You are on page 1of 8

Bulan Dakwah 2019

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH KEBANGSAAN MERU (2)

KERTAS KERJA
PROGRAM BULAN DAKWAH 2019
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN MERU (2)

1.0 Mukadimah

Pelajar merupakan golongan yang boleh diibaratkan sebagai tunjang negara yang dilihat sebagai
peneraju dan penyambung kepada tampuk pemerintahan yang akan datang. Hal ini adalah untuk
memastikan wawasan negara tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang dikehendaki, maka persiapan
dari aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk melahirkan pelajar yang
menjadi pemangkin kepada pembangunan negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah
situasi yang lebih baik lagi. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan sahsiah pelajar,
meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka satu ahli
jawatankuasa telah dibentuk bagi menjayakan program Bulan Dakwah ini.

2.0 Objektif

2.1 Melahirkan pelajar yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan.
2.2 Memberi peluang kepada pelajar menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang menjadi platform utama
dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam diri pelajar.
2.3 Melatih pelajar dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai generasi
yang bakal menerajui pucuk pimpinan pada masa hadapan
2.4 Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan kebolehan yang dimiliki untuk
perkembangan jasmani rohani intelek dan sosial (JERIS).
2.5 Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam
bidang akademik mahupun sosial.

3.0 Tema

“Al-Qur’an Menyantuni Peribadi Mulia”

Al-qur’an Menyantuni Peribadi Mulia


Bulan Dakwah 2019

4.0 Anjuran

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam Sekolah Kebangsaan Meru (2), Jalan
Paip Klang.

5.0 Perasmi

Cadangan Perasmi untuk Majlis Pembukaan Bulan Dakwah 2019 ialah:


Encik Mohd Nizam bin Mohd Iksan, Guru Besar SK Meru (2).

6.0 Tarikh

Program ini akan berlangsung mulai pelancarannya pada 11 Januari 2019 ( Jumaat ) hingga akhir
minggu persekolahan 2019.

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Meru (2).

8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan semua murid prasekolah, PPKI dan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Meru (2).

9.0 Pengisian Program

1. Sambutan Perayaan / Kebesaran Islam.


Program ini melibatkan semua murid daripada PraSekolah hingga murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Terusan Baru. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan seperti ceramah Maulidur Rasul, persembahan
nasyid dan kuiz.

Al-qur’an Menyantuni Peribadi Mulia


Bulan Dakwah 2019

2. Kuiz Pendidikan Islam


Pertandingan ini melibatkan murid tahap I dan tahap II. Soalan kuiz spontan semasa acara sambutan
diadakan dan soalan-soalan kuiz disediakan di Laman kuiz Pendidikan Islam VLE Frog. Murid-murid
akan masuk ke makmal untuk menjawab soalan-soalan tersebut pada waktu rehat.

3. Kuiz Bahasa Arab


Pertandingan ini sama dengan pertandingan kuiz Pendidikan Islam seperti di atas.

4. Pertandingan Laungan Azan


Pertandingan ini adan dijalankan semasa minggu panitia dan MTQ peringkat Sekolah.

5. Pertandingan Tulisan Jawi


Pertandingan tulisan jawi melibatkan murid tahap I dan II di mana pelajar hanya perlu menulis tulisan
jawi seperti mana yang terdapat di dalam kertas yang diberikan.

6. Pertandingan Mewarna
Pertandingan ini hanya melibatkan murid prasekolah dan tahun 1 sahaja. Peserta hanya perlu mewarna
gambar yang diberikan.

7. Aktiviti-aktiviti lain yang telah dicadangkan oleh Pihak Kementerian yang akan dilaksanakan juga
oleh pihak sekolah iaitu :
7.1. Al-Qur’an di hatiku*
7.2. Hayya Bil Arabiyyah (Bahasa Arab )*
7.3. Kempen smart salam : Senyum, salam, Sapa*
7.4. Kuliah Tiga Minit ( KULTIM )*
7.5. Semarak Jawi*
7.6. Spell It Right In Arabic ( Bahasa Arab )*

*aktiviti di atas akan sentiasa dijalankan di dalam setiap aktiviti dan sepanjang tahun

10.0 Struktur Organisasi

Al-qur’an Menyantuni Peribadi Mulia


Bulan Dakwah 2019

(Sila lihat lampiran A)

11.0 Aturcara Program

(Sila lihat lampiran B)

