You are on page 1of 15

Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

1.0 Pengenalan

Pada 28 Februari 1992, YAB Perdana Menteri ( Tun Mahathir) telah membentangkan
Wawasan 2020 melalui ucapan beliau yang bertajuk ‘ Malaysia the Way Forward’ di
persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia. Antara kandungan Wawasan 2020
adalah dari aspek pengurusan khususnya pengurusan pendidikan.

Dalam abad ke-21, pengurusan pendidikan di Malaysia telah melalui proses


perubahannya dalam usaha melonjakkan kecemerlangan pendidikan. Sistem pendidikan bagi
sesebuah Negara mempunyai dasar dan matlamat pendidikannya tersendiri dan disesuaikan
dengan falsafah dan aspirasi Negara. Sistem pendidikan terlebih dahulu dirancang, dibentuk,
dan dikaji mengikut peredaran zaman dan kemajuan negara.

Kajian dan tulisan beberapa tokoh dalam bidang pengurusan seperti Edmonds (1979)
dan Sergiovanni (1987), telah menunjukkan bahawa kepemimpinan memainkan peranan yang
penting untuk menentukan kelicinan, kecekapan, dan keberkesanan pengurusan sesebuah
organisasi khususnya sekolah. Sekolah telah mengalami dan menghadapi pelbagai perubahan
seperti dari segi kurikulum, kaedah pengajaran, dan kegiatan ko-kurikulum, dalam usaha
menyahut harapan masyarakat dan negara yang semakin mencabar. Antara perubahan dan
reformasi dalam pendidikan ialah pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988,
reformasi dasar penggunaan bahasa dan pengwujudan Falsafah Pendidikan Negara.
Masyarakat sendiri menghadapi pelbagai perubahan sama ada dari segi sosial, ekonomi
mahupun politik. Semua ini menyebabkan Guru Besar, sebagai pengurus sekolah,
menghadapi cabaran yang lebih besar yang memaksa mereka sentiasa peka, kreatif, dan
inovatif dalam menangani pelbagai masalah pengurusan harian mereka.
(http://sknyatoh.tripod.com/tesis.htm )

Menurut Abdullah Sani (1990) Dasar Pendidikan kebangsaan digubal sebagai garis
panduan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan oleh negara terutamanya kesedaran ke
aah kepentingan perpaduan kaum. Penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah
berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang termaktub di dalam Ordinan Pendidikan 1957 bertujuan membentuk sistem
pendidikan kebangsaan yang meningkatkan perkembangan sosiobudaya, ekonomi, dan politik
di dalam negara.

1
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

Jika dilihat situasi sekolah pada hari ini, sekolah-sekolah diterajui oleh seorang
pemimpin yang mempunyai ramai orang di bawahnya untuk sama-sama melaksanakan tugas
ke arah penambahbaikan sekolah. Menurut Hodgets (1975), kepemimpinan adalah proses
mengarah daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai matlamat organisasi.

2.0 Konsep Kepemimpinan di Sekolah

Kepemimpinan telah bermula sejak dahulu lagi dan antara kepemimpinan yang dapat
dikenang adalah kepengetuaan mula diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan King Edward VII
pada tahun 1883. Kemudian kepengetuaan mulai tenggelam selepas tahun 1904 menurut
Ramaiah (1995). Kepemimpinan di sekolah kembali menonjol sejak tahun 1970-an. Gaya
kepimpinan yang diamalkan sejak dahulu dan sehingga kini adalah autokratik, demokratik,
dan Laissez Faire.

Teuku Iskandar (1989) mendefinisikan kepimpinan sebagai keupayaan orang untuk


memimpin. Dalam setiap sistem pendidikan, seorang pemimpin diperlukan untuk menerajui
sesebuah institusi pendidikan. Pemimpin pendidikan mestilah memenuhi beberapa ciri seperti
amanah, adil, dedikasi dan banyak lagi.

