You are on page 1of 8

KERTAS KERJA SAMBUTAN

BULAN KEMERDEKAAN 2022

ANJURAN
PANITIA SEJARAH
BERSAMA
SK BAYAN LEPAS 2

BERTEMPAT DI
SK BAYAN LEPAS 2

PADA

9 OGOS - 16 SEPTEMBER 2022


KERTAS CADANGAN
BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2022
Ybrs. Puan Guru Besar SK Bayan Lepas 2,
Bulan Kemerdekaan Tahun 2022

2.0 PENGENALAN

Bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang


sangat penting dalam membina sebuah Negara dan bangsa Malaysia yang
berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris Negara perlu memahami dan
menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang
sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama kerajaan mendidik dan membina
pelajar mempunyai semangat patriotism yang tinggi.

Bulan kemerdekaan juga merupakan satu program yang dianjurkan oleh


Panitia Sejarah dengan kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah. Program ini
diadakan bertujuan untuk meraikan Hari kemerdekaan Negara Malaysia yang
disambut setiap tahun pada 31 Ogos. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan
dengan matlamat bagi membangkitkan semangat patriotik di kalangan murid-murid
sekolah dan seluruh warga SK Bayan Lepas 2.

3. 0 OBJEKTIF
Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan aktiviti yang wajib diraikan oleh
semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat
sekolah. Ia bertujuan mengukuhkan pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang
diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk
dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia dapat mengeratkan
perpaduan di kalangan murid serta menyuntik semangat cintakan tanah air. Program
ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah dan menonjolkan
bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga
guru-guru. Dengan tema 'KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’.

Pada akhir program ini diharap agar murid-murid dapat :

 Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisma.


 Mencungkil bakat pelajar.
 Menguji pengetahuan am para pelajar
 Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
 Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
 Mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

4. 0 KUMPULAN SASAR
Murid tahap 2 SK Bayan Lepas 2

5.0 BUTIRAN PROGRAM

PENYELARAS
BIL TARIKH /MASA SASARAN AKTIVITI
AKTIVITI

1. 9 Ogos 2022 Semua warga SKBL2  Pelancaran Bulan PN. R.THILAGA


Kemerdekaan
TAHAP 2 SAHAJA
 Pertandingan
mendeklamasi Sajak

2. 10 Ogos - 26 Ogos Semua murid  Menyanyikan lagu EN. ZHARIF


patriotik
(Setiap Selasa - Jumaat)

7.20 -7.40 PAGI

3. 10 Ogos - 26 Ogos Semua murid  Info Sejarah PN.NORIZAN

(Setiap Selasa - Jumaat)

7.40 -8.00 PAGI

4. 19 Ogos 2022 Semua murid  Pertandingan mewarna GURU BERTUGAS


poster
8.10-10.10 pagi
 Melukis Logo

5. 24 Ogos 2022 Semua murid  Mencipta Arca Merdeka PN.R.THILAGA


menggunakan bahan
8.00-10.00 pagi (KOLABARASI terbuang/kitar semula PN.YASVINI
DENGAN PANITIA
PSV)

6. 26 Ogos 2022 Semua murid  Kuiz Bersemuka Merdeka CIK ASVENE

Tahun 6  Cinema Klasik (Tahun 6)

7. 27 Ogos 2022 Semua murid  RIMUP PN AZANI

8. 30 Ogos 2022 Semua warga SKBL2  Sayambara Merdeka SEMUA GURU

Semua warga skbl2  Pertandingan Pakaian


Kreatif Merdeka

 Pertandingan menghias
basikal

 Di Ambang Kemerdekaan

9. 9 Ogos- 7 September Semua warga SKBL2  Pertandingan Menghias PN. THILAGA


2022 Kelas

 Pertandingan Video Kreatif


Tema Kemerdekaan

10. 19 September 2022 Semua warga SKBL2  Acara penutupan Bulan Guru Bertugas
Kemerdekaan

 Persembahan
Sajak/Nyanyian

 Penyampaian hadiah

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2020


Penasihat : Pn. Hanzaneza bt Abd Hamid (Guru Besar SKBL2)
: Pn. Nor Asiah bt Noordin (PK 1)
: Pn. Nor Hasiah bt Awang Lah (PK HEM)
: En. Asrul Niza bin Sarayany (PK Kokurikulum)
Ketua Panitia : Pn. Thilagavathy A/P Rajandran
Setiausaha : Cik Asvene A/P Peramasivam
Ahli Jawatankuasa : Pn. Norizan bt Yahaya
En. Zharif Asyraf Bin Khozali
7. 0 IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 SUMBER KEWANGAN – Lajur PCG Sejarah
7.2 Anggaran perbelanjaan
BIL TAHUN AKTIVITI KATEGORI JUMLAH

1. TAHUN 1 Pertandingan Mewarna Pertama - RM 10 RM 22


(Alat Tulis) Kedua - RM 7
Ketiga - RM 5

2. TAHUN 2 Pertandingan Mewarna Pertama - RM 10 RM 22


(Alat Tulis) Kedua - RM 7
Ketiga - RM 5

3. TAHUN 3 Pertandingan Mewarna Pertama - RM 10 RM 22


(Alat Tulis) Kedua - RM 7
Ketiga - RM 5

4. TAHUN 4 Pertandingan Melukis Pertama - RM 10 RM 22


Poster
Kedua - RM 7
(Alat Tulis)
Ketiga - RM 5

5. TAHUN 5 Pertandingan Melukis Pertama - RM 10 RM 22


Poster
Kedua - RM 7
(Alat Tulis)
Ketiga - RM 5

6. TAHUN 6 Pertandingan Melukis Pertama - RM 10 RM 22


Poster
Kedua - RM 7
(Alat Tulis)
Ketiga - RM 5

7. SEMUA Pertandingan Menghias Pertama - RM15 RM 82


Basikal
Kedua - RM 10
(Alat Tulis)
Ketiga - RM 7
Saguhati – RM 5
(10 x RM 5)

8. TAHAP 1 Mencipta arca Pertama - RM10 RM 22


(Alat Tulis) Kedua - RM 7
Ketiga - RM 5

9. TAHAP 2 Mencipta arca Pertama - RM 10 RM 22


(Alat Tulis) Kedua - RM 7
Ketiga - RM 5

10. TAHAP 1 KUIZ Merdeka Hadiah RM 5 RM 50


(Alat Tulis) (10 X RM 5)

11. TAHAP 2 KUIZ Merdeka Hadiah RM 5 RM 50


(Alat Tulis) (10 X RM 5)

12. SEMUA Pakaian Kreatif Pertama - RM30 RM 180


9.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan.Ini adalah kerana program sambutan kemerdekaan bukan
sahaja mampu mendidik masyarakat pelajar mencintai negara, bahkan dapat
meningkatkan jati diri pelajar.

10.0 PENGESAHAN DAN ULASAN

Disediakan oleh: Disemak oleh

….………………………………………… ..............................................

PN THILAGAVATHY A/P PN NOR ASIAH BINTI NOORDIN


RAJANDRAN Penolong Kanan Pentadbiran
KETUA PANITIA SEJARAH, Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2
Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 Tarikh:
Tarikh:
KERTAS CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN
2022
___________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Sambutan Bulan


Kemerdekaan 2022

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Sambutan Bulan


Kemerdekaan 2022

Ulasan

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(HANZANEZA BINTI ABD HAMID)

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2

Tarikh:

You might also like