You are on page 1of 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS

JABATAN PENGAJIAN SOSIAL


SUBJEK: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (AS2050D)
TAJUK : PENCEMARAN AIR, UDARA, BUNYI
DAN TANIH

NO NAMA I/C NO

1. KALAIVANAN A/L MUNIANDY 840808-02-6257


2. PARAMESWARY A/P MUNIANDY 860519-23-6598
3. KARTIYAYINI A/P SINNASAMY 860904-35-5585
4. MAHENTIREN A/L DHARMALINGAM 860904-35-5585

KUMPULAN : K 1.3
PROGRAM : KPLI-SR 2011
NAMA PENSYARAH : TN HAJI MOHAMAD RITZUAN BIN BAHARIN
TARIKH SERAHAN : 21 MAC 2011
1.0 PENGENALAN

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,


hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan
yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam
sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu alam sekitar.

Pencemaran juga boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-


bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya
keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat
adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran
adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau
mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau
organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan
disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air

3.Pencemaran laut

4.Pencemaran bunyi

5.Pencemaran tanah

6.Pencemaran haba

7Pencemaran sungai dan kolam


Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup
penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak
dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang
timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan
negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin
mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini
semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian
bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam
sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan
usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
2.0 PENCEMARAN AIR

Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan sumber air dapat memenuhi
kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti
harian.Bagaimanapun, proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara
menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar kian berleluasa.

Masalah itu juga mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem sungai yang


membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus,
tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin
berkurangan.

Setiap isu atau masalah yang timbul telah menyedarkan kita betapa seriusnya
masalah pencemaran air di negara kita. Masalah pencemaran air ini tidak terhad
kepada pencemaran sungai sahaja, bahkan turut melibatkan sumber air bawah tanah,
kolam, tasik dan laut. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika
membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan turut tidak terkecuali
memperkatakan tentang keadaan alam sekitar di negara ini. "Apa yang berlaku kepada
sumber air di negara ini amat menyentuh hati saya. Ia sangat menyedihkan," keluh
Abdullah. Keluhan itu sepatutnya cukup untuk memberi mesej kepada kita betapa faktor
pencemaran terutamanya yang membabitkan air kini membimbangkan. Juga bahawa
air bukan sahaja berfungsi sebagai penyambung nyawa manusia tetapi melangkaui
peranan ke arah proses memudahkan urusan pembangunan negara.

Pencemaran air mengakibatkan terjadinya krisis air bersih. Di samping


kekurangan kesedaran sivik di antara masyarakat serta sektor perindustrian,
kelemahan dalam pemantauan oleh pihak berkenaan serta kekurangan dalam
pemantapan sistem pemantauan pelaksanaan undang-undang yang termaktub
menyebabkan masalah pencemaran air menjadi masalah kronik yang makin lama
makin parah. Perbincangan berkenaan dengan pencemaran air yang seterusnya ini
tertumpu kepada pencemaran air yang berlaku di negara kita.
2.1 PUNCA –PUNCA PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku adalah hasil dari aktiviti manusia sendiri. Pembuangan
bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu
juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air. Pencemaran yang disebabkan
oleh manusia termasuk sisa-sisa buangan dari sektor penternakan dan pertanian.
Bahan-bahan seperti pestisida dan bahan kimia lain di ditemui di dalam air yang
tercemar berpunca sektor pertanian akibat dari penggunaan baja yang berlebihan. Baja
dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke
dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh pelbagai jenis
hidupanair.

Kemusnahan terhadap alam sekitar yang serius contohnya penebangan pokok-


pokok di hutan bagi tujuan komersial. Hal Ini bagi membuka penempatan baru untuk
kediaman manusia atau bagi mendirikan kilang-kilang. Akibatnya air akan tercemar
akibat dari perlepasan air-air sisa dari kilang-kilang ini dan sisi makan dan najis yang di
buang oleh kawasan kediaman manusia. Ini akan mendatangkan kesan termal dan juga
sudah pasti akan mengakibatkan kandungan oksigen di dalam air sungai, tasik dan laut
berkurangan dan seterusnya menjejaskan ekosistem .

Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah


kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku
dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.
Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan
berlaku.
Hujan asid juga boleh menjuruskan kepada berlakunya pencemaran air.Hujan
asid yang mengandungi sulfur dioksida dan juga nitrogen dioksida yang boleh
menyebabkan eutrofikasi dan boleh membunuh kehidupan akuatik.Hujan asid ini
sebenarnya berkaitan dengan pencemaran udara. Pencemaran udara pula berlaku
adalah akibat dari asap-asap dari kereta, pembakaran secara terbuka dan akibat dari
perlepasan gas-gas dari kilang ke udara. Akhirnya ia akan menyababkan berlaku hujan
asid. Titisan hujan akan campur dalam air tasik,sungai, laut dan sebagainya dan
mengakibatkan akuatik dalam air musnah serta hujan ini akan memberi kesan buruk
terhadap kesihatan manusia.

Selain dari beberapa punca yang disebabkan oleh manusia,alam semulajadi


juga boelh menyebabkan pencemaran air. Contohnya akibat letupan gunung berapi,
badai atau ribut taufan dan gempa bumi.Bila ini berlaku maka secara tidak langsung
kualiti air pada sungai akan terjejas dan memusnahkan ekosistem air.
2.2 KESAN – KESAN PENCEMARAN AIR

Berdasarkan (Eow Boon Hin, 2002) Kesan – kesan pencemaran air adalah amat buruk.
Manusia bergantung kepada air untuk hidup. Sumber air dari sungai , kolam , air
dibawah sekiranya dicemar, tetap akan menjejaskan kesihatan umum. Selain itu,
pencemaran air menyebabkan kematian ikan dan pelbagai jenis hidupan laut. Banyak
hidupan laut merupakan sumber makanan yang utama untuk manusia. Pencemaran air
juga menjejaskan kualiti air.

2.3 LANGKAH – LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN AIR

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar


adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin
untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa
pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca
dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.
Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang
berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api
untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit
boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Melalui cara ini kita dapat mengurangkan
pencemaran air dan dapat memelihara ekosistem akuatik.

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak


dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki
takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha
negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia,
2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya
sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan
juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan
dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan
sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang
menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu, diperingkat sekolah
pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di
tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu
supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit
utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan
penyelenggaraan.

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul
oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui
pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat
membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada
seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang
tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan
timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan
alamsekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat


rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran
Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains
seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains
Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat
umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan
peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu,
terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. 

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk
cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa
tentang isu pencemaran ia akan membantu memberi kesedaran kepada masyarakat
dan akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media
massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah
majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 ,
RTM, NTV7 dan sebagainya tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

Kesimpulannya, didapati huraian di atas jelas memastikan pencemaran air


merupakan salah satu punca kesihatan terjejas. Kita hendaklah menyelesaikan
masalah ini secepat mungkin .Kita juga harus mengambil langkah-langkah untuk
mengatasinya.Antaranya ialah,menanam kesedaran betapa pentingnya air di kalangan
masyarakat. Air ialah sumber penting untuk segala kehidupan. Kebersihan air menjamin
kehidupan. Menjaga kebersihan air ialah tanggungjawab masyarakat sejagat. Hargailah
air dalam kehidupan.
3.0 PENCEMARAN UDARA

Udara merupakan faKtor yang penting dalam kehidupan, namun dengan


meningkatnya pembangunan Bandar-bandar dan pusat industri, kualiti udara telah
mengalami perubahan. Udara yang dulunya segar, kini telah kering dan kotor.
Perubahan ini berlaku adalah disebabkan kemasukkan bahan pencemar ke dalam
udara.

Definsi Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau


zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan
kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan
memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan
bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya
menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan
pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan
anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang
penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran


sebarang gas atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera,
khususnya yang terhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara
dikaitkan dengan pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos
kenderaan, stesen penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara
domestik di kawasan bandar dan industri.

Namun demikian, bahan cemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di
kawasan pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang
menghasilkan habuk ataupun amalan pertanian seperti pendebungaan dan
penyemburan baja. Pencemaran udara juga boleh terjadi secara tabii menerusi
penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina, letusan gunung berapi, tiupan wap
air oleh ombak dan sebagainya.

Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan


bahan-bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia,
haiwan, tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Banyak lagi definisi yang
boleh diberikan tentang pencemaran udara ini. Menurut Wark dan Warner (1901),
pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya
di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh
berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan atau
haiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram.

Selain itu, pencemaran udara menurut Wikipedia Bahasa Melayu iaitu pelepasan
bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon
monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang
dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industi. Dalam keadaan tertentu, pencemaran
boleh berasal dari sumber-sumber semula jadi seperti gunung berapi, pembakaran
hutan ataupun ribut debu. Tetapi pada keseluruhannya sumbangan dari sumber-
sumber semula jadi ini adalah kecil jika dibandingkan dengan bahan-bahan
pencemaran yang dikeluar atau digalakkan dari manusia sendiri.

Jenis Pencemaran Udara

Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara


primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan
sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang
tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan
memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udara
primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan
dapur arang atau kayu.

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang


bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur
dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk
membentuk gas yang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida
dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer
dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN).

3.1 PUNCA –PUNCA PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,


penghasilan bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan
pembakaran terbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan
menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti yang kita dapat lihat kejadian jerebu
yang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-
sisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran. Masyarakat
juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti
membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang masih memasak
menggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya lagi.

3.2 KESAN – KESAN PENCEMARAN UDARA

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di


negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu
pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi
pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya
pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi.

Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya
terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui
penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-
kanak.
3.3 LANGKAH – LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN UDARA

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-


langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini
bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua
pihak. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua pihak
dalam menangani isu alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita.

Pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam


sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak
mungkin  untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi
moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan
plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan
pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-
bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh
dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti
hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan
adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos
kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa
plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat
mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan
manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil
adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar.
Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan
menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.
Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum.
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh
kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk
memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.
Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap
positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu,
dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini
kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu
perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat


rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran
Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti
Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains, Alam
Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum
pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan
peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu,
terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media
massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu
pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah
pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan
tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat
pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan
keutamaanya.

Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai


sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan amat
digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen
cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-
kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.
Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepada
masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya
dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini
boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam
sekitar.

4.0 PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam. Jika pencemaran
alam sekitar yang lain memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan penghuni alam,
pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Bunyi bising bukanlah
sesuatu perkara asing kepada kita. Kebisingan yang berlaku berbeza antara satu
sumber dengan sumber yang lain. Gangguan yang berlaku juga bergantung kepada
persepsi individu masing-masing sama ada boleh bertoleransi atau tidak.

Misalnya ada orang yang cepat melenting jika mendengar bunyi motor yang bising
tetapi ada orang yang masih boleh bertahan ke suatu tahap yang lebih tinggi. Seperti
juga pencemaran air dan udara, bunyi juga boleh dianggap sebagai suatu pencemaran
kerana ia menyebabkan gangguan. Walau bagaimanapun, pencemaran bunyi ini
biasanya tidak mendapat perhatian khusus seperti pencemaran air dan udara kerana
mungkin disebabkan sifat tidak boleh dilihat serta kehadiran yang biasanya akan lenyap
dalam suatu jangka masa yang singkat.

Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi telah
menyebabkan paras bunyi menjadi semakin tinggi berbanding zaman dahulu. Sebagai
contoh, bilangan kenderaan di jalan raya telah semakin meningkat, bilangan penduduk
yang bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bising
serta penciptaan kapal terbang dan jet merupakan antara beberapa contoh
pertambahan bunyi di persekitaran. Oleh yang demikian, menurut Hamidi Abdul Aziz
(2008), pencemaran bunyi pada masa ini telah mula diberi perhatian serius lebih-lebih
lagi apabila bunyi dikaitkan dengan kesihatan manusia. Keadaan kesihatan yang
dimaksudkan antaranya adalah kerosakan pendengaran pekerja di persekitaran yang
bising juga telah memungkinkan standard bunyi diperkenalkan.

Menurut OECD (1975), perhatian kurang diberikan kepada bunyi bising berbanding
pencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya adalah bunyi bising merupakan
suatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan yang berhampiran dengan
sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang jauh sama ada melalui
udara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk mengenalpasti kesan-
kesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising dalam keadaan normal.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan bahaya pencemaran bising
dan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya.

