You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) RAUB

KERTAS KERJA

BULAN KEMERDEKAAN 2021


TARIKH

07 SEPTEMBER 2021 – 16 SEPTEMBER 2021

TEMPAT

SJK(T) RAUB

ANJURAN

PERPUSTAKAAN SEKOLAH

BERKERJASAMA DENGAN

KELAB RUKUN NEGARA


KERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAAN 2021
1.0 PENDAHULUAN
Bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting
dalam membina sebuah Negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang
bakal menjadi pewaris Negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai
kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama kerajaan
mendidik dan membina pelajar mempunyai semangat patriotism yang tinggi.

Bulan kemerdekaan juga merupakan satu program yang dianjurkan oleh


Pusat Sumber Sekolah dengan Kerjasama Kelab Rukun Negara semua. Program ini diadakan bertujuan untuk
meraikan Hari kemerdekaan Negara Malaysia yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos. Oleh yang demikian,
program ini dilaksanakan dengan matlamat bagi membangkitkan semangat patriotik di kalangan murid-murid
sekolah dan seluruh warga SJK(T) RAUB.

2.0 RASIONAL
Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan aktiviti yang wajib diraikan oleh semua rakyat
Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat sekolah. Ia bertujuan
mengukuhkan pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang diperolehi melalui proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.
Selain itu, ia dapat mengeratkan perpaduan di kalangan murid serta menyuntik semangat
cintakan tanah air. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah
dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid
dan juga guru-guru.

3.0 TEMA
MALAYSIA PRIHATIN

4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini diharap agar murid-murid dapat :

1. Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisma.


2. Mencungkil bakat pelajar.
3. Menguji pengetahuan am para pelajar
4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
5. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
6. Mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan
yang mereka kecapi selama ini.

5.0 TARIKH
07 September 2021 – 16 September 2021

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid dan guru/staff SK Lembah Beringin

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2021

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Pengerusi : En. Tamilvanen Krishnamoorthy


(Guru Besar SJKT Raub)
Timbalan Pengerusi : En.Murali
(GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Saraswathy Subramaniam
(GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Thevagi
(GPK Hal Ehwal Murid)
Penyelaras program : Cik. U Rajaletchumi

8.0 AKTIVITI-AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN

BIL TARIKH TAHUN AKTIVITI PENYELARAS


PROGRAM/AKTIVITI
1. 07 Sept – Tahap 1 Mewarna Poster CIK.K.SANGGERTANA
16 Sept 2021
2. Tahap 2 Melukis Poster CIK.U.RAJALETCHUMI

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN.


Anggaran Hadiah : RM 45.00
Anggaran sijil : RM 20.00
Jumlah Keseluruhan : RM 65.00

10.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga
semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak
tuan.Ini adalah kerana program sambutan kemerdekaan bukan sahaja mampu mendidik
masyarakat pelajar mencintai negara, bahkan dapat meningkatkan jati diri pelajar.

_____________________________________________
Disediakan oleh:
(SANGGERTANA A/P KULANTHAVELU)
Guru Penasihat,
Kelab Rukun Negara,
SJK(T) RAUB.

___________________________________________
Disemak oleh:
(EN.MURALEE A/L RAMAN )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SJK(T) RAUB.

___________________________________________
Disahkan oleh:
(EN. TAMILVANEN A/L KRISHNAMOORTHY)
Guru Besar,
SJK(T) RAUB.

Lampiran 1
JAWATANKUASA PELAKSANA
PERTANDINGAN BULAN KEMERDEKAAN 2021
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) RAUB,
JALAN ABDUL SAMAD

Pengerusi : En. K. Tamilvanen (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn. S. Saraswathy (Penolong Kanan)

Naib Pengerusi I : Pn. Thevagi

Naib Pengerusi II : En. R. Muralee

Penyelaras : Cik.U.Rajaletchummi

Setiausaha : Cik. K. Sanggertana

AJK Tambahan : Semua Guru Kelas / Semua Guru

Lampiran 2
POSTER PERTANDINGAN BULAN
KEMERDEKAAN 2021

You might also like