You are on page 1of 7

BULETIN KEMENTERIAN

EDISI : 2 / 2013

Diberikan kepada calon sebulan lebih awal.

Cadangan Format Soalan Sejarah 1249/3

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Tugasan untuk calon

TAJUK TINGKATAN 4 BAB 5 – KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

( Merujuk tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan


buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 5 )

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;

I. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku teks,buku
ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.

II. Pada hari peperiksaan, calon hanya dibenarkan membawa masuk buku teks,
buku ilmiah, akhbar, majalah dan risalah sahaja ke dalam dewan / bilik
peperiksaan.

III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

Akan diberikan sebulan sebelum peperiksaan

Cadangan Soalan Kertas 1249/3 ( EN. ROSLANI BIN MASKAN GC )


( BULETIN KPM EDISI 2 / 2013 )

Untuk calon – diberikan pada hari peperiksaan

TAJUK TINGKATAN 4 BAB 5 – KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Tema / Tajuk : Bab 5 ( Tingkatan 4 )

Soalan:

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah yang kukuh dan mengambil kira perpaduan
serta keharmonian hidup pelbagai bangsa perlu dicontohi. Prinsip dan nilai murni yang
ditunjukkan menjadi pedoman kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan
negara. Bincangkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW yang menjadi asas
pembentukan kerajaan Islam di Madinah dan kaitannya dengan Malaysia hari ini.

Peringatan;

Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Ulasan soalan : Soalan ini meminta calon membincangkan pembentukan kerajaan Islam di
Madinah bermula dengan peristiwa hijrah dan pembentukan Piagam Madinah serta
signifikannya peristiwa tersebut terhadap perkembangan dan kemajuan negara Malaysia hari
ini.Jawapan calon perlu disesuaikan dan dihubungkaitkan dengan keadaan semasa negara kita

Format Tips Kerangka Jawapan / Perincian


1. Pengenalan ( 5 m )
1.PENGENALAN Murid perlu menceritakan
(5m) latar belakang dan Ceritakan latar belakang dan konsep hijrah Nabi Muhammad
konsep hijrah SAW.

Rujuk buku teks Tingkatan 4 ms 119

2.MEMAHAMI Murid perlu menerangkan 2 Memahami ( 30 m )


( 30 m ) tentang sebab, tujuan dan
kepentingan hijrah Terangkan tentang perkara berikut ; sebab-sebab dan tujuan
hijrah Nabi Muhammad SAW
Rujuk buku teks Tingkatan 4 ms 119 & 124

3. MENGANALISIS Murid perlu menerangkan 3 Menganalisis ( 15 m )


( 15 m ) tentang pembentukan
Piagam Madinah daripada Terangkan penubuhan kerajaan Islam di Madinah melalui
aspek kandungan dan pembentukan Piagam Madinah
kepentingan ( 15 markah )

Rujuk buku teks Tingkatan 4 ms 124 &1 29

Format Tips Kerangka Jawapan / Perincian


4. Mengaplikasi ( 15 markah )
Format Tips Kerangka Jawapan / Perincian
4.MENGAPLIKASI

( 15 m ) Bagaimanakah semangat hijrah boleh diaplikasikan unutk


memajukan masyarakat Malaysia hari ini ?

Semangat hijrah boleh mendorong kemajuan masyarakat di


Malaysia pada hari ini melalui nilai sanggup berkorban seperti
orang Islam Makkah yang berkorban meninggalkan kehidupan
mereka di Makkah, murid misalnya perlu berkorban masa dan
tenaga demi mengejar masa depan

Selain itu hijrah juga menunjukkan kepada kita pentingnya


menyusun strategi yang betul untuk mencapai kejayaan. Seorang
murid misalnya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar
dan merancang demi masa depan yang gemilang

Peristiwa hijrah juga mendidik kita supaya sentiasa berusaha


untuk berubah, sentiasa bersiap sedia dan bersikap terbuka
menerima perubahan supaya kita tidak ketinggalan dan sesuai
dengan perkembangan semasa seperti dalam bidang teknikal
dan teknologi maklumat

Seterusnya peristiwa hijrah juga mengajar kita perlu sentiasa


bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Bagi
memajukan ekonomi misalnya seluruh masyarakat perlu
berganding bahu bagi memastikan kemajuan Malaysia dapat di
capai.

Kita juga mesti berani menghadapi cabaran, nilai ini dapat di


lihat melalui peristiwa hijrah yang mana Nabi Muhammad SAW dan
umat Islam menghadapi pelbagai cabaran. Masyarakat Malaysia
perlu berani menghadapi cabaran ke arah menjayakan Wawasan
2020

Kita juga mesti sentiasa berpegang teguh kepada ajaran


agama.Ini membolehkan kita hidup aman damai walaupun
mempunyai kepercayaan yang berbeza. Masyarakat Malaysia yang
mengamalkan nilai-nilai murni mampu membentuk keharmonian
negara.

Peristiwa hijrah juga memberi pengajaran kepada kita pentingnya


aspek perpaduan. Dalam negara yang berbilang kaum seperti
Malaysia, aspek perpaduan amat penting kerana tanpa
perpaduan, kesejahteraan negara akan hancur. Seterusnya
memberi impak kepada kemajuan negara.

