You are on page 1of 26

1.

0 PENGENALAN

Guru adalah tongak utama dan merupakan tulang belakang asas dalam
memacu dan memartabatkan sistem pendidikan negara sejak sekian lama. Kerjaya
guru sering dipandang mulia dan mendapat tempat yang istimewa di mata dan hati
masyarakat. Sememangnya tanggungjawab dan peranan guru sentiasa mendapat
perhatian dan diiktiraf oleh segenap lapisan masyarakat kerana bidang pendidikan
ini mencakupi pelbagai jurusan dan aspek mahupun dari segi rohani dan jasmani.
Justeru, peranan guru bukan sahaja sekadar mendidik, mengurus dan mentadbir
institusi persekolahan, penyampai ilmu pengetahuan, penyalur maklumat, jurutera
sosial, doktor pemulihan, pencetus idea, pencorak budaya, penjanaan minda, arkitek
pembangunan, pembentukan sahsiah, imam kepada pelajar malah sebagai agen
perubahan, sosialisasi dan penggerak generasi akan datang serta agen
pembangunan negara.

Sebagai satu pengiktirafan, seluruh negara akan menyambut hari guru pada
tanggal 16hb Mei pada setiap tahun. Bertepatan dengan tema hari guru 2012 iaitu
“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”, jelas menyatakan bahawa guru
perlu memantapkan diri dengan penguasaan ilmu yang tinggi, cekap dan
berketrmpilan untuk menjana dan membangunkan anak didik dalam usaha
melahirkan generasi masa depan yang berwawasan, mempunyai jati diri yang
ampuh, bersemangat kental, intelektual, teguh kepada ajaran agama dan pegangan
budaya, celik ICT, berdaya saing, bermoral dan sentiasa bersandar kepada nilai
murni dan alam sejagat.

Dalam profesion perguruan, tugas utama guru ialah melaksanakan


pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru sebagai pengurus institusi
persekolahan akan mengendalikan pelbagai tugas pengurusan dan pentadbiran
sekolah dan menjalankan pelbagai aktiviti bagi memastikan kelancaran sesuatu
dasar dan polisi yang diwarwarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti
Literasi dan Numerasi (LINUS), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
Memperkasakan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
dan Dasar Satu Murid Satu Sukan dapat dilaksanakan dengan jaya dan berkesan.
2.0 Definisi Pengurusan Dan Pentadbiran

Perkataan mengurus (management) sebenarnya diambil dari perkataan Itali


‘maneggiare’ yang membawa maksud „menangani‟ dan perkataan ini dipinjam
daripada perkataan Latin – ‘manus’ (tangan). Manakala perkataan bahasa Perancis
‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan
Bahasa Inggeris ‘management’ yang telah digunapakai pada lewat abad ke 17 dan
18. Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada
pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih
orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan
tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber –
sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan
juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan
fungsi pengurusan’.

Menurut pendapat, James A.F Stoner & Charles Wienkel pula, menyatakan
bahawa „pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan
mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain
dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’. Rentetan
daripada itu, Mustafa Haji Daud (1996) telah merumuskan pengurusan adalah aktiviti
perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau
organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga
tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.

Secara umumnya, pentadbiran pula adalah satu proses yang memusatkan


kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan
sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia mahupun bahan dalam satu
sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Jika
kita halusi sebenarnya tiada garis pemisah yang nyata di antara pengurusan dan
pentadbiran. Dessler G (1997) menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus adalah
satu fungsi yang sama meliputi aktiviti-aktiviti merancang, menghimpun dan
menganalisis, mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Manakala Yasmin Kamarudin (1998) juga bersetuju
bahawa pentadbir dan mengurus adalah satu peranan di mana kerja-kerja diagihkan
kepaa pembantu-pembantu dan pengurus dan pentadbir mengambil kira hasilnya.
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau
pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses
pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat
menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran, ia berlaku sama
ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal
dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang
pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang
dimaksudkan dengan pentadbiran.

Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan


pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi
manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial
itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan
pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner(1984)
mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin,
mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain
untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell ( Azali Atan-2001) pula,
menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah
organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh


sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada
mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk
mewujudkan konsep tersebut. Sebagaimana yang kita fahami, pendidikan sebagai
agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah
ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik.
Mengikut Lambert L (2003) dalam bukunya yang bertajuk Leadership Refined:An
Evocative Context For Teacher Leadership, pentadbiran sekolah ialah satu proses
sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti, menyelenggarakan,
merangsanag, mengawal dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal
kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh
dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. Sementara itu Campbell, Bridges
dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational
Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk
menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran


sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.
Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan,maktab
perguruan dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan
bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu
organisai untuk memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping
menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi, konsep
pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.
Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran ,iaitu proses mengarah,
mengawal sesuatu institusi yang melibatkanperancangan. Di Malaysia istilah
pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih memberatkan kepada
perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan. Walaubagaimanpun ramai bersetuju
pentadbiran dan pengurusan memang tiada bezanya.

