You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BEKOH, 84900 TANGKAK, JOHOR

Kertas Cadangan

Program Sambutan Hari Kanak-kanak


Tahun 2019

Tarikh : 19 NOVEMBER 2019 (SELASA)


Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bekoh, Tangkak.

PERASMI:
Puan R Premah A/P Ramasamy
(Guru Besar SJKT Ladang Bekoh)

ANJURAN:

UNIT HEM
SJK TAMIL LADANG BEKOH, TANGKAK
KERTAS CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
SJK TAMIL LADANG BEKOH, TANGKAK

1
1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia, dan
meminta semua negara meraikannya setiap tahun. Negara kita Malaysia adalah di antara 150
buah Negara yang menyambutnya pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan
keperihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah
turut meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada tahun ini sebagai satu pendekatan yang baik bagi
murid-murid melaksanakan pelbagai aktiviti dalam satu masa.

2.0 MATLAMAT
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan
kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk
menentukan perlindungan, kebajikan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

3. OBJEKTIF
3.1 Bersama-sama meraikan kanak-kanak bersempena dengan Sambutan
Hari Kanak-Kanak Sedunia.
3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak
dan masa depan kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan
berinovasi.
3.6 Mencungkil bakat dan potensi murid dalam aktiviti dan permainan yang
diadakan.
3.7 Memberi peluang kepada murid mempamerkan hasil kreativiti mereka

4.0 SASARAN

Program Sambutan Hari Kanak-kanak ini mensasarkan seluruh warga SJKT Ladang Bekoh,
ibu bapa dan keluarga

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Program ini dijangka berlangsung pada 19 November 2019 (Selasa), 7.30 pagi hingga 1.00
petang.

2
6.0 AKTIVITI PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2015

Bil Aktiviti/ pertandingan Catatan


- Lelaki dan Perempuan
1 Senamrobik
- Thn 1 – Thn 6
2 Pecahkan belon - Murid Tahun 1- 6
3 Rantai gelung - Murid Tahun 1- 6
4 Kotak beracun - Murid Tahun 1- 6
5 Jamuan Murid - KFC - Murid Tahun 1- 6

7.0 KEWANGAN
Sumber kewangan diperoleh melalui PIBG.

Anggaran Perbelanjaan

Perkara Kuantiti/Harga Jumlah


Belon RM2 X 5 RM10
Jamuan di KFC RM 20 X 10 RM200
RM 210
JUMLAH

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. R Premah A/P Ramasamy (Guru Besar SK Gemas)


Pengerusi : Pn. Ananthi A/P Manogaran (GPK HEM)
: Cik Nanthini A/P Kanapathy (GPK Pentadbiran)
: Puan Tamil Selvi A/P Pathnappan (GPK KOKO)
Setiausaha 1 : Pn. Letchumi A/P Kuupusamy
Bendahari : Puan Yogisvary A/P Sinniah
AJK : Encik Subramaniam A/L Krishnan
(Permainan) Encik Yoganandhan A/L Sukumaran

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

J/K Sambutan J/K Buku Program

Semua guru Cik Nanthini A/P Kanapathy

3
J/K Permainan Senam Robik

Pecahkan Belon : Pn. P.Tamilselvi Puan S.Yogisvary


Rantai Gelung : Encik S.Yoganandhan
Kotak Beracun : Cik K.Nanthini

J/K Dokumentasi J/K Jamuan Murid

Pn. M.Ananthi Encik K.Subramaniam

J/K Peralatan J/K Disiplin

Pn. K.Letchumi Semua guru

10.0 TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi : Perhimpunan


7.30 pagi : Bacaan Doa
8.00 pagi : Senamrobik
9.00 pagi : Rantai gelung
: Pecahkan Belon
: Kotak Beracun
10.00 pagi : Jamuan Murid (KFC Tangkak)
1.00 petang : Bersurai

11.0 PENUTUP

Di harap agar Program Sambutan Hari Kanak-kanak bagi tahun 2019 ini dapat dijalankan
dengan lancar dan mendapat mencapai matlamat hasil kerjasama antara guru,murid,ibu bapa
dan agensi luar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………………………. …………………………………………..
(ANNATHI A/P MANOGARAN)
TARIKH :

You might also like