Penyelidikan mengenai kepimpinan sekitar tahun 80-an mengiktiraf peranan pengetua


sebagai amat penting dalam kejayaan atau kegagalan sebarang pelaksanaan program
pendidikan atau program kemajuan pendidikan (Hussein, 1997). Walau bagaimana pun
Lashway (2003), menyatakan mengurus sekolah tidak lagi menjadi tugas utama seseorang
pengetua kerana beliau mempunyai tugas-tugas lain yang lebih kompleks. Kajiannya
mendapati para pendidik, ahli komuniti, penyelidik dan penggubal polisi bersetuju bahawa
pengetua hari ini tidak dapat memimpin sekolah secara bersendirian disebabkan tugas yang
semakin kompleks dan mencabar. Tren kepimpinan pendidikan masa kini tidak lagi melihat
pengetua memikul semua tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah. Malah lebih memberi
tumpuan kepada bagaimana menghasilkan satu budaya kebertanggungjawaban sepunya dan
perkongsian budaya pembelajaran serta membangunkan keupayaan kepimpinan sekolah

Menurut Kamarudin Hj. Kachar (1989) beberapa konsep kepimpinan yang diamalkan
sejak dahulu lagi sebelum perubahan pada tahun 1990-an dan seterusnya. Konsep yang

2
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

relevan dan perlu bagi setiap pemimpin dalam sesebuah struktur pendidikan pada hari ini
mengandungi beberapa unsur penting iaitu ;

1. Kepemimpinan yang mempunyai tugas ( fungsional)


2. Kepemimpinan yang mempunyai pengaruh
3. Kepemimpinan yang berkesan.

Pengetua dilihat sebagai seseorang yang bertindak sebagai pembimbing, penyelia, dan
pennilai di sekolah. Pengetua juga berperanan mendefenisikan misi dan visi sekolah,
menetapkan matlamat sekolah dan memastikan pencapaian pelajar terjamin. Dalam satu
kajian berkaitan peranan kepemimpinan pendidikan di sekolah, dilaporkan bahawa pengetua
dan guru tidak berupaya melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya kerana dikawal oleh
‘polisi’ atau kehendak pihak atasan. Secara analoginya, pemimpin di sekolah diibaratkan
sebagai kepala kereta api. Kepala yang menentukan kelancaran gerabak-gerabak yang
ditariknya sentiasa berada di landasan yang betul. Laju dipandu, lajulah gerabak. Jika
landasannya lurus, halaju yang sesuai, maka kereta api tidak akan tergelincir dan selamat
sampai ke destinasi dengan selamat. Jika kepala kereta api tidak bergerak maka gerabak-
gerabak dan penumpang semuanya tersadai. ( Hamedah & Normah, 2010 : 5-8)

Jelasnya pengetua atau Guru Besar bukan sekadar pentadbir, pengurus, dan pemimpin
tetapi meliputi ketiga-tiganya sekali. Merekalah yang menggalas tugas dan tanggungjawab
membentuk manusia melalui manusia. Dalam sebuah buku terbitan Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), kepimpinan adalah satu proses
mempengaruhi tingkahlaku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah
pencapaian suatu matlamat yang ditetapkan. Pengetua atau Guru Besar merupakan ketua
organisasi bagi melahirkan staf yang komited da sebagai seorang pengurus yang dapat
membimbing mereka yang patuh kepada peraturan kurikulum. Oleh itu kepimpinan seorang
pengetua atau Guru Besar amat penting dalam usaha membangunkan organisasi sekolah.

3
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

2.1 Senario Kepemimpinan Sekolah

Sejak tahun 1960an sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya empat fasa utama
perkembangan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang menjadi fokus
kajian dan perbincangan pengkaji dan pengamal pendidikan. Setiap fasa didominasi oleh
suatu gaya kepimpinan yang boleh mewakili tuntutan dan keperluan fasa berkenaan. Dalam
penulisan Dr. Amin Senin (2008), fasa pertama ialah Managerial Leadership yang menjadi
amalan pemimpin sekolah dalam tahun 1960an dan 1970an. Kepimpinan ini memberikan
fokus kepada fungsi, tugasan dan perilaku staf dengan andaian jika fungsi tersebut dilakukan
dengan baik maka kerja orang lain dalam organisasi itu dapat dipermudahkan.

