You are on page 1of 4

Jadual 3 : Operasi

SMK ALAM MEGAH


JALAN SG. BATU 27/72,
SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM,
SELANGOR.

KERTAS KERJA PELAKSANAAN


PROGRAM / AKTIVITI

TAJUK :

BOX OF BOOKS (PEMBELIAN BUKU)

UNIT : PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN


SUB UNIT : PUSAT SUMBER SEKOLAH
KETUA : SYAHIRAH ZURIATI BINTI A. WAHAB
1. PENGENALAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Tuan Pengetua untuk menimbang dan bersetuju
mengadakan :

1.1 Program/aktiviti : BOX OF BOOKS


Tarikh : Februari 2021- September 2021
Masa : Sepanjang waktu persekolahan
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Kumpulan Sasaran : GPM dan Ketua Panitia

2. MATLAMAT

2.1 Meningkatkan bilangan buku supaya nisbah buku dengan bilangan murid mencapai
keperluan minima.
2.2 Mempelbagaikan koleksi bahan bacaan di sekolah

3. OBJEKTIF

3.1 Objektif program / aktiviti adalah seperti berikut :


a. Menambah kuantiti jenis buku mengikut tahap bacaan murid.
b. Memastikan sekolah mempunyai pelbagai koleksi buku menarik dan ilmiah.
c. Membantu guru dan murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
yang telah dirancang.
d. Memudahkan murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan
konsep yang betul.

4. KPI (Indikator Output dan Outcome)

4.1 Hasil akhir : Buku yang dibeli menarik minat murid dan menambah jumlah
bacaan.
4.2 Impak / Kesan : Guru mempunyai kepelbagaian bahan bacaan dan rujukan untuk
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

5. IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Program / Aktiviti Box of Books berjumlah
RM 9500.00

6. STRATEGI PELAKSANAAN / JADUAL / PENGISIAN PROGRAM

6.1 GPM dan Ketua Panitia bermesyuarat untuk merancang anggaran pembelian bahan
bacaan.
6.2 GPM dan Ketua Panitia membuat pesanan dan belian daripada pembekal bahan
bacaan yang datang ke sekolah.
6.3 GPM dan Ketua Panitia memproses dokumen pembelian bahan bacaan.
6.4 Pembekal menghantar bahan bacaan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
7. PELAN KONTINGENSI (Pelan B)

7.1 GPM dan Ketua Panitia membuat pesanan dan belian daripada pembekal bahan
bacaan secara dalam talian.

8. KAEDAH PEMANTAUAN PROGRAM / AKTIVITI

8.1 GPM memastikan semua dokumen pembelian diproses dan bahan bacaan diterima.

9. PENUTUPAN

9.1 Kertas Cadangan untuk mengadakan Program / Aktiviti Program Box of Books
dikemukakan untuk pertimbangan kelulusan.

10. ULASAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN / GKMP

Disokong untuk dilaksanakan mengikut Kertas Cadangan yang dibentangkan.

11. SYOR

Tuan Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju bagi mengadakan program / aktiviti di
atas dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 9500.00.

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………………………
(TN. HJ. NORDIN BIN AHMAD KADRI)
Pengetua
SMK Alam Megah

Tarikh :
* Potong yang mana berkenaan
Jadual 4

PENILAIAN LAPORAN SELEPAS PROGRAM / AKTIVITI

12. Nyatakan kekangan terhadap program/aktiviti yang dijalankan

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

13. Penilaian terhadap program/aktiviti.


(sila tandakan / di petak berkaitan)

13.1 Objektif tercapai

13.2 Objektif tidak tercapai

14. Penambahbaikan terhadap program/aktiviti.


(sila tandakan / di petak berkaitan)

14.1 Program/aktiviti ini berimpak tinggi dan patut diteruskan

14.2 Program / aktiviti ini perlu diteruskan dengan penambahbaikan

14.3 Program / aktiviti ini tidak berimpak dan tidak patut diteruskan

Tandatangan Pegawai : Disahkan oleh: Tarikh:

................................................. ..........................................
Nama & Jawatan : Nama & Jawatan :

You might also like