3.0 Peranan Guru Di Sekolah

Semua guru dipertanggungjawabkan untuk menjadi pembina modal insan


seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian,
pelbagai tugas harus dilaksanakan oleh guru di sekolah dan amanah ini perlu
digalas dengan baik supaya aset negara yang berharga ini tidak disalahgunakan dan
akhirnya semua pihak berharap agar mereka bakal menjadi pemimpin negara yang
disegani suatu hari nanti. Profesionalisme guru ini mempunyai pengalaman dan
peribadi tinggi serta boleh memberikan sumbangan dan impak yang besar kepada
pembangunan negara. WF Connell (1972) membezakan tujuh peranan seorang guru
iaitu (1) pendidik (nurturer), (2) model, (3) pengajar dan pembimbing, (4) pelajar
(learner), (5) komunikator terhadap masyarakat setempat, (6) pekerja administrasi,
serta (7) kesetiaan terhadap negara.

Guru sebagai pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen


terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru.
Seseorang guru hendaklah mendidik dan mengajar serta mempunyai
tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa
kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif,
kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam
menafsirkan hakikat realiti. Ishak Haron dan Koh Boh Son(19850 menyarankan
supaya mendidik, membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu
kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu
belajar dan itu juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-
masing.

Guru yang menguasai kemahiran belajar adalah guru yang kebolehan


menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang diterima,
menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk menyelesaikan
masalah. Guru yang mempunyai kemahiran berfikir sememangnya cekap
menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-
beza, menghuraikan dan lain-lain. Guru sebagai pemudah cara merupakan
fasilitator yang boleh membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain
khususnya anak muridnya sendiri. Guru yang menguasai kemahiran mengajar
dapat membentuk dan melaksanakan aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik
dan berkesan. Kemahiran merancang yang dimilikki oleh guru dapat menentukan
objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran,
merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih dan menyediakan pelajaran
serta menyediakan dan mengurus kemudahan untuk menjalankan aktiviti
pengajaran mengikut tahap kebolehan dan kecekapan muridnya..

Guru sebagai pelajar (learner). Seseorang guru dituntut untuk selalu


menambah pengetahuan dan keterampilan agar supaya pengetahuan dan
keterampilan yang dirnilikinya tidak ketinggalan jaman. Pengetahuan dan
keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan
dengan pengembangan tugas profesional, tetapi juga tugas kemasyarakatan
maupun tugas kemanusiaan. Guru juga digalakkan memantapkan lagi kemahiran
ICT bagi membolehkan mereka menguasai dan menggunakan teknologi maklumat
dengan baik dan berkesan.
Peranan guru sebagai setia kawan dalam dunia pendidikan. Seorang guru
diharapkan dapat membantu kawannya yang memerlukan bantuan dalam
mengembangkan kemampuannya. Bantuan boleh diberikan secara langsung melalui
perkongsian ilmu, pertemuan-pertemuan rasmi mahupun kursus dan secara tidak
langsung. Guru sebagai komunikator pembangunan masyarakat berperanan
sebagai penghubung antara institusi persekolahan dan masyarakat. Oleh itu guru
perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik sama ada secara lisan
atau bertulis. Seorang guru diharapkan dapat berperanan aktif dalam pembangunan
di segala bidang yang sedang dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya
pada bidang-bidang yang dikuasainya.
Guru sebagai administrator, perancang dan pengurus. Seorang guru tidak
hanya berperanan sebagai pendidik dan pengajar, tetapi juga sebagai pentadbir dan
perancang dalam bidang pendidikan dan pelajaran. Oleh karena itu seorang guru
dituntut bekerja secara administrasi teratur. Segala pelaksanaan dan pengurusan
dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dibuat secara terancang dan teratur.
Penulisan rancangan pengajaran dan pembelajaran, mencatat hasil pembelajaran
murid dan sebagainya merupakan dokumen yang berharga bahwa ia telah
melaksanakan tugasnya dengan baik.

Setiap guru harus bijak bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir
Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah
memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban
masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu serta menyampaikan seberapa
banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan
penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru haruslah mendalami ilmu
sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para murid bagi
melahirkan insan dan warga negara yang berilmu. Dalam era transformasi
pendidikan, guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif
dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS
(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, dan Sosial) (2007), Profesor Syed Muhammad al-
Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa
penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu
merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalaman jiwa manusia.

Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti


membaca, berfikir, memerhati, berkarya, terlibat dalam sumbangsaran, dan bertukar
fikiran serta mencari pengalaman baharu (Raghbir Kaur (2007)). Dalam pengajaran
dan pembelajaran guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab
murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu.
Guru sebagai pengamal ilmu. Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai
peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan
negara terletak di atas pundak kaum guru. Guru atau para pendidik juga seharusnya
mempunyai sikap dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta
tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. Mengikut Jujun S.
Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus
mempunyai tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran,
tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional,
objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik
dalam menafsirkan hakikat realiti. Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada
ketika dunia kini menjadi sebuah „global village‟, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan
menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa
mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing. Dalam
perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari
atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan. Shahril @
Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai
peranan serta tanggungjawab sosial iaitu perancang, fasilitator dan pengurus
pembelajaran, penyampai ilmu pengetahuan, pembentuk akhlak, pembimbing,
contoh teladan atau model.

Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik


memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu,
guru haruslah secara berencana dan berterusan mempersiapkan diri dari segi
keilmuan, berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah
asas, meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan
tugas dan interaksi dengan masyarakat, melaksanakan tugas keguruan dengan
sebaiknya, menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan
bermasyarakat dan menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan
sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat.

