You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JASIN

77000 JASIN, MELAKA.

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Tarikh : 27 Februari 2019


Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka, Melaka
Anjuran : Program Pendidikan khas pembelajaran SJK(T) Jasin

PENDAHULUAN

Program ini adalah usaha yang dijalankan oleh Jawatankuasa Lawatan Program Pendidikan
Khas integrasi ( PPKI ) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jasin. Ia merupakan satu strategi proaktif
bagi mendedahkan murid-murid istimewa ke arah kesediaan belajar sambil berekreasi.

MATLAMAT

Melaksanakan Lawatan sambil belajar ke Rumah Terbalik Melaka khusus untuk murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan bermasalah pertuturan atau komunikasi. Melalui
aktiviti ini diharapkan agar dapat melahirkan hubungan erat lagi kental antara murid dan guru dalam
menjana kecemerlangan program pendidikan khas integrasi di sekolah.

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid istimewa merasai dan mengalami sendiri kehidupan di
luar disamping menikmati keindahan negara Malaysia.
2. Menguasai kemahiran sosial dan berkomunikasi dengan masyarakat, membina sikap
berdikari dan kerjasama dalam kumpulan serta membina keyakinan dan pengurusan diri
sendiri.
3. Melaksanakan aktiviti-aktiviti ini untuk murid istimewa bermasalah pertuturan dan
koordinasi mata dan tangan.
4. Mempertingkatkan hubungan dan amalan bekerjasama semua pihak dengan pihak sekolah
dalam memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid pendidikan khas.

KUMPULAN SASARAN

 Murid-murid PPKI SJK(T) JASIN


 Guru-guru dan PPM PPKI SJK(T) JASIN

BILANGAN PESERTA

NO PESERTA BILANGAN PESERTA


1 Murid Pendidikan Khas Integrasi SJK T Jasin 14 orang
2 Guru-guru PPKI SJK T Jasin 03 orang
3 Pembantu Pengurusan Murid PPKI SJK T Jasin 02 orang
JUMLAH 19 orang
JANGKA MASA PROGRAM

8.30 pagi hingga 4.00 petang

TEMPAT YANG AKAN DIKUNJUNGI

1. Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka

TARIKH / HARI

27 Februari 2019 (Rabu)

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn.Samupatha a/p Chelliah (GURU BESAR)


Pengerusi : En.Parasuraman a/l Perumal ( GPK KOKU)
Naib Pengerusi : En.Kalaivanan a/l Muniandy (PENYELARAS PK)

Setiausaha : Pn.Pavithra a/p Muniandy (GURU)


Bendahari : Pn.Elizabeth a/p Soosaimanickam (GURU)

Ahli Jawatankuasa

Pengangkutan : En.Kalaivanan a/l Muniandy


: Pn.Pavithra a/p Muniandy
Makanan / Minuman :

Keselamatan : Pn.Mahfuzah Hanum Jasme (PPM)


Dokumentasi : Pn.Maseta Salim(PPM)

ATURCARA PROGRAM

Masa Aktiviti
7.30 pg Berkumpul di Sekolah
7.30 pg – 8.00 pg Taklimat
08.00 pg – 08.30 pg Sarapan (murid)
08.30 pg – 9.30 pg Bertolak ke Rumah terbalik Melaka, Bandar hilir
10.00 pg – 01.00 ptg Melawat Rumah terbalik Melaka
01.00ptg – 2.30 ptg Makan Tengah hari
02.30ptg – 4.00 ptg Pulang ke sekolah
SUMBER KEWANGAN
1. Kutipan bayaran murid

SUMBER KEWANGAN

1 Murid RM 35.00 x 14 orang = RM 490.00


JUMLAH RM 490.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

1 Tiket kemasukan rumah terbalik RM 10.00 x 14 orang = RM 140.00


(Murid)
3 Bas sekolah = RM 170.00
4 Makan & Minum Murid RM 10.00 x 14 orang = RM 140.00
5 Lain – lain perbelanjaan RM 40.00
JUMLAH RM 490.00

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan mendapat kerjasama dari semua pihak agar segala usaha
murni ini yang dirancangkan ini dapat dijalankan dengan lancar.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

………………………………. ....................................................
(Pavithra A/P Muniandy) (Kalaivanan A/L Muniandy)
Setiausaha Lawatan Penyelaras pendidikan khas

Disahkan oleh,

…………………………..

You might also like