You are on page 1of 11

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2021

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA

HARI KEMERDEKAAN KE -64

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU

Malaysia
Prihatin
ANJURAN :

UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM DAN PANITIA PENDIDIKAN


SEJARAH DAN KEWARGANEGRAAN / KAJIAN TEMPATAN SERTA
PUSAT SUMBER SEKOLAH

DENGAN KERJASAMA

KETUA PANITIA DUNIA SEJARAH, PENDIDIKAN SENI VISUAL,


PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SERTA PANITIA PENDIDIKAN MORAL

1.0 PENDAHULUAN
Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan / Kajian Tempatan serta Pusat
Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Relau (PSSKSR) dengan kerjasama Panitia Dunia
Sejarah, Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Pendidikan Seni
Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah
Kebangsaan Seri Relau bagi tahun 2014. Justeru, pihak Panitia dan PSS akan
mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57
bertemakan ‘#sehatisejiwa’. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti
yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah
dan Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang
dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai
pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra
dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

2.0 MATLAMAT

            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau serta meningkatkan kesedaran warga sekolah
tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai
pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam
peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Seri
Relau secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid
yang mampu mengharumkan nama baik SK Seri Relau di peringkat yang lebih tinggi
seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3.0 OBJEKTIF
i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA
ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.
4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegraan /


Kajian Tempatan serta Pihak Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Ketua Panitia
Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Panitia Pendidikan Muzik serta Panitia
Pendidikan Moral bersama-sama guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 5 Ogos 2014 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 16 September 2014.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau. (Termasuk guru dan murid
Pendidikan Khas dan Pra Sekolah)

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan dan Pusat Sumber Sekolah.
8.0 JADUAL PERLAKSANAAN
8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1. Pertandingan nyanyian lagu Muzik / Bilik Semua kelas Tahap II 27 Ogos 2014
merdeka (solo) Muzik (Tahun 3-6) dan guru-guru
kelas tahap II
2. Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni Tahap I ( Tahun 1-3), Pra 11 Ogos – 22 Ogos
Visual / Bilik sekolah dan Pendidikan 2015
PSV Khas dan guru-guru
Pendidikan Seni Visual.
3. Pertandingan Menghias Kelas Sejarah / Kelas Semua murid dan semua 12 Ogos- 28 Ogos
(mengikut tema masing-masing guru kelas. 2014
Kemerdekaan)
4. - ‘Kami Anak Malaysia’ --- Semua murid dan semua Sepanjang Bulan
Nyanyian Lagu Patriotik guru. Kemerdekaan
oleh semua murid (pada
waktu perhimpunan )
5. Pertandingan Fesyen Dewan Terbuka Semua Murid sekolah 28 Ogos 2015
Merdeka
- Persembahan Pakaian
Rakyat Malaysia
Berbilang kaum
6. Pertandingan Basikal Berhias PSK, KT / Semua Murid Sekolah 25 Ogos 2015
Sejarah
7. Pelancaran mengibarkan Jalur Pendidikan Moral Semua murid, guru dan staf Sepanjang Bulan
Gemilang - / PSK, KT sekolah. Ogos
Menghiasi persekitaran
sekolah dengan Jalur
Gemilang , poster
Kemerdekaan dan lain-lain

8. Pameran Merdeka (Sudut PSK, KT, Sejarah Semua Murid Sepanjang Bulan
Sejarah) dan Pend. Moral Kemerdekaan
8. i. Kuiz Kemerdekaan Murid Tahun 3-6 (wakil dari 18 Ogos 2014
setiap kelas)
ii. Melukis logo sambutan Murid Tahun 4-6 ( wakil 17 Ogos - 21 Ogos
kemerdekaan SKSR dari setiap kelas 2015

9. Tayangan video sempena Pusat Sumber Tayangan film selepas 16 Ogos - 21 Ogos
bulan kemerdekaan Sekolah waktu persekolahan untuk 2015
murid-murid dengan
bayaran.
10. Sambutan Hari Kemerdekaan Semua murid dan guru 28 Ogos 2015
Ke-57 berhimpun di dewan terbuka
i. Perhimpunanan Khas
sekolah
ii. Deklamasi Sajak
Patriotik
iii. Dikir Barat
iv. Skesta perjuangan
tokoh-tokoh