12.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama
ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar
berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ___________________________________
(PN ZURAINI BINTI ZAKARIA ) (EN. MUHAMMAD LUTFI BIN ISHAK )
Ketua Panitia Pendidikan Islam Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Meru (2) Sekolah Kebangsaan Meru (2)

Disahkan oleh,

____________________________
(EN. MOHAMAD NIZAM BIN MOHD IKSAN )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Meru (2)
Al-qur’an Menyantuni Peribadi Mulia
Bulan Dakwah 2019

Lampiran A

CARTA ORGANISASI
BULAN DAKWAH 2019

PENASIHAT EN. MOHAMAD NIZAM B.MOHD IKSAN

PENGERUSI EN.MUHAMMAD LUTFI BIN ISHAK


NAIB PENGERUSI TN. HJ NASRUDDIN BIN HJ. MAHALI
EN. MOHD RAZI BIN SHAMSUDDIN
EN. ALWI BIN YUSUF

PENYELARAS PN. ZURAINI BINTI ZAKARIA

SETIAUSAHA PN. NURUL HUDA BINTI ABDUL RAHMAN

BENDAHARI PN. FADHILAH BINTI SAMARON

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

PENYELARAS PROGRAM PN. ZURAINI BINTI ZAKARIA


PN. WAN HILWANI BT W. MOHD SALEHUDDIN
PN. MUHAINIE RAIHAN BT HJ HUSAIN ( PETANG)

PENYELARAS TEKNIKAL PN. ASMIZA BT HASHIM


DAN PERALATAN PN. NURSHUHADA BT HASIM

GIMMICK PELANCARAN PN. WAN NORAZEANI BT WAN IBRAHIM


PN. SHARINA BT MAT HASSAN

PENYELARAS PUBLISITI PN.KHALIJAH BT KORIM


PN. HASWATI MAT SAID

PENYELARAS CENDERAMATA ` PN. SALWAH BT BASIRAN


PN. KHALILAH BT ALI
PN. NURWAKILAH BT MUKHTAR

PROGRAM DAN PENDAFTARAN PN.SITI ROSNIBT SUKERMAN


PN. NORNIHIDAYAWATY BT ABDULLAH
PN. NORAZURA BT DAUD

Al-qur’an Menyantuni Peribadi Mulia


Bulan Dakwah 2019

JAMUAN PN. HASIMAH BT MOHAMAD


PN. SHARIFAH HUMAIRAH BT SYED MUSTAFFA

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. PENYELARAS
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. SETIAUSAHA
 Menguruskan surat menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
 Menyediakan laporan penuh program

3. BENDAHARI
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
 Menyediakan laporan perbelanjaan

4. UNIT PROGRAM DAN PENDAFTARAN


 Menyediakan borang penghakiman setiap pertandingan
 Menyediakan pamphlet aturcara program
 Menguruskan pertandingan
 Mengatur jadual hakim pertandingan

5. UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN


 Menyedia dan menyusun tempat pertandingan
 Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti
 Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada kegunaan
 Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta

6. UNIT JAMUAN
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya
 Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari

7. UNIT PUBLISITI
 Menyediakan kain rentang dan backdrop ”Bulan Dakwah”
 Gimmick perasmian Bulan Dakwah

Al-qur’an Menyantuni Peribadi Mulia


Bulan Dakwah 2019

Lampiran B

Aturcara Majlis Pelancaran Bulan Dakwah ( sesi pagi )

7.20 pagi : bacaan Yaasin & Tahlil

7.50 pagi` : Ucapan Pengerusi Majlis

8.15 pagi : Ucapan Perasmian Bulan Dakwah Peringkat Sekolah 2019


( En. Mohamad Nizam Bin Mohd Iksan )

Gimik Perasmian

8.50 pagi : Majlis Bersurai

Aturcara Majlis Pelancaran Bulan Dakwah ( sesi petang )

2.20 petang : bacaan Yaasin & Tahlil

2.50 petang` : Kuiz spontan

3.00 petang : Majlis Bersurai

Al-qur’an Menyantuni Peribadi Mulia


Bulan Dakwah 2019

LAMPIRAN C

ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan Sekolah RM 150.00


Duit Kegiatan Murid RM 3500.00

ANGGARAN BELANJAWAN

Publisiti RM 100.00
Kain Rentang 8x4

Jamuan
Jamuan 7 X 30.00 RM 175.00

Runcit RM 25.00

Hadiah Murid
*kuiz RM 500.00
*Pertandingan RM 550.00
*Sambutan Perayaan/Kebesaran Islam RM 2300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 3650.00

Al-qur’an Menyantuni Peribadi Mulia

You might also like