You are on page 1of 8

Pendahuluan

Tajuk ini akan membincangkan berkaitan teori dan pendekatan psikologi dalam
masalah pembelajaran Bahasa Melayu iaitu mencampurkan huruf besar dan huruf
kecil dalam perkataan oleh murid pemulihan. Terdapat banyak teori dan pendekatan
psikologi yang boleh diguna pakai oleh guru untuk mengatasi masalah tersubut di
sekolah. Berikut adalah beberapa teori
pendidikan.
A. Teori Pembelajaran
Teori Pembelajaran Behaviorisme
i.

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

ii.

Teori Pelaziman Klasik Watson

iii.

Teori Pelaziman Operan Skinner

iv.

Teori Pelaziman Operan Thorndike

Teori Pembelajaran Sosial


Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Gestalt
Teori Pembelajaran Gagne
Teori Pembelajaran Ausubel
Teori Pembelajaran Bruner
Teori Pembelajaran Kontruktivisme

yang sering dikaitkan dalam bidang

Definisi Pembelajaran
Pembelajaran adalah setiap perubahan perilaku yang relatif kekal terjadi sebagai
hasil dari pengalaman. Definisi sebelumnya menyatakan bahawa seorang manusia
dapat melihat perubahan terjadi tetapi tidak pembelajaran itu sendiri.

Definisi Masalah Pembelajaran


Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih
daripada proses psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama
ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan
kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak
termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan
penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau
kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
The National Joint Committee On Learning Disability (NJCLD,1990) mentakrifkan
masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada kumpulan masalah yang pelbagai
yang mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca,
menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah matematik. Masalah ini
berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bilabila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial
mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan
menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran
mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti sensori, kerencatan
mental atau gangguan emosi.
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka
yang kurang berkemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman,
pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk
masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya
penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

Definisi Bahasa Melayu


Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu adalah sebagai pelajaran teras di semua sekolah
rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.
Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan
murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan
menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang
penggunaan bahasa, iaitu Bidang Interpersona, Bidang Maklumat dan Bidang
Estetik.Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan
bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan
sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Disamping itu, komponen
kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat memupuk minat membaca dan
melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai
gaya pembelajaran,minat dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.
Murid- murid pemulihan mencampurkan huruf besar dan kecil dalam
perkataan
Sikap pelajar
Murid murid pemulihan menganggap bahasa Melayu tidak penting dan sangat
susah untuk difahami. Perkara ini tersemat di dalam fikiran mereka kerana
kurangnya pendedahan tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam
kehidupan mereka. Sikap pelajar juga agak malas dan tidak bersungguh-sungguh
dalam membuat latihan yang diberikan. Sikap meniru latihan daripada rakan-rakan
akan menambahkan kesulitan dalam menguasai subjek bahasa Melayu. Sikap malu
bertanya kepada guru tentang sesuatu yang tidak difahami turut menyumbang
kepada permasalahan ini. Antara sebab mereka malu bertanya adalah kerana tidak
boleh bertutur dengan baik dan bimbang guru tidak faham apa yang ingin mereka

