You are on page 1of 4

Kertas Kerja Program Bulan Dakwah Tahun 2018

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PROGRAM BULAN DAKWAH


TAHUN 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN KELANA JAYA (1)

1. PENDAHULUAN

Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2018


adalah suatu program wajib yang dirangka oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian
Pendidikan Malaysia. Program ini wajib dilaksanakan oleh sekolah pada setiap tahun bagi
memastikan aktiviti dakwah dapat dilaksanakan dengan lebih bersepadu dan berkesan.

2. MATLAMAT

Menyemarakkan usaha dakwah di peringkat sekolah dengan menggunapakai kaedah serta


pendekatan yang bersesuaian agar penghayatan aktiviti dakwah dan syiar Islam dapat
diaplikasikan di dalam diri setiap warga sekolah melibatkan semua murid, pendidik dan
kakitangan sekolah yang beragama Islam.

3. OBJEKTIF

3.1 Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
3.2 Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.
3.3 Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk
berdakwah.
3.4 Menerapkan nilai-nilai cara hidup berpandukan syariat Islam dan membentuk peribadi
muslim dalam kalangan murid beragama Islam.

4. TEMPOH PELAKSANAAN

Tempoh pelaksanaan bulan dakwah berlangsung bermula 23 Februari hingga 10 Ogos 2018.
Pelaksanaannya melibatkan lima aktiviti yang telah dipilih daripada senarai cadangan.

5. TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1)

6. SASARAN

Semua murid beragama Islam

1
Kertas Kerja Program Bulan Dakwah Tahun 2018

7. STRATEGI PELAKSANAAN/PENGURUSAN DI PERINGKAT SEKOLAH

7.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah yang bertanggungjawab


bagi melaksanakan perkara-perkara berikut:
7.1.1 Mengenal pasti aktiviti Program Bulan Dakwah berpandukan kepada tajuk-tajuk
semasa yang telah ditetapkan oleh pihak KPM untuk dilaksanakan di peringkat
sekolah,
7.1.2 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah,
7.1.3 Memasukkan aktiviti Program Bulan Dakwah ke dalam takwim sekolah,
7.1.4 Menyelaras jadual dan agihan tugasan guru, dan
7.1.5 Memastikan penglibatan guru dan murid secara menyeluruh.

7.2 Merangka pelaksanaan Majlis Pelancaran Program Bulan Dakwah tahun 2018.

7.3 Merangka pelaksanaan aktiviti-aktiviti Program Bulan Dakwah yang diatur berdasarkan
kepada kesesuaian masa dan tempat.

7.4 Mengadakan Mesyuarat Post Mortem bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
serta cadangan penambahbaikan selepas tamat pelaksanaan semua aktiviti Program
Bulan Dakwah.

7.5 Menghantar pelaporan Program Bulan Dakwah dalam bentuk salinan digital / softcopy
(format word) ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menggunakan borang yang
disediakan di Lampiran A1 sebelum atau pada tarikh 30 September 2018.

8. PENGISIAN PROGRAM

Tarikh / Masa
Bil Perkara Penyelaras
Pelaksanaan
23 Februari 2018
Siti Muzillah bt
1 Pelancaran Bulan Dakwah (10.00 pagi – 12.00
Abdullah Sani
tengahari)

23 Februari 2018
Kempen “Tutupi Auratmu Dengan Sempurna”
Nurul Ain bt Mesreh (10.00 pagi – 12.00
dan Pelancaran Kempen Tak Nak Ikhtilat
tengahari)
Penutupan “Tutupi Auratmu Dengan
23 April 2018
2 Sempurna” dan Pelancaran Kempen Tak Nak Nurul Ain bt Mesreh
(7.40 – 8.10 pagi)
Ikhtilat
Siti Muzillah bt 23 April 2018 hingga 8
3 Kempen Jom Hafaz al-Sajdah : 1 Hari 1 Ayat
Abdullah Sani Jun 2018
Amrul Faizi bin
4 Al-Quran di Hatiku 1 Mei hingga 8 Jun 2018
Ahmad
Hayya Bil Arabiah : Noorul Ain bt
Mac 2018
- Bul-Bul Arobiy Othman

5 Noorul Ain bt
- Tahbibul Lughah April 2018
Othman
Noorul Ain bt
- Imtiyaz Arobiy April 2018
Othman
Nor Hasanasiha bt 10 Ogos 2018
6 Penutupan Bulan Dakwah
Abu Bakar (7.40 – 9.10 pagi)

2
Kertas Kerja Program Bulan Dakwah Tahun 2018

9. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Tuan Haji Saidon Bin Abas

Naib Pengerusi I : Puan Zakiah Bt Yusof

Naib Pengerusi II : Puan Zuliana Bt Ismail

Naib Pengerusi III : Puan Yee Sook Haan

Penyelaras / Setiausaha : Puan Siti Muzillah Bt Abdullah Sani

Banner : Encik Amrul Faizi Bin Ahmad

Gimik Perasmian : Puan Noorul Ain Bt Othman


& AJK Montaj : Puan Siti Muzillah Bt Abdullah Sani

Buku Program : Puan Nurul Ain Bt Mesreh


Puan Tuan Noor Azimah Bt Tuan Cob

Pengacara Majlis : Puan Nor Hasanasiha Bt Abu Bakar


Encik Muhammad Khairul Afnan Bin Rashid

Bacaan Doa : Encik Saiful Izham Bin Abd Wahab


Encik Mohd Fakhri Bin Salleh

Kempen Menutup Aurat & : Puan Nurul Ain Bt Mesreh


Kempen Tak Nak Ikhtilat

Kempen Jom Hafaz : Puan Siti Muzillah Bt Abdullah Sani


al-Sajdah: 1 Hari 1 Ayat

Al-Quran di Hatiku : Encik Amrul Faizi Bin Ahmad

Hayya Bil Arabiah : Puan Noorul Ain Bt Othman

Penutupan Bulan Dakwah : Puan Nor Hasanasiha Bt Abu Bakar

Pentas / Persiapan Tempat : Encik Radzi Bin Mahmud


Encik Saiful Izham Bin Abd Wahab
Encik Mohd Fakhri Bin Salleh

PA Sistem/ Siaraya : Encik Amrul Faizi Bin Ahmad

Panel Penilai : Encik Muhd Khairul Afnan bin Abd Wahab


Puan Tuan Noor Azimah Bt Tuan Cob
Puan Nurul Ain Mesreh
Encik Mohd Fakhri Bin Salleh

Kawalan Murid : Encik Sakri Bin Mohamad

3
Kertas Kerja Program Bulan Dakwah Tahun 2018

10. KESIMPULAN

Program Bulan Dakwah perlu dilaksanakan dan dirangka sebaik mungkin bagi memastikan
penerapan nilai-nilai Islam yang sebenar yang berkaitan dengan akhlak mulia, kemahiran
berunsur Islami dan kehidupan berlandaskan ajaran Islam dapat diterapkan dalam kalangan
para pelajar, warga pendidik dan kakitangan sekolah.

Pengabaian terhadap program seperti ini dikhuatiri mendorong masyarakat pelajar khususnya
untuk condong kepada gejala-gejala yang negatif serta jahil dalam menilai suatu cara
kehidupan yang berlandaskan kepada syarak.

Disediakan oleh:

..............................................................

(SITI MUZILLAH BT ABDULLAH SANI)


Penyelaras / Setiausaha
Program Bulam Dakwah 2018

Disemak oleh:

..................................

(ZAKIAH BT YUSOF)
Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh:

........................................

(HAJI SAIDON BIN ABAS)


Guru Besar

You might also like