Walau bagaimanapun dalam pertengahan tahun 1980an, penekanan telah berubah


daripada gaya kepimpinan yang bercorak pentadbir tulen kepada gaya kepimpinan yang baru
iaitu Instructional Leadership. Sebagai pemimpin instruksional, pemimpin sekolah bertindak
sebagai sumber ilmu pengetahuan dalam pembangunan program pendidikan sekolah. Fokus
utama adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah.
Seterusnya dalam tahun 1990an muncul suatu konsep baru kepimpinan yang berdasarkan
kepada andaian bahawa sekolah bertanggungjawab memulakan perubahan, dan bukan
sekadar melaksanakan perubahan yang dirancang oleh pihak lain. Andaian ini telah menukar
bentuk kepimpinan kepada gaya Transformational Leadership di mana pemimpin sekolah
perlu meraih sokongan dan dokongan guru-guru serta pihak-pihak lain yang berkepentingan
supaya terlibat dalam proses mengenal pasti keutamaan dan melaksanakan tindakan
penambahbaikan sekolah. ( Dr.Amin Senin, 2008)

Dalam tahun 60an hingga 70an, Guru Besar sekolah sangat dominan dan dikenali
sehinggakan sekolah-sekolah disebut dengan nama Guru Besarnya. Sekolah Menengah
Kebangsaan Temerloh dikenali sebagai Sekolah Ahmad Sujak. Sekolah Menengah
Kebangsaan Mentakab disebut sebagai Sekolah Ghazali Manan, dan Sekolah Rendah
Kebangsaan Jalan Bahagia dikenali sebagai Sekolah Mrs. Chong. Dalam tahun 80an pula,
sekolah di Kelantan mengalami hal yang sama. Pengetua yang cukup dikenali di 2 buah
sekolah perempuan menjadikan sekolah tersebut turut dikaitkan dengan nama pengetuanya.
Sekolah Menengah Perempuan Methodist dikenali sebagai Sekolah Mrs Quah, manakala
Sekolah Menengah (P) Tengku Afzan Kuantan sebagai Sekolah Normah Teh. Seseorang
pemimpin yang berwibawa haruslah bertindak bercirikan idea, proses, dan kemanusiaan

4
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

dengan berteraskan Wawasan Pendidikan, kualiti kepemimpinan dan ketrampilan


pengurusan. Keberkesanan pengurusan berkait rapat dengan keberanian seorang pemimpin,
bersedia mengambil risiko, kreatif, inovatif dan imaginatif. Kepemimpinan pendidikan yang
dapat kita lihat pada hari ini lebih menjurus kepada penurunan kuasa atau empowerment.
Tujuannya supaya orang-orang bawahan merasa lebih dipercayai, dihargai dan diberi peluang
bersama-sama membuat keputusan ke arah matlamat bersama. Hal ini mengubah cara
berfikir, bekerja, mengurus, menyelia, berhubung dan bertindak. (Hamedah & Normah, 2010:
8-9)

Kepemimpinan Guru Besar dan Pengetua juga semakin ditambahbaik pada masa kini.
Jika kita lihat senario pada masa lampau, ketua pentadbiran terdiri daripada individu yang
dipilih berdasarkan pengalaman dan senioritinya. Ketinggian akademiknya tidak
dititikberatkan. Tidak dinafikan pengalaman kerja yang lama akan memberikan satu sinergi
kepada individu itu untuk memimpin. Namun demikian, ketinggian ilmu seseorang itu juga
akan melahirkan stail kepemimpinan yang jauh lebih berkualiti da bermakna. Jika kita
tanyakan kepada bekas-bekas guru yang telah lama bersara tentang pandangan mereka
terhadap ketua mereka, sebilangan akan mengatakan bahawa ketua mereka garang dan tegas
orangnya. Mereka sangat takut akan ketua mereka dan takut untuk ingkar arahan yang
diberikan. Segala arahan yang dikeluarkan oleh ketua mereka tidak ada yang berani
membantah dan tidak boleh dibantah. Ini menunjukkan gaya kepemimpinan bercorak
autokratik. Lewat 70-an sistem pendidikan kita mula mengamalkan kepimpinan secara
demokrasi dan cuba menenggelamkan konsep autokratik yang diperkenalkan oleh mereka
yang telah lama. Perkembangan intelektual dalam kalangan pemimpin di sekolah
menunjukkan bahawa mereka menzahirkan idea-idea baharu dalam usaha menambahbaik
pengurusan sekolah. Dalam tahun 80-an sehinggalah 90-an stail kepimpinan laissez-faire
turut cuba diaplikasi bagi menilai keberkesanan gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan di
sekolah. (Hussein. 2008 : 35-37)

Institut Aminuddin Baki (IAB) yang telah lama ditubuhkan, kini memainkan peranan
yang sangat besar dalam melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa, kreatif, dan
berkualiti. Institut ini memberikan latihan dan kursus kepada Guru Besar dan Pengetua yang
akan membawa pengetahuan mereka ke sekolah yang dipimpin. Pemimpin bertindak sebagai
koordinator kepada subordinatnya dan berkongsi sebahagian kuasa dalam mencapat matlamat
yang sama. Ini sejajar dengan hala tuju Wawasan Pendidikan untuk mencapai stail