Guru sebagai pengamal reflektif , sentiasa membuat pertimbangan dan


pemikiran yang mendalam sebelum merancang sesi-sesi pengajaran supaya murid-
murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru perlu menyedari masalah yang
harus dihadapi dan seterusnya mula mengumpul maklumat yang relevan seterusnya
menyelesaikan masalah tersebut. Di peringkat akhir reflektif, guru harus menilai
semula apa yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi.
Guru menggunakan amalan reflektif untuk meningkatkan kualiti pengajaran, dan
juga boleh mendedahkan murid-murid dengan kemahiran objektif tersebut untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Guru juga harus membuat
reflektif kendiri untuk menilai objektif pengajarannya. Yap, Wan dan Ismail (1985)
dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam
pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu seseorang guru harus memiliki kemahiran menilai dan
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Guru sebagai penyelidik berupaya menyelesaikan masalah yang mungkin


dihadapi oleh murid dengan mengubah dan menyesuaikan strategi dan teknik
pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik perhatian murid seterusnya
sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan Tindakan merupakan salah
satu amalan profesionalisme guru yang efektif. Ini merupakan salah satu strategi
guru dan dengan menjalankan penyelidikan tentang semua apa yang berkaitan
dengan pengajaran. Penyelidikan dilaksanakan bertujuan untuk mengesan keadaan
dan masalah dan amalan-amalan pendidikan atau sosial murid yang memerlukan
tindakan supaya bagi mengatasi permasalahan yang berbangkit. Mengikut Kurt
Lewin (1952), proses penyelidikan sebagai sesuatu kitaran tindakan kajian
merangkumi empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat
reflektif. Mengikut Bogdan dan Biklen (1982), penyelidikan tindakan merupakan
sesuatu inkuiri yang mengumpul maklumat secara sistematik dengan mengubah
ataupun membaiki persekitaran sosial.

Guru sebagai penyelidik, amat dialu-alukan untuk membuat penyelidikan


kerana penyelidikan yang dijalankan itu nanti akan menggalakkan guru membuat
reflektif semasa menjalankan aktiviti pengajaran, mengesan dan memperbaiki
kelemahan dan kekurangan dalam sesi pengajaran tersebut. Melalui penyelidikan,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Guru juga
dapat meningkatkan kemahirannya dalam aktiviti pengajaran dan berpeluang
mengubah kaedah dan teknik mengajarnya supaya membawa sesuatu inovasi baru.
Selain daripada itu, guru juga dapat menguji kemahiran pencapaian dan
keberkesanan pengajarannya di dalam bilik darjah.

Guru juga merupakan agen sosialisasi kepada murid yang menyampaikan


kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan
nilai-nilai kebudayaan. Peranan guru dan tugas sekolah adalah untuk mengajar
murid-murid tentang nilaia-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Guru harus
memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai,
norma dan kehendak masyarakat. Guru sebagai agen sosialisasi perlu memupuk
sikap, nilai dan sahsiah murid-murid yang sempurna selaras dengan kehendak
masyarakat. Guru seharusnya mempunyai hubungan yang rapat dengan
masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif
kepada ahli masyarakat. Masyarakat menempatkan guru pada tempat yang lebih
terhormat lingkungannya kerana daripada seorang gurulah masyarakat memperoleh
ilmu pengetahuan ke arah pembentukan sesebuah negara maju menjelang tahun
2020. Semua ini menunjukkan bahawa guru telah berjaya menjadi agen sosialisasi
dalam kehidupan masyarakat.

Selain daripada itu, peranan guru di sekolah adalah untuk membawa


perubahan dalam masyarakat. Guru perlu bertanggungjawab mengubah cara
hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan
dalam kehidupan seharian. Abd. Rahman Md Arof (1999) menyebut guru sebagai
perlaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang
mempunyai sifat positif dalam segala hal. Oleh itu, seorang guru perlu memberi
perkhidmatan bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan
mendalam. Warga guru perlu peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi
pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih.
Guru sebagai agen perubahan diharap mampu mengubah stail pengurusan dan
kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Pelbagai bentuk perubahan
boleh dilakukan seperti mengubah daripada strategi pemusatan guru kepada
pemusatan murid, mengamalkan sifat penyayang terhadap pelajar, rakan sejawat,
ketua, staf sokongan dan sekolah. Guru hendaklah bersikap terbuka secara proaktif
dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.
Guru sebagai pembina Negara bangsa dapat membantu pembentukan
insan. Guru harus memainkan peranan dalam pemuafakatan masyarakat dan
menjadi kerangka kepada pembentukan negara untuk melahirkan generasi yang
berakhlak mulia, mempunyai semangat berjuang tinggi, mempunyai ketahanan
fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru juga
harus menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran
era globalisasi untuk menolong membentuk masyarakat Malaysia yang berakhlak
mulia. Guru juga bertanggungjawab untuk memodenkan cara hidup masyarakat
setempat dengan ilmu-ilmu terkini tang diajarkan kepada mereka. guru juga
berperanan untuk membawa perubahan-perubahan baharu untuk memenuhi
aspirasi dan kehendak murid, masyarakat dan negara. Guru harus mewujudkan
iklim sekolah yang dinamik dan memenuhi keperluan dan cabaran masa depan.
Sebagai agen perubahan, maka guru harus melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan.

