You are on page 1of 2

TRANSFORMASI PERKEMBANGAN KURIKULUM MALAYSIA

Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu

Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. la wujud dan berkembang
bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu
dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam
datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang
dinamakan sekolah pondok. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama
secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di
Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok Ramainya tokoh-
tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah
pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga
sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)

Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan
Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular
Melayu, Sekolah Vernukular Cina, Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris
dan Sekolah Agama (Madrasah). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira
faktor politik, ekonomi,sosio-budaya dan agama.

Pendidikan Sebelum Merdeka (1941 hingga 1956)

Waktu pemerintahan Jepun (1941 hingga 1956) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu
diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk
menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagulagu
klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun. Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946, Inggeris
kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang
Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu
kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul
kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang
Melayu di tingkatkan Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan
peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak
kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada
tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk
menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951
terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan
membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.

Perkembangan Pendidikan Dari Tahun (1957 hingga 1970)

Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihat kronologi
peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untuk memberikan
gambaran yang jelas mengenainya. Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 Laporan Rahman
Talib 1960 Pendidikan rendah percuma Peperiksaan masuk sekolah menengah
dimansuhkan 1964 Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan
Diperkenalkan 1965 Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967 Jawatankuasa
perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya Majlis Pelajaran Tinggi 1968.
ITM,TAR,UKM. 1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan
diluluskan. Peristiwa 13 Mei 1969.- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara
sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya. Majlis Operasi
Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid 1971 dikemukakan. Laporan
Murad 1973 - kandungan keciciran pelajar Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau Laporan Kabinet 1979. Laporan Kabinet
mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada 1989.

Perkembangan Pendidikan dari Tahun (1970 hingga 1990)

Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem
pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi
menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membina
sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri. Oleh itu dasar-
dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan organisasi
pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sek. Men dan Sek.Ren
sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasar kerajaan. Struktur
kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi supaya wujud
kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan. Seterusnya ia dapat
memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar wujud kesamarataan
penyertaan untuk etnik dan geografi.

You might also like