Definisi Pencemaran Bunyi

Terdapat banyak istilah bising menurut Hamidi (2008), istilah paling mudah bagi
bunyi bising adalah bunyi yang tidak dikehendaki dan boleh diertikan juga sebagai
sebarang bunyi yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada
seseorang atau kumpulan. Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat,
rekreasi, tidur dan sebagainya. Bunyi ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan
bahan pepejal yang lain seperti kayu, besi dan sebagainya.

Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun
pada hari ini yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi
bising telah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira batasan politik
atau sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai pencemaran didapati
pencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan atau
diabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara. Keadaan ini
terjadi mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising merupakan suatu pencemaran
yang tidak meninggalkan sisa kepada alam sekitar.

4.1 PUNCA –PUNCA PENCEMARAN BUNYI

Sumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber
iaitu kebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia.
Kebisingan yang berpunca daripada pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga
punca utama iaitu lalulintas, kapal terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca
utama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama. Secara umumnya
terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu lintas antaranya
adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan lori,
kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.

Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran
dengan lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya,
kuasa enjin dan keadaan operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber
keretapi lebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang
biasanya terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama kebisingan adalah
daripada roda dan landasan keretapi.

Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya.


Paras tekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk
pelbagai industri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan.
Operasi pembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan
memakan masa yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan
jentera dalam proses pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi
yang kuat kerana hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan
pembinaan juga dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan
janakuasa yang digunakan.
Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga
menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca
daripada radio, televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan seperti
anjing. Kebisingan ini amat ketara di kawasan-kawasan perumahan berkepadatan
tinggi.

4.2 KESAN – KESAN PENCEMARAN BUNYI

Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-


kesan kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan
yang rapat. Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan
manusia. Kesan kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan
psikologi serta kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh
dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan,
kesihatan dan habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta
benda.

Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara


langsung atau melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan
mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang.
Kebisingan yang melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada
pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan
pendengaran. Rosen (dalam Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh
mengganggu pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir
menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah pinggang.

Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu,


gangguan tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan
dalam kehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak
diabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar
untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat
dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepada
tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan daya
kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang
berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan
terjadinya banyak kesilapan.

Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta
benda yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai
harta benda biasanya adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan
ini hanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas
penurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri.
Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa seperti
berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awam
mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu
nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang
lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.

4.4 LANGKAH – LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN BUNYI

Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan
berkaitan dengan kehidupan. Bunyi yang kerterlaluan seperti dari kilang-kilang pula
mendatangkan kesan tidak baik dan dalam masa yang sama negara menuntut
pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan
diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman industri yang jauh
dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu sahaja
sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyi
kepada pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising.
Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak
secara keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi
motorsikal yang telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang
”tiga” mata iaitu mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan
mengurangkan pencemaran bunyi. Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dan
tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah diisi oleh sebuah kereta. Cara ini juga
sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong dan mempraktikan
saranan itu.

Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar


bunyi bising berbanding jentera lama. Penggunaan jentera canggih juga lebih
mempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan
mengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa yang memakan masa dan berhampiran
dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu menggunakan jentera canggih
walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar.

Malaysia kerap menganjurkan kempen-kempen kesedaran contohnya kempen


berbudi bahasa, kempen anti sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen
kesedaran berkenaan anti pencemaran bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat terutama golongan sasar
perlu diingatkan tentang nilai ”sepasang telinga”.
5.0 PENCEMARAN TANIH

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan


sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini
disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar
pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik. Pencemaran tanah
menyebabkan tanah menjadi penukaran warna ke kehitaman ,kesuburan tanah
berkurangan dan boleh menyebabakan hakisan tanah pada masa kelak nanti.

5.1PUNCA –PUNCA PENCEMARAN TANIH

Antara punca- punca berlakunya pencemaran ini ialah :


a. Pembuangan bahan – bahan buangan kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa
– sisa kilang.
b. Pembuangan sampah merata- rata juga merupakan penyumbang ke arah
pencemaran ini.
c. Penggunaan racun serangga secara berlebih – lebihan juga boleh menjadi salah
satu punca pencemaran tanih.
d. Sikap manusia yang jarang menghargai nila- nilai maksimum yang terdapat di
kwasan menarik da indah.

5.2 KESAN – KESAN PENCEMARAN TANIH

Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan


tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan
ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di
kawasan berkenaan. Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian
manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang
lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk
dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya
penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal
dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang
kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah
runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di
kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan
kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak
banjir di kawasan tanah rendah.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang


giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap
alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan
kepada rumah hijau dan banjir.

5.4 LANGKAH – LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN TANIH

Langkah pertamanya mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan


terbuka.Aktiviti -aktiviti seperti pembalakan,perlombongan dan pembinaan harus
dikurangkan. Orang ramai juga patut menyedar tentang penjagaan alam sekitar adalah
tangungjawab bersama.Seterusnya,proses kitar semula juga seara tidak langsung
menjaga tanah daripada tercemar.Langkah terakhir pula kilang-kilang patut dibina jauh
dari kawasan perumahan.
PENUTUP

Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap
dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau,penipisan ozon adalah
antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera
sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan jugahidupan lain saling berkait untuk
terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber
makanan dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia.

Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengankeadaan


alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal
dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan
kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan.

Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam


sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya
dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan
termasuklah manusia.

Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan


pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas padamasa
sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masakeadaan alam
sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-
galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha
untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta
berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.
SENARAI RUJUKAN

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex


Sdn. Bhd. 1996
 Eow Boon Hin (2002) Pendidika Moral. Pearson Education Malaysia Sdn Bhd
 Majalah Era Hijau
 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman
Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit Mikamas, 1996
 Laporan Rancangan Malaysia Ke-6, Bab 15 : Alam Sekitar, para 15.06
Laporan Rancangan Malaysia Ke-8 ( 2001-2005) Bab 19 para 19.05
Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000
Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex


Sdn. Bhd. 1996
 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman
Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit Mikamas, 1996

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran

 http// edublogs.org/pencemaran bunyi


LAMPIRAN
Berdasarkan statistik sehingga 2005 sebanyak 13 buah sungai di negara ini
didapati mengalami pencemaran teruk manakala 75 buah lagi tercemar sederhana
manakala 32 buah lagi masih bersih. Antara negeri yang mengalami pencemaran
sungai paling tinggi adalah Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Statistik ini menunjukkan
bilangan sungai yang tidak tercemar mengalami kemerosotan berbanding dengan
statistik6 pada Tahun 2000, di mana 12 buah sungai yang tercemar teruk, 34 buah
sungai tercemar sederhana dan 74 buah sungai bersih ( Jadual 17).
Sungai yang tercemar teruk ialah Sungai Dondang, Sungai Juru dan Jejawi di Pulau
Pinang, Sungai Kempas, Sungai Tukang Batu, Sungai Rembah, Sungai Benut dan
Sungai Pasir Gudang di Johor, Sungai Sepang, Sungai Klang dan Sungai Buloh di
Selangor, Sungai Batu di Perak, Sungai Miri/Lutongdi Sarawak dan Sungai Jimah di
Negeri Sembilan. Sementara sungai Sepang, Sungai Klang, Sungai Buloh, Sungai
Selangor dan Sungai Golok adalah sungai-sungai yang teruk tercemar oleh kumbahan.
Sungai Samit dan Sungai Tuaran di Sabah (yang tertinggi), Sungai Sedili Besar, Sungai
Pahang dan Sungai Kempas didapati mengandungi kandungan logam raksa, kadmium,
tembaga, plumbum serta zink yang melebihi standard yang dibenarkan.
Laporan juga menyatakan bahawa 70 peratus masalah pencemaran sungai disebabkan
oleh kumbahan dan pembuangan sampah. Selain itu, kelodak daripada hakisan yang
juga sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti penerokaan hutan serta pelepasan
sisa oleh industri juga menjadi penyumbang utama masalah pencemaran ini.
PENCEMARAN AIR
PENCEMARAN UDARA
PENCEMARAN BUNYI

PENCEMARAN TANIH

You might also like