You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU SEMBILAN

43200 CHERAS SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KONSEP
BULAN PANITIA SEJARAH
2020

20 JULAI – 16 SEPTEMBER 2020

1
1. PENGENALAN
Bulan panitia Sejarah merupakan salah satu agenda utama dalam takwim sekolah. Program ini
yang melibatkan semua murid.

2. MATLAMAT
Supaya murid dapat menghayati sejarah negara dan meminati mata pelajaran Sejarah dan
berminat dengan aktiviti yang melibatkan subjek Sejarah.

3. OBJEKTIF
i) Mencungkil dan mengasah bakat murid melalui setiap aktiviti yang dipertandingkan.
ii) Menguji minda murid dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan Sejarah.
iii) Membangkitkan semangat murid untuk lebih menghayati sejarah da mencintai negara dengan
mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

4. SASARAN
Semua murid SK Batu Sembilan.

5. PELAKSANAAN
Bulan Panitia Sejarah ini akan dijalankan sepanjang bulan Julai hingga September. Ianya
merangkumi penglibatan semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan. Bulan
Panitia Sejarah akan diadakan pada 20 Julai – 16 September 2020.

6. AKTIVITI
1. Pertandingan Folio - ( penyertaan setiap kelas tahun 4, 5 dan 6 )
- 20 Julai – 16 Sept 2020
2. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan – ( terbuka tahun 4,5 dan 6 )
- 20 Julai – 28 Ogos 2020
( hakim pertandingan mengikut guru kelas dan guru Sejarah )

3. Pertandingan Pakaian Kebangsaan. ( terbuka untuk tahun 4,5 dan 6 )


- 28 Ogos – 16 Sept 2020
( hakim pertandingan mengikut guru kelas dan guru Sejarah)

2
AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : Pn Roslina bt Janor (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI :Pn. Widyawati bt Mahmood ( GPK Pentadbiran)

: En Hakim b. Hashim ( GPK HEM)

: En Abu Talib b. Ismail ( GPK Kokurikulum)

KETUA PANITIA : En. Sahril b. Sitam (Ketua Panitia Sejarah )

SETIAUSAHA : Pn Norhaslinda bt Rahmat ( Setiausaha )

AJK Induk Program : Pn Noor Aini bt. Obrahim (Guru Sejarah Tahun 4 )
: Pn Norhaslinda bt Rahmat ( Guru Sejarah Tahun 5 )
: En. Sahril b Sitam ( Guru Sejarah Tahun 6)

3
ANGGARAN PEBELANJAAN

PERUNTUKAN PANITIA SEJARAH 2020

BI PERKARA ANGGARAN JUMLAH


L

1 Projek Jejak Sejarah Tahun 4 – RM 10x 3x3 = RM 90


( Pertandingan Folio ) Tahun 5 – RM 10x 3x3 = RM 90 RM 240.00
Tahun 6 – RM 10x 3x2 = RM 60

2 Set alat tulis Tahun 4 – RM 5x 3x3 = RM 45


( Pertandingan Kuiz Sejarah Tahun 5 – RM 5x 3x3 = RM 45 RM 120.00
Kemerdekaan ) Tahun 6 – RM 10x 3x2 = RM 30

3 Set alat tulis Tahun 4 – RM 15x 5 = RM 75


( Pertandingan Baju Kebangsaan) Tahun 5 – RM 15x 5 = RM 75 RM 225.00
Tahun 6 – RM 15x 5 = RM 75

4. 1 set banting bendera Malaysia 1 set x RM 200 = RM 200.00 RM 200.00

5. 10 helai bendera Malaysia ( 3’x 6’ ) 10 helai x RM 12 = RM 120.00 RM 120.00

6. 5 helai bendera Malaysia ( 2’ x 8 ‘) 5 helai x RM 16 = RM 80.00 RM 80.00

7. Bendera Negeri-Negeri ( 3’ x 6’ ) 1 set = RM 220.00 RM 220.00

8. Kayu batang penyapu 20 unit x RM 5 = RM 100.00 RM 100.00

9. Banner Kemerdekaan ( 12’ x 5’ ) 1 unit = RM 80.00 RM 80.00

Jumlah RM 1385.00

4
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

PERTANDINGAN FOLIO

- Penyertaan kepada murid-murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 )


- Folio yang dihasilkan mestilah mengikut tajuk dan bab-bab yang diberi.
- Folio yang dihasilkan mengikut kreativiti murid asalkan menepati tajuk.
- Bahan daripada internet dan sumber-sumber lain dibenarkan.
- Jumlah muka surat bebas mengikut kreativiti murid.
- Folio mestilah bercirikan mesra pengguna dan penyertaan adalah secara individu.
- Keputusan hakim muktamad.
- Sistem pemarkahan
-
Bil Kulit hadapan Kandungan Idea Kekemasan Jumlah
10 markah 60 markah 20 markah 10 markah 100 markah

- Teks yang - Menepati tema, - Kreativiti -


sesuai dan tajuk dan mesej - Teknik Kekemasan
ilustrasi yang pendidikan. dan susun - Mesra
menarik - Kepelbagaian atur bab- pengguna
bahan yang bab.
digunakan atau
dimuatkan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH
- Penyertaan kepada murid-murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 )
- Pertandingan ini sempena Bulan Kemerdekaan.
- Soalan yang diajukan terdiri daripada 10 soalan aneka pilihan dan satu soalan esei
bertemakan “ Kemerdekaan”
- Soalan aneka pilihan 10 markah dan soalan esei 10 markah.
- Sekiranya ada murid mempunyai markah yang sama maka kreativiti jawapan esei akan
diambil kira sebagai pemenang.
- Keputusan hakim muktamad.

5
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
PERTANDINGAN BAJU MERDEKA
- Pertandingan terbuka hanya kepada murid-murid Tahap 2 sahaja ( Tahun 4,5 dan 6 ).
- Gambar berpakaian bertemakan “ Kemerdekaan” hendaklah dihantar melalui whasp
personal guru mata pelajaran sebelum atau pada 27.8.2020.
- Penyertaan atau gambar yang dihantar hanya sekali sahaja.
- Peralatan dan pakaian adalah tanggungan peserta sendiri.
- Pakaian mestilah bertemakan WARNA BENDERA MALAYSIA SAHAJA.
- DILARANG menggunakan bendera Malaysia dalam membuat pakaian.
- Kreativiti pakaian yang dipakai diambil kira dalam pemarkahan.
- Keputusan hakim muktamad.

7. PENUTUP

Diharap semua aktiviti yang dijalankan dapat menimbulkan rasa seronok di kalangan murid-
murid di samping menguji minda murid. Di samping itu dengan adanya aktiviti ini akan dapat
menggalakkan penyertaan murid dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran murid-
murid di semua peringkat tentang pentingnya kita menghargai kemerdekaan dan setiap murid
perlu mempunyai sikap cintakan negara dalam diri mereka. Ini kerana murid-murid merupakan
golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan di kembangkan diri mereka kearah
pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif.

Disediakan Oleh, Disemak oleh Diluluskan Oleh,

_________________
( En. Sahril b Sitam )
Ketua Panitia Sejarah
Sek Keb Batu Sembilan

6
7

You might also like