5
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

pengurusan dan kepemimpinan yang menjurus kepada usaha meningkatkan produktiviti


kecemerlangan. Pemimpin yang bijak tidak akan terus melatah apabila menerima staf atau
guru baharu yang dianggap masih mentah dalam bidang ini. Sikap pilih kasih tidak akan
wujud jika pemimpin ini melihat anggota baharunya sebagai satu cabaran dalam membentuk
individu tersebut menjadi setanding dengan kakitangan lain yang lebih senior. Pemimpin
akan memberikan kuasa kepada subordinatnya untuk melatih dan membimbing ahli baharu
mereka dan memberikan peluang yang sama. ( http://www.iab.edu.my )

2.2 Laporan Kabinet (1979).

Keupayaan dan kewibawaan pengetua dan Guru Besar mula dipersoalkan berikutan
dapatan Laporan Kabinet mengenai pelaksanaan dasar pelajaran (1979). Laporan ini
menyatakan bahawa pengurusan sekolah-sekolah di Malaysia secara keseluruhannya adalah
kurang memuaskan kerana Pengetua dan Guru Besar masih cetek pengetahuan dan kurang
kemahiran untuk mentadbir pengurusan sekolah. Rentetan itu, Institut Aminuddin Baki
ditubuhkan bagi memberi latihan kepada pentadbir di sekolah. Rentetan Laporan Kabinet
pada tahun 1979 juga kurikulum baru sekolah diperkenalkan iaitu KBSR dan KBSM bagi
mewujudkan keselarasan dengan perubahan yang dilaksanakan. Menurut Ramaiah (1995)
kepemimpinan Pengetua dan Guru Besar beralih konteks iaitu ke arah kepimpinan pengajaran
yang memperlihatkan Pengetua dan Guru Besar berperanan sebagai pembimbing, penyelia,
penilai, dan pembekal sumber bagi menggalakkan dan memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran (P&P).

2.3 Kepimpinan Karismatik

Kepimpinan Karismatik ini kerap muncul dalam suasana krisis sebagai individu
penyelamat (Bass, 1974). Jika mereka berjaya, Kepimpinan Karismatik ini akan
menghasilkan transformasi (Stark, 1969, menyebutnya sebagai inovasi) yang radikal tetapi
adakalanya ia membawa akibat yang negatif atau memudharatkan (Davies, 1954) .Pemimpin
Karismatik juga mempunyai kuasa rujukan yang tinggi. Kerapkali, mereka memberikan

6
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

penyelesaian yang tepat tetapi radikal dalam menghadapi krisis. Jalan penyelesaian ini
dipercayai dan yakini oleh para pengikutnya akibat dari kesetiaan mereka kepada pemimpin.

2.4 Kepemimpinan Transformasi

Burns (1978) mendefinisikan Kepimpinan Transformational sebagai " Pemimpin


Transformational mengenalpasti dan mengekploitasikan keperluan sedia ada atau kemahuan
pengikut-pengikut yang berpotentensi. Tetapi, lebih daripada itu, hasil dari Kepimpinan
Transformasi ini adalah suatu perhubungan yang saling merangsang dan mempertingkatkan
yang akan mengubah pengikutpengikut menjadi pemimpin dan mungkin mengubah
pemimpin-pemimpin menjadi agen-agen moral.

[ " The transforming leader recognises and exploits an existing need or demand of a
potential follower. But, beyond that, the transforming leader looks for potential motives in
followers, seeks to satisfy higher needs andenggages the full person of the follower. The
result of transforming leadership is a relationship of mutual stimulation and elevation that
converts followers into leaders and may convert leaders into moral agents." ]

