You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KELAB RUKUN NEGARA SEKOLAH

KALI PERTAMA 2022

Panggilan Mesyuarat : Minit Mesyuarat Kelab Catur kali ke-1/2022


Tarikh : 21.04.2022
Masa : 7.45 pagi
Tempat/ Platform : Bilik Catur

KEHADIRAN :
Cik.U.Rajaletchumi
Cik.K.Sanggertana (Kelas)
Cik.R.Jaashwini (Kelas)

TIDAK HADIR :
-Tiada –
AGENDA MESYUARAT:
1. