You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

PROGRAM BACATHON
ANJURAN BERSAMA PIBG
SK TAMAN RASAH JAYA

1. PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya yang terletak di kawasan Taman Rasah
Jaya telah siap dibina pada tahun 1990. Sebagai sebuah sekolah yang berusia 32
tahun, ia kekal berkembang dari segi pencapaian akademik, ko-kurikulum dan
sahsiah para pelajarnya. Oleh yang demikian, menyedari akan tanggungjawab bagi
membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan yang berterusan maka pihak
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama-sama Pusat Sumber Sekolah telah
merancang satu program yang boleh menambah dana sekolah untuk digunakan bagi
keperluan warganya.

2. RASIONAL

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar kepada


pembangunan sekolah-sekolah di seluruh negara. Peruntukan yang diberikan ini
akan disalurkan kepada pihak sekolah melalui prosedur yang kebiasaannya akan
mengambil masa dan perkara ini akan memberi kesan kepada pihak sekolah dalam
mengurus tadbir perancangan program, aktiviti dan pembangunan prasarana dan
keperluan pembangunan akademik dan sahsiah murid serta warga sekolah.

Justeru program ini dirancang bagi mengumpul dana untuk tujuan di atas. Di
samping itu, program ini juga merupakan peluang untuk merapatkan lagi hubungan
yang erat antara ibu bapa, guru-guru, pihak pentadbiran sekolah dan warga kawasan
persekitaran sekolah. Ianya juga memberi faedah yang amat besar kepada semua
pihak yang terlibat andainya dapat dilaksanakan dengan jaya.

3. MATLAMAT
3.1 Melahirkan murid yang minat membaca di samping dapat berbakti untuk
sekolah melalui Program BACATHON.

3.2 Mengajak masyarakat bersama-sama membantu dan memberi sokongan


bagi mengekalkan kecemerlangan SK Taman Rasah Jaya.

1
3.3 Penglibatan yang sihat dan bermanfaat bagi menimbulkan semangat maju
diri, berusaha, persaingan yang sihat dan berfikiran positif serta tabah
menghadapi cabaran.

3.4 Mengisi tabung/dana PIBG untuk membiayai beberapa program bagi


memperkasakan prasarana sekolah .

3.5 Memperlengkapkan Pusat Sumber dengan koleksi bahan-bahan bacaan


dalam pelbagai bidang ilmu dan peralatan ICT seperti Projektor LCD,
komputer dan printer. Buku-buku yang sedia ada di Pusat Sumber sebanyak
7,000 buah dan murid seramai 840 orang dengan nisbah buku 1:8. PSS perlu
menyediakan sebanyak 6,000 buah buku lagi bagi menampung keperluan
murid seramai 840 orang murid iaitu mencapai nisbah sepatutnya 1:15 di
mana seorang murid membaca lebih kurang 15 buah buku.

3.6 Melengkapkan prasarana sekolah bagi menghadapi Pertandingan PSS di


peringkat daerah, negeri seterusnya kebangsaan.

4. OBJEKTIF

4.1 Untuk membiayai pembelian buku Pusat Sumber dan menampung nisbah
buku yang masih berkurangan bagi kegunaan murid-murid SKTRJ.
Penambahan buku tersebut adalah perlu bagi menyediakan bahan-bahan
bacaan yang berkualiti kepada warga sekolah memandangkan kepentingan
membaca dalam era Sains dan Teknologi ini.
4.2 Untuk memperlengkap peralatan ICT seperti projector LCD dan menambah
bilangan komputer serta printer bagi kegunaan guru dan murid
memandangkan komputer sedia ada masih kurang mencukupi( kebajikan
guru dan murid).
4.3 Memastikan semua kelas dilengkapi dengan Smart TV ke arah pembelajaran
abad 21.
4.4 Meningkatkan (prasarana sekolah) dalam mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif dan teraputik.
4.4.1 Menyediakan gazebo/pondok bacaan.
4.4.2 Membina Hentian Sumber/Taman sumber Sekolah Abad ke-21.
4.3.3 Melengkapkan bilik-bilik khas dan matapelajaran dengan prasarana
yang kondusif.
4.3.4 Melengkapkan kelas yang sesuai dengan PdPc Abad ke-21.