sampaikan. Maka, masalah yang dihadapi tidak akan dapat dibantu oleh guru dan
semakin lama, ketidakfahaman mereka bertambah buruk.
Persekitaran
Jika diambil sejarah pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar-pelajar ini hanya
didedahkan dengan penggunaan Bahasa Melayu hanya dalam subjek Bahasa
Melayu. Kebanyakan subjek sekolah rendah seperti Matematik, Sains dan
Pendidikan Moral menggunakan bahasa ibunda mereka. Guru-guru bertutur dengan
menggunakan bahasa ibunda semasa proses P&P kerana bahasa ini lebih mudah
difahami oleh pelajar-pelajar.
Selain itu, percakapan atau pertuturan mereka di sekolah menggunakan bahasa
Cina sama ada semasa berkomunikasi dengan guru-guru atau rakan-rakan yang
sebangsa dengan mereka. Mereka hanya berkomunikasi dalam bahasa melayu
semasa proses P&P subjek bahasa Melayu di dalam kelas. Itu pun tidak semua
pelajar memainkan peranan aktif semasa P&P bahasa Melayu dijalankan. Ini
disebabkan oleh ada juga pelajar yang hanya berdiam diri dan tidak mahu belajar
menguasai apa yang disampaikan oleh guru. Kemungkinan juga pelajar-pelajar
bertindak sebegitu kerana mereka tidak faham apa yang disampaikan oleh guru.
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.
Teori ini diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi kanak-kanak iaitu Jean Piaget
(1896-1980). Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik ke atas tiga orang
anaknya, beliau mengaplikasikan prinsip dan metod biologi di dalam mengkaji
perkembangan manusia Menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman
terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses
penting di dalam membina kefahaman ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya,
kebolehan kita memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang
penting dan kebolehan kita untuk membandingkannya.
Menurutnya, kita bukan sahaja mengorganisasikan segala pemerhatian dan
pengalaman, tetapi kita juga mengadapatasikan pemikiran kita dengan memasukkan
idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman terhadap sesuatu perkara. Piaget
(1954), percaya proses adaptasi dilakukan dengan dua cara iaitu melalui proses
asimilasi dan proses akomodasi. Asimilasi bererti menambah maklumat baru atau

memperkaya struktur kognitif yang telah sedia ada. Manakala, akomodasi


bermaksud mengubahsuai skemata yang telah sedia ada untuk memahami
maklumat baru.
Piaget percaya perkembangan berlaku dalam tahap-tahap perubahan melalui
equilibration (penyeimbangan), keadaan yang menyebabkan kanak-kanak mencari
suatu keseimbangan di antara apa yang di alami dalam persekitaran dengan proses
dan struktur kognitif yang sedia ada. Equilibration melibatkan tiga proses. Proses
pertama, kanak-kanak dikatakan berada dalam keseimbangan apabila skema dan
tahap pemikirannya cukup sesuai atau adaptasi dengan persekitaran. Proses kedua,
kanak-kanak diberikan informasi yang tidak sesuai dengan skema yang sedia ada.
Oleh itu, ketidakseimbangan kognitif muncul dan mereka kurang menghadapi
cabaran-cabaran

baru.

Jadi,

kanak-kanak

cuba

untuk

mengembalikan

keseimbangan melalui asimilasi, keadaan dimana informasi baru diserap dalam


skema kanak-kanak yang sedia ada. Proses ketiga, Piaget mencadangkan
akomodasi iaitu mengubah skema yang tersedia untuk disesuaikan dengan
informasi baru yang relevan tentang persekitaran. Dengan itu, tahap pemikiran yang
lebih tinggi akan wujud. Justeru, proses-proses ini akan mengakibatkan tahap
keseimbangan yang kukuh kepada individu, iaitu tahap penyesuaian yang tinggi.
Teori Pelaziman Operan Skinner
Teori ini diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) menyatakan bahawa perlakuan
harus diperhatikan di dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan
yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian
dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau
menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku binatang di dalam kotak tersebut
boleh dikawal dan gerak balasnya dihitung. Teori ini membawa beliau kepada
penggunaan teori pelaziman operan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah.
Skinner mengatakan jika pelajar menerima sesuatu gerak balas yang memuaskan
setelah sesuatu tingkah laku dipamerkan itu dinamakan peneguhan. Peneguhan
adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi
atau tidak diulangi. Peneguhan diberikan untuk pertamanya, memuaskan kehendak;
keduanya, mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan

peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif (ganjaran) untuk mengulangi
perlakuan dan peneguhan negatif (dendaan) untuk tidak mengulangi perlakuan.
Terdapat pelbagai jenis peneguhan positif dan ini termasuk peneguhan konkrit
(makanan, alat permainan, setem, pelekat), peneguhan social (senyuman,
perhatian, pujian, penghargaan) dan peneguh aktiviti (aktiviti yang disukai).
Pelaziman operan hanya boleh berlaku dengan tiga syarat:
i.

