada warga sekolah dan masyarakat setempat.

3.0: MATLAMAT

3.1 Memupuk semangat cintakan negara,menghayati perjuangan para pejuang tanah air
yang
telah bertungkus – lumus membebaskan negara dari penjajahan kuasa asing.
3.2 Menaikkan semangat para murid tentang betapa pentingnya menjaga tanah air.
3.3 Mensyukuri nikmat kebebasan.
3.4 Bersemangat untuk belajar seterusnya berjaya dan menyumbang sesuatu untuk negara
melalui pertandingan ini.

4.0: PENGANJURAN
Anjuran Bersama PPD Kerian dan Jabatan Penerangan Daerah Kerian serta PIBG sekolah

5.0: PELAKSANAAN
Unit Kokurikulum & Kurikulum SJK(C) Tong Wah, Bagan Serai, Perak.

6.0: KUMPULAN SASARAN


6.1 Penyertaan adalah di kalangan guru, staf sekolah, pekerja swasta sekolah dan
murid SJK(C) Tong Wah

7.0: JANGKA MASA PERTANDINGAN

7.1 Dari 17.08.2020 sehingga 28.08.2020

9.0: SENARAI JAWATANKUASA


10.0: ANGGARAN PERTANDINGAN

Bil. Perkara Kuantiti Harga / Unit


1. Banner Malaysia Prihatin 1 set RM 150.00
2. Banner Bunga Raya 1 set RM 288.00
3. Panji Ekor Ikan 1 set RM 248.00
4. Flagline (Set C) 1 set RM 248.00
JUMLAN BESAR: RM 934.00

11.0: SYARAT PERTANDINGAN


11.1 Merupakan salah sebuah sekolah di daerah Kerian
11.2 Merupakan salah sebuah sekolah di negeri Perak

12.0: HADIAH PERTANDINGAN


12.1 Ditentukan oleh Jabatan Penerangan Daerah Kerian

13.0: BORANG PEMARKAHAN


13.1 Dijuri oleh panel hakim Jabatan Penerangan Daerah Kerian dan Jabatan
Penerangan Negeri Perak.

14.0: PENUTUP
14.1 Pihak jawatankuasa program mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama
dan sumbangan yang diberikan oleh semua pihak. Semoga program yang
dirancang, berjalan dengan lancar walaupun negara kita dilanda wabak Covid-19
untuk memastikan semangat cintakan negara masih membara di hati kita sebagai
warganegara Malaysia terhadap negara yang tercinta ini.

Disediakan oleh:

_______________________________
KEE HENG YONG
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SJK(C) TONG WAH,
BAGAN SERAI, PERAK.

Tarikh:

Disahkan oleh:
__________________________________________
TAN CHIN SIANG
GURU BESAR
SJK(C) TONG WAH,
BAGAN SERAI, PERAK.

Tarikh:

You might also like