Menurut Salleh Lebar (2000) Kepimpinan Transformasi memfokuskan kepada


peringkat moral dan motivasi dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas.
Kepimpinan jenis ini memerlukan seorang bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak
emosional, tidak tamak dan tidak mencemburui kakitangannya. Cabaran-cabaran dalam
penstrukturan semula sekolah telah disebut sebagai sebab musabab perubahan kepimpinan
sekolah daripada Kepimpinan Instruksional kepada Kepimpinan Transformasional
(Leithwood, 1992,1994). Enam dimensi kepimpinan yang diutarakan oleh Leithwood &
Jantzi (1997) adalah disesuaikan dari dapatan kajian empirikal untuk penyesuaian di sekolah (
Leithwood, 1994; Leithwood & Steinbach, 1995) dan model-model Kepimpinan
Transformasional yang telah berkembang dalam organisasi-organisasi lain (Bass, 1985;
Burns, 1978; Yukl, 1989). (http://www.scribd.com/doc/25828622/Model-Kepimpinan)

Pembentukan visi dan matlamat

Tingkahlaku Pengetua yang bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang baru kepada


sekolah, membentuk, menghubung dan mengilhamkan guru-guru dengan visi masa depannya

7
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

dan membentuk kata sepakat (konsensus) tentang matlamat dan keutamaan-keutamaan


sekolah.

Pembentukan stuktur pemuafakatan dalam membuat keputusan

Tingkahlaku Pengetua yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan guru-guru dalam


membuat keputusan dan menanamkan sifat-sifat kepimpinan kepada guru-guru.

Menonjolkan amalan profession yang baik

Menunjukkan tingkah-laku yang boleh dicontohi oleh guru-guru dan menunjukkan sikap
keterbukaan untuk membuat perubahan berdasarkan idea-idea atau kefahaman yang baru.

Memberikan sokongan secara individu

Menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada guru-gurunya dan mengambil berat
tentang perasaan dan keperluan mereka.

Menyediakan ransangan intelektual

Tingkah laku Pengetua yang mencabar guru-guru supaya mengkaji semula andaian-andaian
tentang tugas-tugas mereka dan berfikir semula bagaimana tugas-tugas tersebut boleh atau
sepatutnya dilakukan.

Menjangkakan hasil kerja yang terbaik.

Tingkahlaku Pengetua yang menunjukkan pengharapannya untuk melihat kecemerlangan,


kualiti dan hasil kerja yang terbaik dari guru-guru.

Dapatan dari kajian yang telah dijalankan oleh Leithwood dan Jantzi (1990) ke atas 11 buah
sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah menunjukkan bahawa Pengetuapengetua yang
mengamalkan Kepimpinan Transformational di semua sekolah berkenaan telah
mempraktikkan enam strategi untuk mempengaruhi budaya sekolah mereka.

8
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

2.5 Pemimpin Transaksional

Philip L. Hunsaker (1986) menyatakannya sebagai kepimpinan yang diamalkan


melalui perhubungan secara bersemuka dengan orang lain.

[ Leadership which is exercised through face-to-face contact with others.]

Menurut Salleh Lebar (2000) Kepimpinan Transaksional memfokuskan kepada keperluan


motivasi luaran untuk menggerakkan pekerja bawahan. Ia bukan saja boleh dilaksanakan di
dalam sesebuah organisasi tetapi juga diluar organisasi terutama pada masyarakat yang lebih
besar atau politik kepimpinan.

Menurut Mohd Salleh Lebar (2000), dalam konsep bilik darjah di Malaysia,
keberkesanan Kepimpinan Transformasi boleh dilakukan dengan cara berikut:

a. Menggalakkkan guru-guru berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masaalah.

b. Mengharapkan guru-guru memahami misi dan visi sekolah yang hendak dicapai.

c. Mengharapkan guru-guru bekerja sebagai satu pasukan.

d. Menghargai jasa dan peranan guru dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.

e. Pengetua selalu memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk membantu kerja-kerja yang
dianggap mencabar.

f. Memelihara hubungan yang baik di antara pengetua dengan guru-guru dan tidak ada
kecurigaan dalam tugasan harian.

2.6 Reformasi Pendidikan.

Reformasi pendidikan berlaku dalam tiga era iaitu era intensifikasi pada tahun 1980
hingga 1987. Dalam era ini kepemimpinan adalah bercorak fokus kepada arahan atasan dan

9
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

pentadbiran adalah berpusat. Era yang seterusnya adalah era Penstrukturan pada tahun 1988
hingga 1995. Era ini menonjolkan konsep disentralisasi, pengupayaan profesional, dan
pemilihan pelanggan. Kulaiti perancangan sekoalh dipertingkatkan di peringkat Daerah dan
Sekolah. Era Reformasi merupakan era yang terkini sejak tahun 1996 hinggalah sekarang.
Era ini mengutamakan piawai akauntabiliti dan penswastaan. Pemantauan diutamakan
khususnya di peringkat pusat tanggungjawab.

