You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BEKOH, 84900 TANGKAK, JOHOR

Kertas Cadangan

Program Sambutan Hari Kanak-kanak


Tahun 2019

Tarikh : 20 NOVEMBER 2019 (RABU)


Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bekoh, Tangkak.

PERASMI:
Puan R Premah A/P Ramasamy
(Guru Besar SJKT Ladang Bekoh)

ANJURAN:

UNIT HEM
SJK TAMIL LADANG BEKOH, TANGKAK
KERTAS CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
SJK TAMIL LADANG BEKOH, TANGKAK

1
1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia, dan
meminta semua negara meraikannya setiap tahun. Negara kita Malaysia adalah di antara 150
buah Negara yang menyambutnya pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan
keperihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah
turut meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada tahun ini sebagai satu pendekatan yang baik
bagi murid-murid melaksanakan pelbagai aktiviti dalam satu masa.

2.0 MATLAMAT
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan
kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk
menentukan perlindungan, kebajikan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

3. OBJEKTIF
3.1 Bersama-sama meraikan kanak-kanak bersempena dengan Sambutan
Hari Kanak-Kanak Sedunia.
3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak
dan masa depan kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan
berinovasi.
3.6 Mencungkil bakat dan potensi murid dalam aktiviti dan permainan yang
diadakan.
3.7 Memberi peluang kepada murid mempamerkan hasil kreativiti mereka

4.0 SASARAN

Program Sambutan Hari Kanak-kanak ini mensasarkan seluruh warga SJKT Ladang Bekoh,
ibu bapa dan keluarga

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Program ini dijangka berlangsung pada 20 November 2019 (Rabu), 7.30 pagi hingga 1.00
petang.

2
6.0 AKTIVITI PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2019

Bil Aktiviti/ Pertandingan Catatan


- Lelaki dan Perempuan
1 Senamrobik
- Thn 1 – Thn 6
2 Pecahkan Belon - Murid Tahun 1- 6
3 Meniup dan Memecahkan Belon - Murid Tahun 1- 6
4 Mewarna Poster - Murid Tahun 1- 6
5 Jamuan Murid - Murid Tahun 1- 6
6 Persembahan Murid - Murid Tahun 1- 3
7 Ucapan Guru Besar dan Perasmian - Murid Tahun 1- 6
8 Persembahan Murid - Murid Tahun 4 -6
9 Cabutan Bertuah - Murid Tahun 1- 6

7.0 KEWANGAN
Sumber kewangan diperoleh melalui PIBG.

Anggaran Perbelanjaan

Perkara Kuantiti/Harga Jumlah


Belon RM2 X 5 RM10
Jamuan RM 7 X 50 RM350
Hadiah RM 4 X 10 RM40
RM 400
JUMLAH

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. R Premah A/P Ramasamy (Guru Besar SJKT Ladang Bekoh )
Pengerusi : Pn. Ananthi A/P Manogaran (GPK HEM)
: Cik Nanthini A/P Kanapathy (GPK Pentadbiran)
: Puan Tamil Selvi A/P Pathnappan (GPK KOKO)
Setiausaha : Pn. Letchumi A/P Kuupusamy
Bendahari : Puan Yogisvary A/P Sinniah
AJK : Encik Subramaniam A/L Krishnan
(Permainan) Encik Yoganandhan A/L Sukumaran

3
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

J/K Sambutan J/K Buku Program

Semua guru Cik Nanthini A/P Kanapathy

J/K Permainan Senam Robik

Pecahkan Belon : Pn. P.Tamilselvi Puan S.Yogisvary


Meniup dan Memecahkan Belon : Encik S.Yoganandhan
Perasmian : Cik K.Nanthini
Mewarna Poster : Pn. M.Ananthi
Cabutan Bertuah : En. K.Subramaniam

J/K Dokumentasi J/K Jamuan Murid

Pn. M.Ananthi Puan K.Letchumi

J/K Peralatan J/K Disiplin

Pn. P.Tamil Selvi Semua guru

J/K Persembahan Murid J/K Juru Gambar

Tahap 1 – Cik K.Nanthini, Pn. S.Yogisvary En. S.Yoganandhan


Tahap 2 – En. S.Yoganandhan, En. K.Subramaniam

10.0 TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi : Perhimpunan


7.30 pagi : Bacaan doa
8.00 pagi : Senamrobik
9.00 pagi : Pecahkan belon
: Meniup dan memecahkan Belon
: Mewarna poster dalam kumpulan
10.00 pagi : Jamuan Murid (KFC Tangkak)
: Persembahan Murid Tahap 1
: Ucapan Guru Besar dan Perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak
Peringkat Sekolah
: Persembahan Murid – Tahap 2
: Cabutan Bertuah
1.30 petang : Bersurai

4
11.0 PENUTUP

Di harap agar Program Sambutan Hari Kanak-kanak bagi tahun 2019 ini dapat dijalankan
dengan lancar dan mencapai matlamat dengan hasil kerjasama antara guru,murid,ibu bapa dan
agensi luar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………………………. …………………………………………..
(ANANTHI A/P MANOGARAN)
TARIKH :

You might also like