Peristiwa hijrah juga membuktikan kebijaksanaan pemimpin


memainkan peranan penting ke arah kegemilangan negara.
Kewibawaan tokoh-tokoh pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul
Rahman dan Tun Dr Mahathir Mohamad terbukti membawa
Malaysia ke mercu kejayaan dan meningkatkan imej negara ke
pasada dunia.
Format Tips Kerangka Jawapan / Perincian

5.MENILAI 5. Menilai ( 10 markah )


( 10 m )
Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara menjadi
agenda penting pemimpin negara. Buktikan

Antara nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pentadbiran negara


ialah :
 Amanah
 Tanggungjawab
 Ikhlas
 Dedikasi
 Sederhana
 Tekun
 Bersih
 Berdisiplin
 Bekerjasama
 Berbudi Mulia
 Bersyukur
BUKTI
Niali-nilai Islam tersebut diterapkan dalam agensi dan slogan
 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
 Piagam Pelanggan jabatan kerajaan
 Mahkamah syariah
 Perbankan Islam
 Kepimpinan Melalui Teladan
 Bersih Cekap dan Amanah,
 Wawasan 2020
 Dasar Pembangunan Modal Insan
 Dasar Pandang ke Timur
Format Tips Kerangka Jawapan / Perincian

6.MENJANA IDEA Apa rujukannya ? 6. Menjana Idea ( 10 markah )


( 10 m )
-Menguasai isu semasa Perpaduan merupakan cabaran yang ditangani bagi
melalui merealisasikan Wawasan 2020. Cadangkan langkah-langkah
- Pembacaan bagi memantapkan perpaduan Malaysia
akhbar dan majalah
pendidikan Antara langkah bagi memantapkan perpaduan di Malaysia ialah
- Menonton berita melalui aktiviti kokurikulum. Sukan contohnya dapat
TV memantapkan
- Berbincang perpaduan melalui penglibatan semua kaum dalam acara-acara
dengan rakan
sebaya yang dipertandingkan seperti dalam Kejohanan Peringkat MSSM
- Malayari intenet
atau pun Sukan Malaysia ( SUKMA )

Selain itu pendidikan juga berperanan sebagai medium

memantapak perpaduan. Sekolah kebangsaan dan Sekolah

Wawasan perlu diperkasakan kerana sekolah-sekolah ini menjadi

tumpuan semua kaum. Penggunaan kurikulum yang sama

diperingkat sekolah dapat menyatukan pelbagai kaum di negara

kita.

Maeyarakat juga berperanan dalam mengukuhkan perpaduan

negara. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan perlu dirancang dan

dilaksanakan dengan jaya. Program-program seperti gotong-

royong perdana, ziarah menziarahi, rumah terbuka dan rukun

tetangga akan dapat meningkatkan rasa saling memerlukan dan

hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat

Kerajaan juga perlu melaksanakan pelbagai dasar yang

menjurus ke arah memantapkan perpaduan rakyat. Kempen-

kempen melalui media massa , pelaksanaan konsep 1 Malaysia

dan pengamalan prinsip Rukun Negara yang mantap perlu

dilaksanakan demi mengukuhkan perpaduan.


Format Tips Kerangka Jawapan / Perincian

7.MENGHAYATI Mudah sahaja 7. Menghayati Nilai / Iktibar / Unsur Patriotisme ( 10 markah )


NILAI / IKTIBAR / menjawab soalan Nilai
UNSUR Pembentukan kerajaan Islam di Madinah penuh dengan nilai-
PATRIOTISME  Biasakan dengan nilai murni, iktibar dan unsur petriotismenya. Nyatakan unsur-
istilah nilai, sikap unsur tersebut yang dapat membawa masyarakat dan negara
( 10 m ) dan semangat kita ke mercu kegemilangan
positif
Antara nilai-nilai yang boleh dicontohi ialah
 Nilai Positif  Semangat setia kawan
-Jujur  Kepatuhan kepada pemimpin
-Toleransi  Sedia berkorban
-Bersatupadu  Sikap tidak berputus asa
-Bekerjasama  Bersikap terbuka / rasional
 Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin berwibawa
 Sikap Positif  Mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara
-Kerja kuat  Bersatu-padu
-Berdaya saing  Berusaha dan bertawakkal kepada Allah SWT
-Berdisiplin

 Semangat positif
-Cinta akan
negara
-Setia pada Raja
-Berkorban demi
negara
-Memelihara
kedaulatan

JIKA ANDA TIADA IDEA.


- Baca semula
Rukun Negara
- Nyanyikan Lagu
Negaraku
PASTI ANDA AKAN DPT
JAWAB…….
Format Tips Kerangka Jawapan / Perincian

8.RUMUSAN Merumus Isi yang telah 8. Rumusan ( 5 markah )


dibincangkan
(5m) Rumuskan tentang pembentukan kerajaan Islam di Madinah
Pengetahuan yang daripada aspek pengetahuan yang diperolehi, iktibar kepada diri,
diperolehi bangsa dan negara serta harapan untuk masa depan Malaysia
yang gemilang
- Iktibar kepada
diri, bangsa, Antara rumusan yang boleh dibuat ialah pembentukan kerajaan
masyarakat dan
negara Islam membuktikan bahawa corak pentadbiran berlandaskan

- Harapan untuk Islam mampu membawa negara ke mercu kegemilangan


masa depan
Malaysia yang Peristiwa hijrah mengajar kita bahawa tiada sesuatu yang
lebih cemerlang
boleh diperolehi dengan mudah. Setiap kejayaan memerlukan

- Rumusan pada kesungguhan dan pengorbanan. Kecemerlangan dalam


penghujung bab
buku teks boleh pendidikan misalnya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh
dirujuk
tanpa mengenal erti putus asa

Masyarakat perlu menunjukkan komitmen dan meningkatkan

pepaduan untuk menjamin kejayaan Malaysia. Adalah menjadi

harapan kemajuan negara dapat terus dipacu terutamanya untuk

merealisasikan Wawasan 2020. Kejayaan negara juga

memerlukan pemimpin yang bujaksana dan berwibawa.

PN. HANITA BINTI AHMAD


SMK SERI RAUB, RAUB.PAHANG

You might also like