You are on page 1of 7

SEK. MEN KEB.

DESA PETALING 57100 DESA PETALING KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA HARI KARNIVAL MPV


(Bagi Mata Pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian) Peringkat SMK Desa Petaling, Kuala Lumpur

Tema : Fesyen Berkualiti Menerapkan Nilai Berdikari


TARIKH : 3 NOVEMBER 2011 HARI : KHAMIS TEMPAT : SMK DESA PETALING

Anjuran : Panitia Rekaan dan Jahitan Pakaian SMK Desa Petaling, Kuala Lumpur

1.0

Pengenalan Peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM bagi murid-murid yang memilih mata pelajaran Rekaan Jahitan Pakaian ( RJP ) adalah amat luas. Antara kursus peringkat Diploma atau Ijazah yang ditawarkan bagi lepasan SPM yang cemerlang dari segi akademik ialah Rekaan Fesyen, Tekstil, Keusahawanan/ Perniagaan, Jahitan Pakaian Lelaki/ Perempuan dan sebagainya. Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus tersebut ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Bagi murid-murid yang kurang cemerlang dalam akademik pula, peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran masih ada. Lepasan SPM yang kurang cemerlang ini boleh meneruskan pengajian mereka di institut-institut kemahiran yang disediakan oleh pihak kerajaan juga swasta, antaranya ialah Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Kemahiran Industri, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) serta institutinstitut swasta yang turut menawarkan kursus-kursus kemahiran. Seseorang individu yang mempunyai kemahiran serta menggunakannya akan lebih berjaya dalam kemandirian hidupnya berbanding dengan seseorang yang hanya mempunyai ilmu pengetahuan sahaja. Nilai murni yang diserap dalam diri pelajar akan melahirnya ramai tokoh usahawan yang berjaya pada masa akan datang. Jika bijak mengaplikasikan kemahiran yang ada pada mereka dan sikap berdikari yang ada dalam diri akan menjadikan mereka lebih berjaya sebagai usahawan dalam bidang jahitan. Atas kesedaran pentingnya kemahiran kepada seseorang individu dalam menentukan hala tuju hidupnya, Panitia Rekaan dan Jahitan Pakaian, SMK Desa Petaling menganjurkan HARI KARNIVAL MPV yang bertema : Fesyen Berkualiti Menerapkan Nilai Berdikari. Adalah menjadi harapan Panitia Rekaan dan Jahitan Pakaian khususnya dan sekolah amnya agar dengan adanya aktiviti seumpama ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran di kalangan murid, malah boleh membuka minda murid-murid betapa pentingnya kemahiran asas dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

2.0

Objektif 2.1 2.2 2.3 Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid Rekaan dan Jahitan Pakaian. Mendedahkan murid-murid dengan aktiviti yang melibatkan kemahiran rekaan fesyen dan jahitan pakaian. Melibatkan kumpulan murid cemerlang, sederhana dan lemah melalui aktivitiaktiviti kemahiran yang sesuai dengan tahap mereka dan mengamalkan nilai berdikari. Mengeratkan hubungan antara guru dan murid bagi Mata Pelajaran Vokasional. Memperkenal / mempromosikan mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3.

2.4 2.5

3.0

Pelaksanaan Tarikh Program Hari Masa Tempat Aktiviti : 3 November 2011 : Khamis : 8.00 pagi 2.30 petang : SMK Desa Petaling

4.0

Sasaran 4.1 4.2 4.3 Semua murid Tingkatan 3 dan khususnya pelajar tingkatan 4 dan 5 aliran Rekaan dan Jahitan Pakaian, SMK Desa Petaling. 4 orang pelajar jemputan aliran Rekaan dan Jahitan Pakaian setiap sekolah yang menawarkan MPV (SMK Seri Saujana, SMK Cheras, SMK (P) Air Panas) dan SMK Batu Muda. Pelajar dari IPTA / IPTS (rujuk lampiran senarai tetamu)

5.0

Ahli Jawatankuasa 5.1 Senarai AJK Pengelola Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Penyelaras Setiausaha : Puan Hajah Sulasteri Binti Ibrahim Pengetua SMK Desa Petaling : Puan Rosemand Lawrence Penolong Kanan Kurikulum : Puan Rosmawati Baharin Penolong Kanan HEM : Encik Selvakumar a/l Arumugam Penolong Kanan Kokurikulum : Puan Kamala Binti Dalimi Ketua Bidang Teknik dan Vokasional : Puan Azrina Binti Zamray @ Zamri Ketua Panitia Rekaan dan Jahitan Pakaian

5.2

Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana (Rujuk lampiran Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana)