Individu mesti membuat tindak balas

ii.

Suatu peneguhan mesti mengikuti gerak balas

iii.

Peneguhan mesti diberi hanya apabila gerak balas telah berlaku

Sikap Pelajar- Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Dalam mengatasi masalah pembelajaran iaitu mencampurkan huruf besar dan huruf
kecil dalam perkataan oleh murid pemulihan. Teori Perkembangan Kognitif Jean
Piaget diaplikasikan. Melalui teori ini, guru mestilah bertindak sebagai pemudah cara
untuk

menyelesaikan

masalah

menjawab

soalan

ringkasan

ini.

Dengan

menggunakan teori ini, guru mestilah membentuk keseimbangan kepada pelajar


dengan mengajar satu cara termudah menjawab soalan. Kemudian memberikan
beberapa contoh ayat di mana mewujudkan ketidakseimbangan dalam memahami
soalan. Dalam ketidakseimbangan murid - murid memahami berikutnya ini akan
menyebabkan pelajar menyerap maklumat.
Semasa menulis perkataan murid murid pemulihan hendaklah menggariskan
perkataan tersebut. Murid harus menulis sekurang-kurangnya 5 perkataan.
Kurangnya latihan menulis perkataan ini akan menyebabkan murid murid tidak
mahir dalam menulis perkataan. Kemudian, dengan mengetahui punca utama
pelajar tidak dapat menulis perkataan dengan betul tanpa mencampurkan huruf kecil

dan huruf besar, guru telah membuat satu contoh perkataan yang dapat diambil
sebagai contoh oleh murid murid pemulihan. Dengan murid murid pemulihan
dapat mencontohi ayat tersebut apabila menulis perkataan.
Persekitaran Teori Pelaziman Operan Skinner
Dalam mengatasai masalah pembelajaran yang melibatkan persekitaran ini, guru
boleh menggunakan Teori Pelaziman Operan Skinner. Dalam masalah ini pelajar
dikenal pasti kurang mempraktikkan latihan dalam bahasa Melayu yang menjadi
punca utama mereka lemah dalam penguasaan bahasa Melayu.
Mengikut teori pelaziman operan, mencadangkan bahawa murid akan belajar hanya
apabila mereka membuat gerak balas yang aktif dan nyata di dalam bilik darjah.
Untuk mengaplikasikan teori ini, maka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu di mana menulis perkataaan di buat bersama-sama guru di dalam
kelas, guru boleh mempraktikkannya. Menurut huraian Skinner di dalam buku
Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang ditulis oleh Mok
Soon Sang, beliau menghuraikan bahawa tingkah laku operan seperti ini merupakan
gerak balas yang dihasilkan pada diri sendiri (seperti kajiannya terhadap tikus). Oleh
itu,

pembelajaran

jenis

ini

merupakan

pembelajaran

secara

aktif

kerana

pembelajaran yang berlaku berdasarkan inisiatif diri sendiri.


Seterusnya, guru memberi peluang kepada murid untuk perkataan penting yang
mereka dapat di papan putih. Murid murid di minta secara suka rela tampil ke
hadapan kelas untuk menulis isi-isi penting yang telah mereka dapat. Setelah siap
ditulis oleh murid di papan putih, guru memeriksa dan membetulkan jika terdapat
kesilapan. Sebagai guru, kita tidak perlu menggunakan peneguhan negatif
(dendaan) dalam situasi ini. Penggunaan peneguhan negatif tidak digalakkan
digunakan secara kerap apatah lagi dalam keadaan yang tidak serius atau murid
hanya melakukan kesalahan kecil. Peneguhan negatif lazimnya mempunyai kesan
tidak baik ke atas tingkah laku murid itu kemudian hari nanti.

You might also like