You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BEKOH, 84900 TANGKAK, JOHOR

MINIT MESYUARATBIDANG HEM BIL 3 / (2018)

Tarikh : 24 Julai 2018 ( Selasa)

Masa : 1.15 petang – 2.15 petang

Tempat : BILIK KOMPUTER

Pengerusi : PN R.PREMAH

Kehadiran(Bilangan) : 10/10

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir ke
mesyuarat HEM kali ke -3 bagi tahun 2018. Beliau berharap agar mesyuarat pada
petang ini dapat berjalan dengan lancar.
1.2 Guru Besar mengingatkan semua guru agar sentiasa kemaskini buku rekod
pengajaran (RPH).
1.3 Kehadiran guru – beliau menegaskan semua guru untuk sentiasa hadir ke
sekolah dan mematuhi masa mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
1.4 UPSR 2018- Beliau meminta semua guru untuk mempertingkatkan usaha untuk
menaikkan prestasi UPSR tahun 2018 dan menetapkan sasaran untuk mendapatkan
gred yang cemerlang.
1.5 GPK HEM (Pn M.Ananthi) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang hadir dan berharap mesyuarat pada petang ini dapat berjalan dengan lancar.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Pn K.Letchumi selaku setiausaha HEM telah membacakan minit mesyuarat HEM
kali kedua.

Dicadang untuk disahkan oleh Pn S.Yogisvary


Disokong untuk pengesahan oleh En K. Subramaniam

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 TIADA
Makluman: Guru SPBT

4 LAPORAN UNIT-UNIT KECIL BIDANG HEM


4.1 Kehadiran Murid
4.1.1 GPK HEM memohon kepada semua guru kelas agar senantiasa
mengamaskinikan buku kehadiran murid. Laporan murid setiap hujung bulan
hendaklah dikemaskini dengan segera tujuan pelaporan ke PPD.
4.1.2 Bagi e-kehadiran guru-guru boleh menghantar maklumat kepada Puan
M.Ananthi sebelum pukul 8.30 pagi.

4.2 Makluman berkenaan program murid Tahun 6


4.2.1 Pengerusi telah memaklumkan bahawa buah kismis diberikan kepada semua

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

murid Tahun 6 pada setiap hari oleh guru kelas. Ini merupakan janji Guru Besar
kepada beliau.

4.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


4.2.1 Guru RMT Puan S.Yogisvary mengatakan bahawa RMT berjalan seperti yang
dirancangkan dan tiada yang ditimbulkan oleh ibubapa mahupun murid-murid.

4.3 Keceriaan dan Kebersihan Kelas


4.3.1 Guru-guru kelas diminta memastikan laci meja kelas dikosongkan sebelum balik
ke rumah. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan buku atau sampah di dalam
laci meja.
4.3.2 Bagi pertandingan keceriaan kelas yang dijalankan setiap minggu, En
S.Yoganandhan meminta agar sijil diberikan oleh guru yang bertugas pada minggu
lepas.

4.4 Buku Laporan Guru Bertugas


4.4..1 Puan Ananthi meminta guru bertugas agar mencatat apa sahaja maklumat
yang disampaikan dalam perimpunan ke dalam buku laporan guru bertugas
4.4.2 Ini kerana adalah bukti sekiranya pemantau datang dan bertanya cara
maklumat disampaikan di sekolah.
4.4.3 Buku laporan guru bertugas perlu dihantar ke meja Puan M.Ananthi pada hari
Khamis setiap minggu setelah disempurnakan.

4.5 Bimbingan dan Kauseling


4.5.1 Cik K Valarmathy mengatakan bahawa ujian Aptitud bagi murid-murid Tahun 6
dan 3 telah dilaksanakan dan markah dimasukkan ke dalam online.
4.5.2 Sebanyak dua kes disiplin telah didaftarkan di bawah unit bimbingan kaunseling
sekolah. Mereka yang telibat adalah M.Sanjeevan Raj dan V.Prisyan Kumar bagi kes
gaduh dan R.Logeswari bagi kes sikap kendiri.

4.6 Disiplin
4.6.1 En S.Yoganandhan mengatakan bahawa kelakuan murid-murid dalam dua
bulan ini amat menyedihkan.
4.6.2 Bagi bergaduh yang melibatkan M.Sanjeevan Raj dan V.Prisyan Kumar telah
ditegur dan dihantar ke Unit Bimbingan dan Kaunseling serta ditulis di dalam buku
ADAP. Pergaduhan ini telah menyebabkan luka pada bahu kiri M.Sanjeevan Raj.
4.6.3 Kes kedua merupakan, pertuturan yang kurang sopan oleh murid yang
bernama M.Abhilashaa kepada murid K.Sukitrah. Mereka telah ditegur dan dihantar
ke Unit Bimbingan dan Kaunseling serta ditulis di dalam buku ADAP. Ibu K.Sukitrah
telah datang ke sekolah dan berjumpa dengan Guru Besar berkenaan dengan kes ini.
4.6.4 Ketiga, R.Logeswari menulis nombor topi keledar seorang pekerja estate di atas
bekas pensel dan menyeru murid-murid kelas mereka memanggilnya 93B. Perkara
ini telah dimaklumkan kepada Guru Besar bagi tindakan yang selanjutnnya.

Makluman: Semua Guru


5 Hal-hal lain
5.1 Guru Besar memaklumkan bahawa markah PdPc guru-guru bagi bulan Julai telah
dimasukkan.
5.2 Guru Besar juga meminta semua guru memberikan markah percubaan UPSR
sebelum 31 Julai 2018 kepada GPK 1 .

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Tarikh : 25 Julai 2018

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like