4.5 Membudayakan amalan membaca di mana-mana sahaja dan dapat


menyumbang kepada peningkatan bacaan NILAM.

2
5. TEMA
BACAAN BERKUALITI MURID BESTARI
6. TARIKH CADANGAN
Jangkaan program berjalan: tiga bulan ( 3 bulan )
JANGKAAN PUNGUTAN DERMA: MAC – MEI

Adalah dicadangkan kad BACATHON akan diedarkan sebaik sahaja mendapat


kelulusan JPNS dan Ketua Polis Seremban. Majlis Pelancaran dan Majlis Penutupan
dicadangkan pada:

Majlis Pelancaran
Tarikh : 06 Mac 2023 (Isnin)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK Taman Rasah Jaya
Tarikh akhir kutipan : 05 Mei 2023

Majlis Penutupan
Tarikh :15 Mei 2023 (Isnin)
Masa : 7.40 Pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK Taman Rasah Jaya

7. KUMPULAN SASARAN
7.1 Semua warga SK Taman Rasah Jaya
7.2 PIBG SK Taman Rasah Jaya
7.3 Komuniti setempat
7.4 Agensi Kerajaan dan Swasta

8. KAEDAH PERLAKSANAAN
8.1 Setiap murid mendapat sekeping kad BACATHON secara percuma daripada
guru kelas dan setiap kad mempunyai nombor siri yang berlainan.
8.2 Kad BACATHON akan diedarkan pada awal Mac dan tarikh akhir
pemulangan kad berserta wang tajaan pada awal Mei. Program BACATON
dijalankan selama 3 bulan.
8.3 Murid dikehendaki membaca buku yang telah sedia ada di rumah atau di
Pusat Sumber Sekolah, setelah habis membaca murid perlu menulis judul
buku di dalam kad BACATHON
8.4 Kad BACATHON akan digunakan oleh ibu bapa atau penjaga untuk mencari
penaja bagi setiap buku yang dibaca. Penaja yang disarankan adalah
dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan kenalan ibu bapa di tempat kerja.
3
8.5 Murid akan membuat penyerahan wang penajaan tersebut kepada guru kelas
dan guru kelas akan menyerahkan wang tersebut kepada AJK Audit &
Pulangan.
8.6 Kad BACATHON yang mendapat wang penajaan RM100.00 dan ke atas
layak mendapat hadiah.
8.7 Murid yang mendapat penajaan melebihi atau sama dengan RM200.00 dan
ke atas layak mendapat pulangan 5%.
8.8 Untuk kelas yang mengumpul wang penajaan minima RM2,000.00 juga layak
mendapat pulangan 5%.

9. KERANGKA PERLAKSANAAN
TARIKH
BIL PERKARA TINDAKAN PERLAKSANAAN STATUS

1. Bacaan draf pertama bersama AJK INDUK


AJK INDUK PSS
2. Bacaan draf kedua dengan
pindaan selepas perbincangan AJK INDUK & AJK
bersama AJK PIBG dan AJK PIBG
INDUK PSS
3. Pembentangan kertas kerja YDP & AJK PIBG
semasa Mesyuarat Agong PIBG
4. Pembentangan kertas kerja
Program BACATHON semasa GPM
Mesyuarat Jawatankuasa INDUK
dan Jawatankuasa Kerja PSS
5. Kertas kerja Program Guru Besar
BACATHON mendapat kelulusan. GPM

6. Kelulusan JPNS – dapat surat


kelulusan
Kertas kerja Program
7. BACATHON dibawa ke IPD YDP & NYDP PIBG
Seremban untuk mendapatkan
kelulusan permit kutipan derma.