Guru perlu menjadikan waktu di sekolah lebih harmonis supaya murid


tidak terus tertekan dan mengalami gangguan emosi yang berterusan. Kanak-kanak
belajar melalui apa yang mereka lihat, dengar dan alami. Oleh itu, guru mestilah
melaksanakan peranannya sebagai pengganti ibu bapa. Ini amat penting kerana
hubungan yang rapat akan menerbitkan rasa hormat murid kepada guru atau orang
lain di sekolah. Sebagai pengganti ibu bapa, guru perlu mangambil tahu masalah
muridnya serta sedia mendengar dan memberi perhatian kepada setiap murid tanpa
adanya unsur bias, berat sebelah atau pilih kasih. Guru sebagai penyayang,
menyukai dan menyayangi kanak-kanak, prihatin, berminat, bertimbang rasa,
menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan,
kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya. Berminat mengajar,
berdedikasi dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
bersungguh-sungguh. Sikap ini dapat melahirkan murid yang mempunyai
kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup masyarakat.

Guru sebagai pakar rujuk mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu
pengetahuan dengan baik. Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi
positif pelbagai hala serta menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang
memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajaran mereka. Guru sebagai mentor
menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan
berkesan. Guru juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu
memahami situasi atau keadaan yang dialami murid-muridnya. Juga perlu
mempunyai sifat dan kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan
murid, peramah, rendah hati, jujur, semangat berbakti, prihatin dan sebagainya.
Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan
bimbingan tanpa mengira jantina, kaum, status sosial, latar belakang dan
kepercayaannya. Perkhidmatan bimbingan ialah tanggungjawab bersama antara
guru pembimbing dengan murid yang memerlukan bimbingan. Guru pembimbing
perlu juga mendapat kerjasama daripada pihak sekolah termasuk ibu bapa murid
berkenaan. Perkhidmatan bimbingan diberikan bertujuan untuk mengembangkan
peribadi individu secara sistematik dan tersusun. Guru haruslah memahami
kehendak dan perilaku kanak-kanak supaya guru dapat mengajar dengan lebih
efektif. Mereka mendidik dan mengajar kanak-kanak untuk membantu meningkatkan
intelek, emosi, rohani dan jasmani. Guru memainkan peranan yang sangat penting
dalam mendidik ke arah perkembangan kanak-kanak.

Sebagai pengganti ibu bapa, adalah menjadi tugas guru untuk


menyediakan persekitaran yang kondusif tersebut. Kerjasama antara ibu bapa dan
guru sangat penting dan membuatkan sesuatu persekitaran pembelajaran yang
membina untuk murid di sekolah dan di rumah. Setiap guru dan ibu bapa
mempunyai peranan dalam menyokong dan melengkapi antara satu sama lain serta
sentiasa melakukan yang terbaik bagi para murid kita. Oleh yang demikian, pelbagai
usaha perlu dipergiatkan untuk menggalakkan penyertaan keluarga yang lebih
bermakna dalam peringkat sekolah. Asas penting dalam pembentukan tingkah laku
murid adalah melalui hubungan yang positif antara guru dan murid di dalam
sekolah. Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan kasih sayang. Guru
perlulah sentiasa memberikan pujian-pujian yang ikhlas dan tepat kepada murid-
murid. Murid berkenaan seharusnya diberikan nasihat yang tepat dan jelas oleh para
guru.

Tugas utama guru adalah untuk menguruskan bilik darjah. Guru perlu
mempunyai kemahiran mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-
bahan pengajaran dan sebagainya dengan baik. Ini mampu menjadikan suasana
pembelajaran lebih menarik. Salah satu usaha utama untuk menguruskan
pembelajaran adalah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Setiap
guru perlu menguruskan pembelajaran di peringkat awal lagi, iaitu peringkat
perancangan pengajaran. Selain daripada itu guru sebagai pengurus akan
mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan
harian, mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah, mengurus
keadaan fizikal bilik darjah dan mengurus aktiviti kumpulan.

4.0 Tugas-Tugas Pengurusan Di Sekolah

Pengurusan Sekolah : Guru Kelas Tahun 5 Maju


Saya telah ditugaskan untuk menjadi guru kelas. Sebagai seorang guru kelas saya
telah menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

Buku Daftar Kedatangan: Merekod dan mengemaskini butiran pelajar ke dalam


buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001 dan buku kemasukan
sekolah. Saya melengkapkan Buku Jadual Kedatangan murid dengan menulis no
pendaftaran, nama penuh murid, bangsa, tarikh masuk kelas, no sijil beranak, tarikh
lahir, tempat lahir, agama, nama ibu bapa, surat beranak, pekerjaan ibubapa, alamat
penuh, no telefon rumah atau pejabat dan layak atau tidak layak mendapat SPBT.
Seterusnya saya akan menanda kehadiran murid pada waktu yang pertama pada
setiap hari dan merumus keseluruhan kehadiran pada setiap hujung bulan
persekolahan. Saya akan mencatat perpindahan dan kemasukan murid baru dari
masa ke semasa. Saya juga akan menghubungi ibubapa atau penjaga dengan
mengirim surat amaran ponteng dan satu salinan ke pejabat sekolah sekiranya
murid saya ponteng tiga hari berturut-turut. Saya juga menghubungi ibubapa atau
penjaga untuk pengesahan peribadi dengan membawa surat daripada ibu bapa
atau doktor bagi murid yang tidak hadir ke sekolah.

