You are on page 1of 3

Perincikan pengurusan bilik darjah mesra budaya daripada aspek fizikal.

Soalan tugasan
untuk kuliah hari ini:

1. Terangkan konsep persekitaran pembelajaran mesra budaya.


Persekitaran pembelajaran yang mesra budaya melibatkan suasana pembelajaran dalam
bilik darjah menjadi kondusif untuk murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
budaya. Perkataan mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan dankegembiraan.
Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusiaberhubungan. Dalam hubungan tersebut,
nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan lalu terbina persefahaman, toleransi dan
hormat-menghormati. Budaya pula dapat difahami sebagai suatu kelompok nilai amalan dan
perlakuan yang diterima pakai oleh sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak
rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut. Menurut Syed
Ismail Syed Mustapa (2013), pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif
ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Persekitaran bilik darjah mesra budaya adalah sangat penting untuk diwujudkan
di sekolah terutamanya di sekolah yang mempunyai pelbagai etnik di dalam sesebuah bilik
darjah.

2. Perincikan pengurusan bilik darjah mesra budaya daripada aspek fizikal.


Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat
penting untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya untuk
membantu perkembangan murid dalam pembelajaran. Oleh itu, persekitaran fizikal bilik
darjah seperti keluasan ruang dan susun atur perabut perlu sesuai dengan kapasiti pelajar
kerana bilangan pelajar yang melebihi kapasiti yang sepatutnya sehingga boleh
menyebabkan suasana dalam bilik darjah kurang selesa dan akhirnya menimbulkan
masalah disiplin seperti bergaduh, tidak memberi perhatian semasa guru mengajar,
mendatangkan kecederaan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, seseorang guru hendaklah mengawal kelas dengan bijak
seperti menyusun atur tempat duduk dengan mempelbagaikan murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum supaya mereka boleh menerima dan bekerjasama antara satu sama lain. Di
samping itu, guru juga perlu memastikan suasana bilik darjah adalah ceria dan bersih.
Aspek keceriaan kelas adalah sangat penting kerana sesebuah kelas yang ceria mampu
meningkat semangat dan motivasi murid untuk belajar dan seterusnya meningkatkan
prestasi murid (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016). Antara usaha yang boleh
dilakukan oleh guru untuk menceriakan kelas termasuklah menghias kelas, memastikan
cahaya di dalam kelas mencukupi, mengemaskini papan kenyataan dan sebagainya.
3. Perincikan pengurusan bilik darjah mesra budaya daripada aspek emosi.
Aspek sosio emosi murid juga sangat penting untuk menjamin persekitaran sesebuah bilik
darjah yang mesra budaya. Perkembangan sosio emosi kanak-kanak khususnya adalah
keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap
sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak-
kanak. Sekiranya sosio emosi seseorang murid di dalam kelas adalah positif, secara tidak
langsung akan menjadi perangsang untuk membangkitkan semangat muriduntuk melibatkan
diri dalam aktiviti PdPc.
Oleh yang demikian, semasa melaksanakan aktiviti PdPc, seseorang guru boleh
memberi galakan ataupun pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan betul
latihan dan soalan yang diberikan. Hal ini sekaligus boleh memberi semangat dan motivasi
kepada murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Selain itu, seseorang guru juga
perlu mengelakkan dirinya mengeluarkan kata-kata yang negatifkepada murid.
Hal ini demikian kerana situasi sebegini akan memberi impak negatif terhadap emosi murid-
murid dan akhirnya mereka akan berkelakuan pasif pada kelas yang akan datang.

4. Perincikan pengurusan bilik darjah mesra budaya daripada aspek sosial.


Aspek sosial murid juga sangat penting untuk menjamin persekitaran sesebuah bilik darjah
yang mesra budaya. Menurut Rizalina Mat Radzi (2014), perkembangan sosial kanak-kanak
khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas
terhadap sesuatu situas iatau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakukan kanak-kanak.
Sekiranya sosial seseorang murid di dalam kelas adalah positif, maka secara tidak langsung
menjadi perangsang untuk membangkitkan semangat murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti PdPc. Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid
dengan murid, khususnya di dalam bilik darjah.
Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan
sifat yang berbeza-beza.Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu
dan tidak suka bergaul dengan murid yang lain. Oleh itu, guru perlulah bijak merangsang
dan menggalakkan perkembangan murid-muridnya. Untuk mewujudkan bilik darjah mesra
budaya, guru seharusnya melaksanakan konsep komuniti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Komuniti pembelajaran dapat diwujudkan melalui pembinaan persekitaran bilik darjah yang
prihatin dan penyayang. Dalam hal ini, murid yang terdiri daripada pelbagai kaum
mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna
dan berkesan.
5. Perincikan pengurusan bilik darjah mesra budaya daripada aspek sosialinguistik.
Aspek sosiolingusitik juga penting dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya. Bidang
sosiolinguistik adalah satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi variasi bahasa
serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan. Bahasa
merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.Sosio pula merupakan
interaksi antara masyarakat. Salah satu cara untuk membina bilik darjah yang mesra
budaya adalah melalui pertuturan. Dalam bilik darjah, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
dijadikan sebagai bahasa penghantar jika kelas tersebut terdiri daripada berbilang kaum.
Selain itu, guru juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, dan budaya dalam
kelas agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam PdPc. Guru juga boleh
menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik di Malaysia sebagai sumber pengajaran.

You might also like