8. Kelulusan IPD Seremban – dapat


surat kelulusan

9. Taklimat pelaksanaan Program GPM


BACATHON kepada warga
SKTRJ

10. Pelancaran dan Pengagihan kad AJK Unit Kad


BACATHON kepada warga BACATHON
SKTRJ Guru Kelas

11. Pemungutan wang tajaan Guru kelas


Unit Audit &
Pulangan

12. Pengauditan oleh Juruaudit


bertauliah

4
10. ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

10.1 ANGGARAN PENDAPATAN


Mensasarkan hasil kutipan Program BACATHON dalam tempoh satu bulan (1 bulan)
mencapai RM 50,000.00 (jangkaan)

10.2 ANGGARAN PERBELANJAAN


Percetakan kad BACATHON ( RM1.00 x 1000 kad) RM1,000.00
Bahan Promosi dan Perasmian(Banner dan Flyers) RM 200.00

Jumlah RM1,200.00

11. TINDAKAN KUMPULAN SASARAN

11.1 SEKOLAH DAN PIBG

■ Membuat hebahan berkaitan program yang akan dijalankan melalui FB rasmi


sekolah, banner, whatsapp sekolah dan telegram kelas.

■ Hebahan kepada alumni sekolah.

11.2 GURU KELAS:


 Mengedarkan kad BACATHON kepada ibu bapa/penjaga melalui murid berserta
surat pemberitahuan.
 Memberi penjelasan berkaitan program kepada murid.
 Memberi galakan kepada murid-murid untuk membaca dan mencatat di dalam
kad BACATHON serta buku NILAM.
 Mengutip wang penajaan daripada murid mengikut fasa.

11.3 MURID:
 Menyerahkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa.
 Menbaca seberapa banyak buku dan mencatat di dalam kad BACATHON serta
buku NILAM.
 Mendapatkan pengiktirafan daripada ibu, bapa, adik beradik, sanak saudara,
jiran tetangga, rakan-rakan ibu bapa di tempat kerja dan mendapatkan wang
penajaan hasil dari pembacaan tersebut.
 Menyerahkan wang penajaan kepada guru kelas secara berkala.

5
 Memastikan kutipan yang dicatat pada kad BACATHON sama dengan jumlah
serahan.

11.4 IBU BAPA/PENJAGA


 Menggalakkan anak-anak membaca dan mencatat di dalam kad BACATHON
serta buku NILAM.
 Membantu anak-anak untuk mendapatkan wang tajaan hasil dari pembacaan
anak-anak.

12. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BACATHON 2023

Penasihat : Pn. Sakinah Binti Saupi


(Guru Besar)

Pengerusi Pn.Zurina Bt Md. Nen


(YDP PIBG)

N.Pengerusi : Pn.Surekah A/p K.P.S Chandradasan


(GPK Pentadbiran)

En. Faizal Bin Mokhtar


(GPK HEM)

En.Muhammad Ihsan Bin Che Mat


(GPK KoKurikulum)

Penyelaras : En. Thiruselvam A/l Arumugam

Setiausaha : Pn.Noor Azura Bt Jenal

Pen.Setiausaha : Pn.Nur Azreen Bt Sakkrani

Bendahari : Pn.Marzilah Bt Malek

Audit Dalaman : Pn. Nurul Aini Bt Abdul Wahab

AJK : Semua AJK PIBG


(Seperti dilampirkan)

Semua Ketua Unit


13 Jawatankuasa kerja - Promosi & Publisiti : Pn. Norhayati Bt Mohd Akhuan
- Audit & Pulangan : xxx
- Sumbangan : xxxx
- Pelancaran : xxxx
- Hadiah : xxxx
- Kad BACATHON : Semua guru kelas
- Program & Aktiviti : Pn. Azlina Wati Bt Mohd Razli
- Dokumentasi & Web: xxxx
- Persembahan : xxxx