Dalam tahun 90an, sumbangan dan pendekatan kepimpinan ini mendapat kritikan
kerana ketidak upayaan membawa perubahan-perubahan dinamik seperti yang diharapkan
dalam menyelesaikan masalah pengurusan terutamanya sumber manusia. Pelaksanaan
reformasi pendidikan dilaksanakan berdasarkan reformasi yang berlaku dalam penstrukturan
organisasi perniagaan. Kesan pengubahsuaian ini dapat dilihat dalam pelaksanaan konsep-
konsepp baharu seperti disentralisasi dan penurunan kuasa kepada subordinat. Konsep-
konsep ini yang diharapkan akan menjadi wadah dalam pembangunan pendidikan negara.

Sejajar dengan perubahan ini, konteks kepemimpinan Pengetua dan Guru Besar juga
disarankan mengalami perubahan dan pembaharuan. Konsep pengupayaan dalam pengurusan
diterapkan dalam pengurusan sekolah. Pengupayaan dalam membuat keputusan dan secara
konsensus mula diamalkan di sekolah-sekolah sebagai usaha menambahbaik pengurusan
sekolah masa kini. Dengan pengupayaan ini, subordinat di bawah pengurusan sekolah akan
merasa bertanggungjawab ke arah melonjakkan kecemerlangan sekolah mereka kerana
keputusan yang dicapai adalah hasil dan idea yang mereka curahkan. Ia merupakan satu
kegagalan buat semua jika matlamat bersama tidak berjaya dicapai.

10
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

2.7 Kepemimpinan Instruksional

Dalam tahun 1990-an Kajian (Hallinger dan Murphy, 1987) : James & Balasandran,
2009) menyatakan bahawa penglibatan pemimpin sekolah dalam usaha pemantauan
pencapaian murid di dalam bilik darjah kurang diberi penekanan. Gaya kepemimpinan ini
telah diperkenalkan lewat tahun 1980-an lagi. Namun sambutan terhadapnya adalah seperti
‘suam-suam kuku’. Di negara kita sendiri juga didapati amalan pemantauan pencapaian
murid adalah berbeza walaupun secara umumnya sekolah-sekolah menyediakan maklumat
analisis potensi murid (headcount), memantau buku latihan murid, dan menganalisa
keputusan peperiksaan.

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pengamal kepemimpinan instruksional bagi


melonjakkan kecemerlangan sekolah. Kegiatan pengajaran dan pembelajaran serta
pencapaian murid di sekolah sangat di ambil berat. Pemimpin intruksional sering melakukan
pemantauan terhadap pencapaian murid-murid sekolahnya. Kualiti pengajaran guru dan
kemajuan akademik sering dinilai. Walau bagaimanapun bagi sekolah berprestasi rendah dan
di luar bandar, guru-guru didapati kurang memahami proses pemantauan dan gagal
merancang program ke arah meningkatkan pencapaian sekolah. Demikian juga dengan
pemimpin yang kurang terdedah kepada perancangan sekolah dan gaya kepemimpinan yang
masih perlu diperbaiki. Kolej Tunku Kurshiah,Seremban merupakan salah sebuah sekolah
yang dianggap berjaya melonjakkan pencapaian pelajarnya berdasarkann keputusan
cemerlang dalam PMR pada tahun 2007. Pendekatan headcount digunakan bagi memantau
pencapaian pelajar. Pengetua sekolah tersebut sering memantau perjalanan dan program
akademik yang dilaksanakan dan menambahbaik program kecemerlangan sekolah. Dalam
kepimpinan instruksional, petunjuk prestasi utama atau key perfomance index (KPI) dijadikan
sebagai satu panduan yang mengarah kepada pencapaian sekolah. Pengukuran prestasi dapat
dilihat dengan adanya KPI. ( James & Balasandaran, 2009 : 97-101)

11
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

3.0 Penilaian

Dinamika dalam kepemimpinan di sekolah adalah suatu usaha yang berterusan dan
sentiasa berubah-ubah. Ia bukanlah suatu proses yang diubah mengikut suatu ketetapan tetapi
berubah mengikut kesesuaian dan kehendak semasa.

