You are on page 1of 1

PERBANDINGAN VIDEO ANTARA THE BEST OF LENTERA KESUMA (LKS)

DAN UDCU GORAKU CAKLEMPONG- AYAM DEN LOPEH

Pada pandangan saya, teknik dan keaslian permainan Caklempong amat baik dalam
video Udcu Goraku Caklempong- Ayam Den Lopeh dan kekuatan dari segi pemilihan lagu
traditional Melayu iaitu Ayam Den Lopeh sangat menarik dan bersesuaian dengan alat
permainan caklempong yang digunakan. Semua ahli muzik dalam kumpulan tersebut
memain dengan lancar dan dapat mempamerkan unsur keaslian dari segi pemilihan lagu
dan alat muzik yang digunakan. Hal ini demikian kerana, Cak Lempong merupakan alat
muzik tradisional yang berasal Minangkabau yang tergolong dalam keluarga gong yang
berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Dalam
amalan persembahan masakini (performance practice), kumpulan Cak Lempong telah
dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsinya, iaitu bahagian 'Gereteh" yang
memainkan melodi, manakala 'Tingkah' dan 'Saua' akan memainkan rithme secara
berhomofoni (in Homophony) sebagai unsur pelengkap kepada irama sesebuah lagu
tersebut.

Selain itu, dalam video The Best Of Lentera Kesuma (LKS) kekuatan yang terdapat
ialah gaya persembahan dan teknik permainan dengan menggunkan alat tradisi dan barat
dapat menghasilkan pelbagai bunyi dari pelbagai instruments, secara bersesuaian dengan
lagu pemilihan kumpulan dan juga dapat teknik permainan ahli muzik dalam kumpulan amat
lancar. Sebaliknya, kelemahan yang terdapat ialah kegagalan mempamerkan unsur keaslian
dalam segi permainan kerana bersampur aduk dengan instrument barat seperti kibod
dengan alat muzik tradisi.

You might also like