Mengurus kutipan Yuran: Pada setiap awal tahun sebelum persekolahan bermula,
sebagai guru kelas saya akan membuat kutipan wang untuk sumbangan PIBG,
bayaran pembelian barangan dan peralatan sekolah, buku kerja, pakaian sukan dan
lain-lain. Saya akan memastikan semua pelajar saya membuat bayaran tersebut dan
seterusnya merekodkan semua wang kutipan sebelum diserahkan kepada
pembantu tadbir.
Mengurus pengagihan buku-buku teks dan buku-buku kerja: Saya juga
bertanggungjawab mengendalikan pengagihan buku-buku teks dan buku-buku kerja
kepada pelajar-pelajar kelas saya .Saya akan mengisi dan melengkapkan borang
pinjaman buku teks untuk diserahkan kepada guru SPBT untuk tujuan pengurusan.
Pada hujung tahun saya, akan mengutip semula buku-buku tersebut dan
memastikan setiap pelajar memulangkan semula mengikut jumlah yang dipinjamnya.
Sekiranya didapati pelajar menghilangkan atau merosakkan buku-buku tersebut,
saya akan menghubungi penjaga mereka untuk menggantikannya.

Perkara-perkara Akademik: Setiap kali selepas ujian atau peperiksaan, saya akan
menanda kertas ujuan dan merekodkan markah pelajar-pelajar saya di dalam buku
Rekod Persediaan Mengajar. Saya akan mengisi butiran kemajuan akademik
pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau
mark sheet.
Saya juga akan mengisi markah peperiksan atau ujian ke dalam Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS). Seterusnya saya akan mengisi dan melengkapkan
Buku Penilaian Kemajuan Murid Berasaskan Sekolah (PKBS). Buku PKBS ini akan
diserahkan kepada ibu bapa pada Hari Terbuka. Pada Hari Terbuka saya akan
bertemu dengan ibubapa atau penjaga pelajar saya untuk berbincang tentang
keputusan, perkembangan, masalah pembelajaran, disiplin dan perkara-perkara
yang berkait dengan anak-anak mereka.

Sistem Maklumat Murid ( SMM): Sebagai guru kelas, saya bertanggungjawab


untuk mengisi Sistem Maklumat Murid berkomputer. Melalui SMM ini saya dapat
mengenalpasti murid-murid yang layak menerima bantuan RMT, KWAMP dan
sebagainya. Saya juga akan memaklumkan kepada Penolong Kanan (HEM) murid
yang memerlukan bantuan pakaian seragam, kasut atau beg anjuran mana-mana
pertubuhan. Saya akan membantu pihak pentadbiran dalam pengurusan biasiswa
jika ada, mengeluarkan sijil berhenti sekolah dan surat akuan. Saya juga akan
mendapatkan maklumat dan mengenalpasti murid-murid yang memerlukan khidmat
bimbingan dan kaunseling, masalah kesihatan, ekonomi, rumahtangga, yatim piatu,
tekanan emosi dan mental, gangguan seksual dan lain-lain lagi.

Keceriaan Kelas: Saya akan mengenalpasti dan melantik ketua kelas dan
pembantunya pada awal penggal. Saya akan membuat jadual waktu dan jadual
tugasan harian dan mewujudkan sudut-sudut pelajaran seperti sudut mata pelajaran,
sudut pameran hasil kerja murid, sudut bercerita dan mini perpustakaan di dalam
kelas saya. Papan kenyataan kelas akan ditampalkan dengan makalah-makalah,
maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini. Dalam tiap-tiap
peperiksaan sekolah, saya sebagai guru mata pelajaran juga harus memberi markah
kepada guru-guru kelas lain yang saya ajar untuk meringankan beban tugas guru
kelas tersebut. Saya akan memastikan papan kenyataan di dalam kelas
dimanfaatkan dengan sepenuhnya seperti mempamerkan jadual waktu, jadual
bertugas harian, peraturan sekolah, maklumat terkini dan sebagainya. Saya akan
memastikan kelas saya mempunyai pemadam, kapur tulis, penyapu, penadah dan
bakul sampah. Biasanya saya akan membuat pelan kelas dan memasang langsir
serta alas meja yang baru di kelas saya. Saya juga bertanggungjawab untuk
menjaga, menghias dan memastikan keceriaan kelas supaya kelas sentiasa dalam
keadaan selamat, selesa, bersih, kemas dan kondusif untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Mengendalikan tugas-tugas lain: Saya bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar


di dalam kelas dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan
kesedaran sivik. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru
kepada guru GPK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan
memungut yuran dan masalah disiplin lain. Setiap kali sebelum ujian atau
pepriksaan dijalankan saya akan membuat persiapan menyusun kerusi dan meja.
Saya akan memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar dan perabot di dalam
kelas.

5.0 Pengurusan Kurikulum Melalui Panitia

Antara tugas-tugas saya sebagai guru dalam Panitia


-pentadbiran panitia,
-pengurusan pengajaran dan pembelajaran,
-pengurusan sumber pendidikan dan pengurusan penilaian,
-menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang dikemaskini,
-menyelenggara fail-fail panitia,
-mempengerusikan mesyuarat panitia,
-menentukan jenis buku-buku rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah ,
-membuat anggaran perbelanjaan tahunan,
-menyelaras penyediaan soalan-soalan,
-membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang
dirancangkan oleh pihak sekolah. Saya sentiasa membantu dan memberi kerjasama
dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan. Saya juga
bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan peringkat
zon, peringkat daerah atau peringkat negeri. Saya akan membantu dan bekerjasama
menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik yang lain dan juga membantu guru
penolong kanan mata pelajaran membuat pemantauan pengajaran dan
pembelajaran. Saya juga bertanggungjawab dalam mengemaskinikan buku stok
panitia dan peralatan serta bahan bantu mengajar.