Dalam usaha menambahbaik kualiti pendidikan negara, kepimpinan di sekolah adalah


sangat penting kerana sekolah merupakan keberhasilan yang dilihat dan memberi kesan yang
sangat besar terhadap perkembangan generasi muda serta pencapaian mereka. Sekolah
jugalah yang akan melahirkan generasi yang cemerlang dan membangunkan negara pada
masa akan datang. Tanpa pemimpin sekolah yang berwibawa dan mempunyai gaya
kepemimpinan yang sesuai, maka sesebuah organisasi sekolah itu akan mengalami kejatuhan
dan pengurusan yang tidak sistematik. Justeru ia akan melenyapkan aspirasi negara ke arah
kemajuan dalam bidang pendidikan khususnya menambahbaik sekolah.

Walaupun perubahan konteks ini tidak melalui satu proses yang bergerak dari satu
konteks ke satu konteks, tetapi ia juga boleh berulang pada bila-bila masa. Jika dilihat
Kepemimpinan Instruksional, ia diperkenalkan dalam tahun 1980 an tetapi stail
kepemimpinan ini kembali popular selepas tahun 2000. Corak kepemimpinan pengurus
sekolah turut dipengaruhi oleh era reformasi pendidikan iaitu tahun 1980 – 1987 merupakan
era kepemimpinan dari atas ke bawah ataupun dikenali sebagai berpusat. Seterusnya pada
tahun 1988-1995 kepemimpinan bercorak disentralisasi diamalkan iaitu kebanyakan kuasa
diberikan kepada subordinat.

Corak kepemimpinan pada masa kini lebih kepada empowerment, penerapan budaya
ilmu dalam kehidupan, budaya kerja yang cemerlang, dan pelbagai konsep sekolah yang
ditimbulkan seperti sekolah penyayang, sekolah wawasan, sekolah berkesan, sekolah bestari,
dan sebagainya. Ia jelas bertujuan mencapai kesempurnaan dalam usaha menambahbaik
sistem pendidikan yang sedia ada. Penerapan budaya ilmu yang dimaksudkan adalah galakan
menimba ilmu dalam kalangan pendidik dan mencapai ketinggian akademik. Kualiti
intelektual yang terbit dari penguasaan ilmu memancarkan perkembangan individu yang
unggul dan berdaya saing dalam bidang tugas dan pengurusan sekolah. Hal ini sudah pasti
melonjakkan kecemerlangan sekolah seperti yang diharap-harapkan.

12
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

Usaha ke arah menambahbaik pengurusan sekolah melalui kepemimpinan tidak


pernah berhenti dan ia melalui satu proses dinamika yang kaizen dan sentiasa digunapakai.
Keupayaan seorang pemimpin menerajui sekolahnya dengan kepimpinan yang berkesan pasti
akan membuahkan hasil dan meningkatkan pencapaian di sekolahnya.

13
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghani Abdullah, 2010. Transformasi Kepimpinan Pendidikan, Selangor D.E, PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdul Ghani Abdullah, 2009. Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah, Kuala Lumpur, PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.

Amin Senin, 2008. Institut Aminuddin Baki Melangkah ke Hadapan, Pahang Darul Makmur,
Institut Aminuddin Baki- Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hamedah Wok Awang & Normah Teh, 2010. Sinergi dalam Pengurusan Sekolah, Selangor
D.E, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Harris, A (2008). Distributed leadership according to the evidence, Journal of Educational


Administration. Distributed leadership through the looking glass, Retrieved from
http://www.iab.edu.my/sn16/Rosnarizah.pdf

Hussein Mahmood , 2008. Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah Edisi Kedua, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hollander, E. P., 1964. Leaders, Groups, and Influence. New York, Oxford University Press.

Ibrahim Mamat,1993. Kepemimpinan Sekolah ; Teori untuk Praktis, Kuala Lumpur,


Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Lashway, (2003). Distributed leadership. ERIC Clearinghouse on Educational Management,


Research Roundup, Retrieved October 10, 2010 from
http://eric.uoregon.edu/publications/roundup/Summer_2003.html.

James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah, 2009. Kepimpinan Instruksional Satu Panduan
Praktikal, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Kamaruddin Hj. Hussin, 1994. Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah, Kuala Lumpur,
UTUSAN Publications & Distribution.

14
Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

Mohd Salleh Lebar ,2000 . Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan di Malaysia, Petaling Jaya:
Addison Wesley Longman Malaysia Sdn Bhd.

Yahya Don, 2007. Kepimpinan Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur, PTS Professional
Publishing.

15

You might also like