11. Perhimpunan Hari Malaysia / 21 September 2015


Majlis Penutupan Hari
Kemerdekaan
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran
hadiah Perbelanjaan
1. Hadiah

i. Pertandingan Nyanyian - Pertama (4 Kelas) RM 8 × 4


lagu patriotik (solo ) - Kedua (4 Kelas) RM 7 × 4 RM 80.00
- Ketiga (4 Kelas) RM 5 × 4

ii. Pertandingan Mewarna - Prasekolah


( Tahap I) i. Pertama RM 8
ii. Kedua RM 7 RM 20.00
iii. Ketiga RM 5

- Pendidikan Khas RM 8
i. Pertama RM 7
ii. Kedua RM 5 RM 20.00
iii. Ketiga

- Tahap 1

i. Pertama (3 tahun) RM 8 × 3
ii. Kedua (3 tahun) RM 7 × 3 RM 60.00
iii. Ketiga (3 tahun) RM 5 × 3

iii. Pertandingan Menghias - Tahun 1 RM 50


Kelas. - Tahun 2 RM 50
- Tahun 3 RM 50
- Tahun 4 RM 50 RM 250.00
- Tahun 5 RM 50

Pertandingan Fesyen - Pertama RM 8


Merdeka - Kedua RM 7 RM 29.00
- Ketiga RM 5
- Sagu Hati RM 3 (3×)

- Pertama
Pertandingan Basikal RM 10
- Kedua RM 27.00
Berhias RM 9
- Ketiga
RM 8
- Tahap 1 (2 tahun )
(Tahun 2 & 3)
iv. Kuiz Kemerdekaan - Tahap 2 ( 3 tahun)

i. Pertama (5 tahun)
ii. Kedua ( 5 tahun)
RM 8 × 5 RM 100.00
iii. Ketiga ( 5tahun)
RM 7 × 5
RM 5 × 5

- Tahap 2 ( 3 Kelas)
v. Pertandingan Melukis
logo Hari i. Pertama (3 Kelas)
Kemerdekaan ii. Kedua ( 3 Kelas)
iii. Ketiga (3 Kelas) RM 60.00
RM 8 × 3
RM 7 × 3
RM 5 × 3

2. Perhiasan

i. Bendera Kecil 200 × RM1 RM 200.00


(Perhiasan)

ii. Bendera besar


-Malaysia 10 × RM 12 RM 120.00
-Pulau Pinang

iii. Banner ( Sambutan


Hari Kemerdekaan) RM 100.00

iv. Dokumentasi
RM 30.00

3. Sudut Patriotisme dan


Pameran Hari Kemerdekaan
i. Banner & Bunting RM 60.00
Jumlah RM 1156.00
10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN
KEMERDEKAAN
Sila rujuk Lampiran 1

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis


8.15 pagi - Perhimpunan
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu negeri Pulau
Pinang dan lagu ‘Standing In The Eyes of
The World’
- Lafaz ‘Rukun Negara’
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57.
- Persembahan Multimedia
- Penyampaian Hadiah (Pertandingan
mewarna, Kuiz, poster)
- Pertandingan Fesyen Merdeka
- Persembahan Basikal berhias
- Penyampaian hadiah ( Pertandingan basikal
berhias dan kelas terceria dihiasi bertemakan
kemerdekaan)
- Nyanyian lagu-lagu patriotik (solo) –
pemenang-pemenang pertandingan
- Nyanyi bersama-sama
- Penyampaian hadiah ( Pertandingan Fesyen
Merdeka, Pertandingan nyanyian solo)
- Penutup
12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Seri Relau ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Seri Relau dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk
budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

_________________

(MANGALAM A/P ILANGKOVAN)

Penyelaras Sambutan Kemerdekaan,

Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

Disemak oleh,
...............................................
(PN SALMAH BINTI ISMAIL)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

Diluluskan oleh,
.................................................
(PN NORSILAWTI BINTI ISHAK)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

You might also like