6.0

Aktiviti 6.1 Aktiviti sepanjang Karnival : Tempat Masa

Bil Aktiviti 1 Majlis Pelancaran Karnival MPV - Ucapan VIP dan Pengetua - Persembahan Multimedia - Pertunjukan dan Pertandingan Fesyen Pelajar 5MPV & 4MPV - Pertunjukan Fesyen Pelajar IPTS 2 3 - Lawatan Tempat Pameran / Jualan Pameran dari IPTA / IPTS berkaitan Fesyen Pameran demontrasi dan hasil kerja MPV-RJP SMK Desa Petaling - Jahitan Smoking - Jahitan Sulaman Tangan - Penggunaan Mesin Mudah Alih 4 5 6 - Lakaran Fesyen Jualan Produk Hasil Tangan Pelajar MVP Pertandingan Mewarna Lakaran Fesyen (Ting. 3,4 dan 5) Pertandingan Buku Skrap Pereka Fesyen Tempatan dan Antarabangsa (untuk Pelajar MPV)

Dewan Seri Permai

8.00 pagi - 10.30 pagi

Dewan Seri Bayu

10.00 pagi 2.30 ptg

Dewan Seri Permai 11.00 pagi 12.30 tgh Bengkel MPV

6.1

Atur Cara Pelancaran Karnival MPV : 4

Tarikh Tempat
08.00 pagi

: 3 November 2011 (Khamis) : Dewan Seri Permai, SMK Desa Petaling Pendaftaran Pelajar - Pelajar Jemputan dan IPTA/ IPTS Ketibaan Tetamu Jemputan Ketibaan VIP Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan Lagu Sekolah Bacaan Doa Ucapan Pengerusi Majlis Ucapan Alu-aluan : Pengetua SMK Desa Petaling Ucapan Pelancaran : Penyelaras MPV - JPWPKL Tayangan Multimedia Pertunjukan dan Pertandingan Fesyen Pelajar 5MPV Pertunjukan Fesyen Pelajar IPTS Penyampaian Hadiah Penyampaian Cenderamata Lawatan ke Tapak Pameran Jamuan Ringan

08.15 pagi 08.20 pagi 08.25 pagi 08.30 pagi 08.35 pagi 08.40 pagi 08.50 pagi 09.00 pagi 09.05 pagi 09.25 pagi 09.50 pagi 09.55 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi

7.0

Anggaran Belanjawan Harga Seunit RM120.00 RM50.00 RM10.00 RM2.00 RM1.00 RM4.00 RM2.00 Jumlah Harga RM240.00 RM50.00 RM50.00 RM10.00 RM100.00 RM200.00 RM140.00 RM50.00 RM60.00 RM20.00

Bil 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 7.8 7.9

Perkara Banner / Backrop Bahan Pameran Dokumentasi Buku Program dan pamplet Cenderamata VIP Jamuan Ringan VIP Minum pagi pelajar Sijil Pertandingan buku skrap - mounting board - gam

Kuantiti 2 unit 2 unit 20 orang 70 bungkus 50 keping 15 keping 10 botol

7.10 7.11

Cenderamata Hakim Hadiah pertunjukan Fesyen - Tempat pertama - Tempat kedua - Tempat ketiga 5

7 unit 1 unit 1 unit 1 unit

RM10.00 RM40.00 RM30.00 RM20.00

RM70.00

- Pereka terbaik 7.12 - Rekaan pakaian terbaik Hadiah Pertandingan Mewarna - Tempat pertama - Tempat kedua 7.13 - Tempat ketiga Hadiah Buku Skrap - Tempat pertama - Tempat kedua - Tempat ketiga - Saguhati - Saguhati

1 unit 1 unit 1 unit 1 unit 1 unit

RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM15.00 RM10.00 RM45.00 RM130.00

1 unit 1 unit 1 unit 1 unit

RM45.00 RM35.00 RM25.00 RM15.00 RM15.00 RM135.00 RM1300.00

1 unit JUMLAH KESELURUHAN

8.0

Sumber Kewangan Wang Peruntukan PCG MPV Penutup Diharap Hari Karnival MPV yang bertema Fesyen Berkualiti Menerapkan Nilai Berdikari ini mencapai objektif yang telah ditetapkan. Seterusnya dapat meningkatkan kemahiran dan motivasi serta prestasi mata pelajaran terutama bagi tajuk modul 10 : Rekaan Sendiri.

9.0

Disediakan oleh, .................................................. (Pn. Azrina Bt. Zamray @ Zamri) Setiausaha / Ketua Panitia RJP, SMK Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Disemak oleh, ................................................. (Pn. Kamala Bt. Dalimi) Penyelaras / Ketua Bidang Teknik & Vokasional, SMK Desa Petaling, Kuala Lumpur. 6

Disemak oleh, .................................................. (Pn. Rosemend Lawrence) Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, SMK Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Diluluskan oleh, ................................................. (Pn. Hajah Sulasteri Bt. Ibrahim) Pengetua SMK Desa Petaling, Kuala Lumpur.

You might also like