6.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS BADAN BERUNIFORM

Sebagai guru penyelaras badan beruniform Pengakap, saya


bertanggungjawab merancang kegiatan tahunan dan disampaikan kepada Guru
Besar pada awal penggal persekolahan. Saya akan mengatur rancangan dan jadual
sekolah yang sesuai dengan rancangan dan takwim PPD untuk sepanjang tahun.
Saya akan membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum untuk
membahagikan murid mengikut kelab badan beruniform. Saya juga membantu
Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penyelaras dan membahagikan tugasas
kepada guru berkenaan. Saya akan menasihati, membimbing dan mengawal
susunan dan perjalanan badan beruniform seperti yang dikehendaki agar benar-
benar teratur dan bergerak. Saya juga bertanggungjawab sebagai penggerak
kepada peraturan-peraturan berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang
berfaedah kepada ahli-ahlinya seperti menganjurkan ceramah, bengkel membuat
gadget, mengikat anduh dan pertolongan cemas, perkhemahan, pertandingan
kawad kaki, kempen, lawatan dan sebagainya.
Rujukan:

Abdul Rahman Md Arof (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang, Universiti Putra Malaysia.

Abdul Shukor Abdullah (1998). Fokus Pengurusan Pendidikan K.L: Kementerian


Pendidikan Malaysia.,

Azali Atan (2001) Inovasi Pengurusan di kalangan Pegetua di daerah Muar, Johor.
Kertas Kerja Projek Sarjana, Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.

Dessler, G. (1997), Human Resource Management . Upper Saddle River, NJ:


Prentice.

Drucker, (1992). Mantina For The Future; The 1990s and Beyond, Pepin Books,
USA.

Ishak Haron &Koh Boh Son (1985). Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn.Bhd.

Lambert, L (2003) Leadership Refined: An Ecovative Context For Teacher


Leardership.
School Leadership and Management. New york.

Mustafa Haji Daud (1996). Etika Pengurusan. Kuala Lumpur, Utusan Publication &
Distributions Sdn.Bhd.

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.

Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. Asas Kepimpinan &
Perkembangan
Profesional. Penerbitan Multimediaa Sdn. Bhd.

Yasmin Kamarudin (1998) Kajian Persepsi Para Guru dan Pengetua terhadap
Semangat kerja Berpasukan yang efektif di kalangan Guru di Kuala lumpur.
Universiti Malaya.
REFLEKSI

KATNI BIN SAPARIE


650921015253

Mata pelajaran EDU 3108 ( Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional


Guru) merupakan salah satu matapelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar PGSR
dalam semester 8 ini. Mata pelajaran ini telah banyak membantu saya dalam
mendalami pengetahuan berkaitan ciri-ciri guru yang profesional, beretika,
kepimpinan guru dan peranan guru serta tanggungjawab guru dalam pelbagai aspek
kepimpinan di sekolah.

Dalam membuat kajian ini banyak yang perlu dipelajari yang memerlukan
daya kemahiran menghuraikan tentang perkembangan asas kepimpinan dan
perkembangan profesion guru Jikalau sebelum ini kekaburan banyak berlaku
berkaitan dengan kepimpinan. Melalui kursus ini dapat memperjelaskan secara
terperinci yang kepimpinan dapat mempengaruhi keberkesanan dalam proses
mencapai matlamat bersama.

Selain itu kita didedahkan dengan pernan guru dalam konteks bilik darjah ,
organisasi sekolah, komuniti setempat serta negara dan dunia. Kadang kala kita
yang terlalu mengecilkan bidang keguruan sehingga menyebabkan seolah-olah
dunia perguruan bagaikan katak di bawah tempurung. Yang jelas guru bukan sahaja
memainkan peranan untuk menyampailan maklumat dan kemahiran mata pelajaran
kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan guru perlu
memastikaan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk ,menangani masalah
yang dihadapainya dalam kehidupan.

Untuk memantaapkan kerja kursus Selain itu, perpustakaan , kedai-kedai


buku, rakan –rakan lama, melayari internet , apa-apa juga yang mendatangkan
maklumat bagi menyiapkan kajian.

Berdasarkan pengetahuan sedia ada, berdikusi dengan rakan sekuliah


disamping tutorial serta bahan-bahan rujukan yang dibekalkan oleh pensyarah
dapatlah mempelajari ilmu untuk menyiapkan kerja kursus untuk menjadikan pelajar
insan yang cintakan ilmu disamping mempelajari pelbagai kemahiran di sekolah.
.
Sekian terima kasih.
REFLEKSI

ABDUL RAHIM BIN MOHD HUSSAIN


660825-01-6327

Alhamdulillah pada semester 8 ini saya telah dihidangkan dengan subjek EDU 3108
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Professional. Satu subjek yang semestinya
dipelajari oleh semua bakal guru manakala guru yang berpengalaman hendaklah
memahami dan menghayatinya supaya menjadi panduan dan pedoman selama
mana ianya bertugas sebagai seorang guru.

