You are on page 1of 8

SJK(T ) THIRUVALLUVAR

ANAK BUKIT,KEDAH.

KERTAS KERJA
SAMBUTAN PERAYAAN BULAN
KEMERDEKAAN BERSAMA HARI
MALAYSIA

TEMPOH :
27 Ogos 2019 - 15 September 2019

ANJURAN:
1
SJK T THIRUVALLUVAR
ANAK BUKIT,KEDAH.
PELAKSANAAN SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN
KE - 62 , TAHUN 2019
PERINGKAT SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Perayaan Bulan kemerdekaan akan disambut dan dilaksanakan mulai 21 Ogos


2019 sehingga 15 September 2019. Perayaan ini akan disambut di peringkat
kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah.

2.0 MATLAMAT

Melalui kempen dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sempena Bulan kemerdekaan


ini diharapkan agar murid-murid dapat menghayati dan mencintai serta
menyayangi Negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan
kedaulatannya, serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengibarkan Jalur Gemilang bermula pada 21 Ogos 2019 dan


seterusnya.
3.2 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan
murid-murid sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
3.3 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
kemerdekaan.
3.4 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya
mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
3.5 Mewujudkan kerjasama warga sekolah dengan masyarakat luar melalui
aktiviti bersama
3.6 Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka
semasa menjalankan kempen ini.
2
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah bermula 21 Ogos 2019 sehingga 15


September 2019 .
4.2 Dilaksanakan selama 3 minggu..
4.3 Masa pelaksanaan berdasarkan tentatif jawatankuasa kerja.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1(Hias Banner),
Lampiran 2 (Kembara Merdeka)

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

5.1 Jumlah peserta : 63 orang ( pelajar Tahun 1 hingga 6,murid-murid


pendidikan khas, murid murid pra sekolah )
5.2 Jumlah guru : 12 orang
5.3 AJK PIBG : 15 orang
5.4 Komuniti setempat di Taman Aman, Anak Bukit.

3
6.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Sasik Kalah A/P Retnam

Naib Pengerusi : Cik.P.Jothyvany

Timbalan Pengerusi 1 : Pn.R.Nagavalli

Timbalan Pengerusi 2 : Pn R. Komalam

Setiausaha : En. Shahir Zakwan Bin Md Noor

Bendahari : Pn R. Komalam

AJK Perancangan dan

Perlaksanaan aktiviti : Pn.R. Komalam

: Pn.R.Nagavalli

: En.Sivabalan

: Pn.S.Rajalakshmy

: Cik.P.Jothyvany

: Pn.K.Krishnan Veni

: En.Hasnul Basri bin Mohd Nor

: EN.Shahir Zakwan Bin Mohd Noor.

: Pn Noor Awatif Binti Ishak

: Pn LK.Hemarani

: Pn Hasilah Binti Abdul Rahman

Perincian tugasan adalah mengikut aktiviti yang dirancang seperti didalam

lampiran 1 dan lampiran 2

4
7.0 Cadangan Aktiviti

Berikut merupakan cadangan aktiviti sepanjang kempen ini:

BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN


PERLAKSANAAN
1 Pertandingan Mewarna 27.8-15.9.2019 PN.HEMA RANI
Rabu PN.KRISHNAN VENI
PN.NOOR AWATIF
ISHAK
2 Dekorasi Sepanduk 27.08.2019 EN SHAHIR ZAKWAN
Kemerdekaan “Sayangi Selasa BIN MD NOOR
Malaysiaku, Malaysia EN HASNUL BASRI BIN
Bersih “ MD NOR

3 Perasmian Penutupan EN SHAHIR ZAKWAN


Sambutan Bulan 15.9.2019
Kemerdekaan Ahad
&
Kembara Kemerdekaan

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil AKTIVITI KOS Hadiah/ JUMLAH


Cenderahati
( 1 UNIT )
1. Hadiah Pertandingan Melukis Rm2.37 RM 56.90
Poster/ Mewarna(tempat 1,2,3 x
8((darjah 1-6+pendidikan khas+
prasekolah))
5. Kain Banner Untuk aktiviti RM 43.80 RM 43.80
Dekorasi Sepanduk Kemerdekaan
“Sayangi Malaysiaku, Malaysia

5
Bersih “

Warna Palekat (3 warna- merah Rm 41.40 RM 41.40


biru kuning) Rm20x3

JUMLAH BESAR RM 142.10

 Sumber kewangan dengan sokongan:


I ) Pihak Sekolah
II ) Pihak PIBG

6
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Program ini meningkatkan semangat patriotisme dikalangan murid dan
masyarakat di sekeliling. Selain itu program ini dapat mengeratkan hubungan
sekolah dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak tuan
amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,
…………………………………….
( SHAHIR ZAKWAN BIN MD NOOR )
Setiausaha Program Sambutan Kemerdekaan
Peringkat SJK T Thiruvalluvar.

7
PERMOHONAN KELULUSAN KERTAS KERJA SAMBUTAN PERAYAAN
BULAN KEMERDEKAAN KE -62 , TAHUN 2019 PERINGKAT SEKOLAH

Cadangan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 62, peringkat sekolah


2019 pohon kelulusan untuk pelaksanaan program seperti yang dirancang.

................................................

( SHAHIR ZAKWAN BIN MD NOOR )


Tarikh :

................................................................................................................................................

Disokong / Tidak disokong

Ulasan Guru Besar:


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

.........................................................

( cap & T/T Guru Besar )

You might also like