You are on page 1of 9

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2017

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA

HARI KEMERDEKAAN KE -60

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKUDAI BATU 10

#sehatisejiwa

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN MUZIK


1.0 PENDAHULUAN
Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi
takwim Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10 bagi tahun 2017. Justeru, pihak kami akan
mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke 60
bertemakan #sehatisejiwa. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan
kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat negara serta menjalinkan
hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan
Sekudai Batu 10.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi
memupuk semangat kenegaraan dalam kalangan murid-murid dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Sekudai Batu 10 serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep
dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha
meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya
dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Sekudai Batu 10 secara menyeluruh.
Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama
baik SK Sekudai Batu 10 di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan
antara zon sekolah dan daerah.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menanam sikap kenegaraan dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada
3egara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
ix. Mencungkil bakat pelajar.
x. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xi. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xii. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual bersama-sama guru-guru Sekolah Kebangsaan


Sekudai Batu 10

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 6 Ogos 2017 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 16 September 2017.
6.0 PENYERTAAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10 (Termasuk murid Pra Sekolah)

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran.
8.0 JADUAL PERLAKSANAAN
8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1 Perasmian minggu Panitia Dataran Semua murid dan guru 6 Ogos 2017
Seni Perhimpunan terlibat
2. Pertandingan Mewarna Kelas masing- Tahap I ( Tahun 1-3), Pra 11 Ogos 22 Ogos
masing sekolah 2017
3. Pertandingan Mereka Cipta Kelas masing- Satu Model untuk setiap 9 Ogos- 23 Ogos
Bangunan KLCC masing Unit Beruniform 2017
(bahan kitar semula)
11. Pertandingan melukis logo Dalam Kelas Semua murid tahap II 13 Ogos - 24 Ogos
kemerdekaan kali ke-60 Semasa PdP 2017

13. Perhimpunan Hari Malaysia / Semua panitia Semua murid dan guru 17 September 2017
Majlis Penutupan Hari terlibat
Kemerdekaan
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Aktiviti Perkara Kos Jumlah
1. Majlis Perasmian Pembukaan Banting RM50 RM50
2 Pertandingan Mewarna Hadiah (hamper alat tulis)
Tahap I
- Pertama 1x RM20 RM 80.00
- Kedua 1x RM15
- Ketiga 1x RM10
- saguhati 7x RM5

3 Pertandingan Mereka Cipta Hadiah


- Pertama 15x RM 6 RM 225.00
Bangunan KLCC
- Kedua 15x RM 5
(bahan kitar semula) - Ketiga 15x RM 4

4 Pertandingan melukis logo Hadiah( Hamper alat tulis)


kemerdekaan kali ke-60 Tahap II
RM 80
RM20
-Pertama
- Kedua RM15
- Ketiga RM10
-saguhati(7orang) RM5x7

JUMLAH BESAR RM 435.00


10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN
KEMERDEKAAN
Sila rujuk Lampiran 1

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis


8.15 pagi - Perhimpunan
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu Negaraku, lagu negeri
Johor , lagu Standing In The Eyes of The
Worlddan Aku Negaraku
- Lafaz Rukun Negara
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60.
- Persembahan Multimedia
- Penyampaian Hadiah (Pertandingan
mewarna,melukis, merekacipta)
- Penutup

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10


ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Sekudai Batu 10 dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk
budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.
Disediakan Oleh.

_________________

(SITI SARA BINTI ALIZAMAN )

Setiausaha Panitia Pendidikan SeniVisual,

Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10 .

Disemak oleh,
...............................................
(MOHAMAD LUQMANULHAKIM BIN MOHAMAD )

Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual,


Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10.

Diluluskan oleh,
.................................................
( NIK RAMLI BIN NIK SHIM )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sekudai batu 10.
Lampiran 1

Jawatankuasa Pelaksana

You might also like