Pada peringkat permulaan mempelajari subjek ini saya menjangkakan subjek


ini begitu mudah kerana pengalaman yang sedia ada sudah menjangkau lebih dua
abad sepatutnya saya memahami dan berpengalaman dalam asas kepimpinan.
Namun jangkaan saya meleset sama sekali kerana banyak perkara yang saya tidak
ketahui dan memang sepatutnya saya mengulangkaji dan mempelajarinya semula
berkaitan dengan asas kepimpinan dan perkembangan dalam bidang keguruan.

Subjek ini dapat memberi input yang berguna kepada saya untuk menjadi
seorang guru yang professional dengan mempelajari konsep profesion dan
profesinalime guru serta ciri-ciri untuk menjadi guru sebagai satu profesion. Saya
juga telah diterangkan tentang kod etika dan akauntabiliti keguruan, isu-isu semasa
yang berkaitan dengan etika guru, peringkat perkembangan guru, peranan guru
sekolah rendah, kepimpinan guru, struktur organisasi pendidikan dan juga
perkembangan profesionalisme guru; pembelajaran sepanjang hayat.

Dapatlah diterangkan di sini bahawa sebagai seorang pendidik saya


semestinya membuktikan bahawa saya telah mengimbangi kewujudan intergrasi
nasional melalui pendidikan dan memangku segala dasar yang dilakukan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga kerajaan demi keamanan dan
kemakmuran Negara ini dapat dikekalkan. Oleh yang demikian saya semestinya
mempertingkatkan pengetahuan untuk menjadi ejen kepada keberkesanan
pendidikan negara. Apatah lagi pendidik merupakan pemangkin kepada wadah dan
perjuangan untuk murid-murid membina daya pemikiran yang kreatif dan kritis, selari
dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Namun begitu disamping menjadi ejen kepada kemajuan Negara , kita


sebagai pendidik semestinya mengetahui kod etika keguruan supaya tidak menjadi
isu-isu yang sering melanda dengan pelbagai cabaran dari masa ke semasa.

Setelah mempelajari melalui sesi bersemuka bersama pensyarah dan juga


melalui pembacaan beberapa buah buku dapatlah saya fahami betapa besar dan
getirnya tugas-tugas yang perlu dipikul oleh para pendidik di seluruh negara. Oleh itu
semua pendidik hendaklah bersedia setiap masa dan keadaan atas perubahan yang
berlaku dalam sistem pendidikan.

Sekian, terima kasih.


REFLEKSI

NAMA : ANI BINTI KADIS


NO KP : 680102-12-5050

Mata pelajaran (EDU 3108) Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
adalah merupakan mata pelajaran yang mesti diambil oleh pelajar-pelajar Program
PGSR bagi semester 8. Mempelajari mata pelajaran ini banyak menambahkan lagi
pengetahuan kami berkaitan dengan profesion perguruan. Walaupun kami pelajar
program PGSR terdiri daripada guru-guru yang boleh dikatakan berpengalaman
tetapi tidak dinafikan seperti saya masih memerlukan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan sebagai seorang guru yang profesional.
Ssesetengah masyarakat kita hari ini menganggap profesion perguruan
adalah mudah, tetapi hakikatnya pada ketika ini profesion perguruan adalah setarap
dengan bidang profesion yang lain kerana untuk menjadi seorang guru ianya
memerlukan ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran dalam bidang yang
diceburinya itu. Di samping itu, dunia pendidikan semakin maju mengikut arus
globalisasi, bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan
mengikut tuntutan zaman, perkembangan percantuman teknologi-teknologi
telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa cabaran
kepada kerjaya perguruan. Oleh yang demikian seorang guru perlu
mempertingkatkan diri dalam bidang ini dengan pelbagai cara yang disediakan oleh
kementerian pendidikan. Seseorang guru yang profisional juga perlu tahu
melaksanakan peranan dan tugasnya sebagai guru dalam pelbagai aspek
pengurusan di sekolah dan dapat menampilkan dirinya dengan cirri-ciri kepimpinan
yang sesuai dengan profesion perguruan yang dianggap sebagai modal insan yang
boleh dicontohi oleh murid-murid.
Sungguhpun mata pelajaran ini berkaitan dengan profesion perguruan
namun kerja kursus secara berkumpulan yang ditugaskan oleh pensyarah kepada
kami amatlah mencabar keupayaan kami untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Tidak dinafikan kumpulan kami menghadapi berbagai-bagai masalah sewaktu
menyiapkan tugasan yang diberikan seperti mendapatkan bahan-bahan rujukan
mahu pun masalah pertemuan perbincangan dengan ahli kumpulan yang mana
kumpulan kami terdiri daripada ahli-ahli yang jarak kedudukan tempat tinggal agak
jauh, disamping mempunyai komitmen dengan tugas lain dan keluarga.
Walaupun menghadapi masalah seperti yang saya nyatakan tadi, namun
dengan jasa baik pensyarah mata pelajaran ini yang memberi bimbingan, nasihat
dan tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini serta kerjasama di
antara ahli kumpulan kami akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan baik. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-
pensyarah yang mengajar mata pelajaran ini serta kerjasama yang ditujukkan oleh
rakan-rakan dalam menjayakan tugasan yang diberikan.

Sekian terima kasih.