6
- Disiplin & Keselamatan: En.Denzil Daim
Vivekanandah

13. PENUTUP

Secara kesimpulannya, pihak sekolah amat berharap agar Program BACATHON

SKTRJ 2023 ini akan dapat dijalankan dengan jayanya. Program ini amat penting kerana ia

membuktikan kesepaduan antara semua pihak dalam menggembleng tenaga mencari

sumber dana, yang mana akhirnya menyediakan prasarana yang kondusif bagi anak-anak

didik SK Taman Rasah Jaya.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________ __________________________________
(NOOR AZURA BT JENAL) (SUREKAH NAIR A/P K.P.S
CHANDRADASAN) Setiausaha Readaton Guru Penolong
Kanan Pentadbiran
SK Taman Rasah Jaya SK Taman Rasah Jaya

Disahkan oleh: Disokong oleh:

______________________ ____________________

(ZURINA BT ) (SAKINAH BT SAUPI)


YDP PIBG GURU BESAR
SK Taman Rasah Jaya SK Taman Rasah Jaya

7
PENYELARASAN TUGAS AJK PROGRAM READATON 2023

TUGASAN NAMA AJK BIDANG TUGAS

URUSETIA Menyediakan kertas kerja dan urusan


surat menyurat

PROMOSI & PUBLISTI Menyediakan bahan untuk mempromosi


program sepanjang masa

AUDIT & PULANGAN - Menyelaras pulangan kad dan pungutan


penajaan
- Mengira jumlah kutipan
- Menyelaras pengauditan pendapatan
dan perbelanjaan

SUMBANGAN - Menyenaraikan syarikat-syarikat atau


individu yang berpotensi memberi
sumbangan.
- Berurusan dengan pihak terbabit untuk
memohon sumbangan

HADIAH & - Mengenalpasti hadian yang sesuai bagi


CENDERAMATA setiap kategori pemenang

- Membuat design kad


KAD READATON - Memilih syarikat mencetak kad
- Mengecap kad di IPD S2
- Menyediakan borang serahan kad
mengikut kelas
- Menjalankan penyerahan pada majlis
pelancaran
- Mengira semula pulangan kad dan

8
mengenalpasti jumlahnya

DOKUMENTASI - Mengambil gambar dan menyediakan


pelaporan
- Memuatnaik di laman vle frog dan FB

MAJLIS PELANCARAN

TARIKH :
MASA :
TEMPAT :

SAMBUTAN Menyambut tetamu jemputan

JURUACARA Menyediakan skrip dan menjalankan


aturcara majlis

BACAAN DOA Menyediakan teks yang bersesuaian dan


memimpin bacaan doa

GIMIK PELANCARAN Menyediakan persembahan & gimik


pelancaran

PENYEDIAAN - Melabel kotak bahan bacaan


BAHAN BACAAN - Memilih bahan bacaan yang
bersesuaian
- Melabel bahan bacaan
- Menyenaraikan bahan bacaan mengikut
kotak
- Menyediakan pengawas PSS/murid bagi
penyerahan kepada guru kelas sewaktu
majlis pelancaran

BUKU PROGRAM Menyediakan buku program untuk majlis


pelancaran dan mengedarkan kepada
tetamu jemputan

SIARAYA Menyediakan peralatan siaraya dan


memastikan peralatan berfungsi
sepanjang majlis

PERSIAPAN - Menyediakan backdrop & persiapan


TEMPAT/BACKDROP tempat bagi majlis pelancaran
- Menyediakan kerusi yang mencukupi
bagi tetamu jemputan
- Menyusun atur kedudukan guru dan
murid

KAWALAN MURID Memastikan murid berada dalam keadaan


terkawal sepanjang majlis

JAMUAN Memilih menu dan menempah makanan


serta memastikan penyediaan makanan
sempurna

9
ATURCARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM READATON 2023
TARIKH :
TEMPAT :

7.30 pagi : Bacaan Yassin


7.50 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
: Bacaan Doa
8.00 pagi : Ucapan Aluan
Pn. Sakinah Bt Saupi
Guru Besar SKTRJ
: Ucapan Perasmian
Pn Zurina
YDP PIBG

8.20 pagi : Gimik Pelancaran


: Penyerahan kad READATON dan kotak bahan bacaan kepada guru
Kelas

8.40 pagi : Bersurai

10

You might also like