REFLEKSI

NOOR PIAH BINTI MAT ALI


660705045174

Semester ini saya mempelajari mata pelajaran EDU 3108 iaitu mata
pelajaran Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Pelajaran ini
memberi penekanan terhadap konsep mengajar sebagai profesioan, kod etika guru,
isu-isu etika guru , peringkat perkembangan guru, peranan guru, kepimpinan guru
dan perkembangan profesionalisme guru.
Apabila mendapat soalan kerja kursus, kami berlima berkumpul dan berfikir
apakah kehendak soalan sebenarnya. Berdasarkan soalan kerja kursus, kami perlu
menghuraikan peranan sebagai seorang guru sekolah rendah. Sebagai mana yang
diketahui, murid mula menimba ilmu persekolah di sekolah rendah sebelum ke
peringkat sekolah menengah. Pelbagai pelajaran asas akan dipelajari di sekolah
rendah. Setelah membuat kajian untuk menyiapkan tugasan ini, saya dapati tugas
guru amatlah berat. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, malah
memastikan pembangunan modal insan selari dengan tuntutan Fasafah Pendidikan
Kebangsaan.
Guru perlu sentiasa berhati-hati dan sentiasa belajar bagi meningkatkan
kebolehan, keupayaan dan sikap. Guru perlu mempraktikkan budaya membaca dan
mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial. Dalam Islam telah menggariskan
adab seorang guru kepada murid-murid. Guru juga menjadi agen perubahan baharu
untuk memenuhi aspirasi murid, masyarakat dan Negara. Selain daripada itu, guru
juga perlu berkemahiran mengurus, merancang, berfikir, berkomunikasi dan menilai
dalam pengajaran. Murid-murid perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman
tertentu kerana kemahiran ini tidak terdapat dalam pengajaran formal.
Di samping itu, guru perlu mempunyai pemikiran reflektif supaya dapat
mengatasi setiap masalah yang timbul selepas pengajaran untuk meningkatkan
kualiti pengajaran. Seterusnya, guru merupakan penyelidik yang meneroka idea-
idea baru tentang kaedah-kaedah mengjar dalam pengajaran, menjadi agen social
yang perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid yang sempurna selaras dengan
kehendak masyarakat.
Saya juga dapati, guru perlu rapat dengan murid kerana guru menjadi
pengganti ibu bapa murid. Guru perlu sedia mendengar dan memberi perhatian
kepada murid. Guru juga perlu bekerjasama dengan ibu bapa murid menyediakan
satu persekitaran pembelajaran yang membina untuk murid di sekolah.
Oleh itu, saya perlu mempersiapkan diri supaya menjadi guru yang mampu
menjalankan peranan sebagai seorang guru sekolah rendah yang dihormati,
disayangi dan sentiasa ingati.

Sekian terima kasih.


NAMA : MASLINA BINTI ABDULLAH
N/ KP : 641109-01-6146
OPSYEN : PGSR BM AMBILAN NOV 2008

Refleksi

Hampir setiap kali apabila hendak menulis di dalam buku rekod pengajaran dan
pembelajaran, saya akan terpandang halaman pertama berkaitan dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Falsafah ini merupakan pegangan dan harapan setiap warga
pendidik untuk melahirkan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi,
jasmani dan sahsiah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Para
pendidik mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penuh untuk
membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara
Malaysia berlandaskan misi dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan
yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera untuk
kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara.
Dalam usaha untuk menjadikan generasi gemilang, pendidik atau lebih
mesra digelar ”Cikgu” atau ”Guru” memainkan peranan penting dengan
menyediakan kepimpinan yang berkualiti, pengurusan yang berkualiti untuk
melahirkan sumber manusia dan modal insan yang berkualiti. Apabila dikehendaki
membuat tugasan berkaitan dengan peranan guru dalam sistem persekolahan, saya
begitu teruja kerana pengalaman dan kemahiran yang ada sepanjang 23 tahun
berkhidmat sebagai seorang pendidik . Bagi saya, niat dan keikhlasan kita mendidik
merupakan syarat yang paling utama .
Pembacaan buku dan majalah berkaitan dengan pendidikan membolehkan
saya bersama-sama rakan menyiapkan tugasan dengan cepat dan berkesan. Buku-
buku yang dihasilkan oleh golongan pendidik juga menambah ilmu kepada saya
cara mendidik yang berkesan kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman mereka.
Kaedah dan strategi yang berlainan berdasarkan pengalaman dan situasi setempat
menjadikan saya sebagai pendidik mempunyai seribu satu cara untuk memenuhi
impian dan matlamat pendidikan negara.
Sejauh mana kemampuan kita sebenarnya bergantung kepada keyakinan
dan kekuatan mental kita mengharungi profesion perguruan ini. Hal ini kerana kita
tidak mampu menduga atau mentafsir pergolakan jiwa pelajar masa kini yang terlalu
mementingkan hak individu dan kurangnya kesetiaan kepada agama , bangsa dan
negara. Mereka ini sering mencabar kreabiliti seorang guru. Menurut Zainal
Abidin(1999) dalam buku Syed Ismail( 2010) halaman 185,
”Seorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu, kemahiran yang
pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga guru perlu peka
dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima
perubahan menggunakan peralatan canggih. Guru perlu peka dan bertindak kepada
perubahan supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk.”
Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan setugasan
yang banyak memberi idea dan maklum balas berkaitan dengan tugasan dalam
masa yang terhad disebabkan kekangan masa . Nota-nota yang diberi oleh
pensyarah juga membantu kami menyiapkan tugasan dengan jayanya.

You might also like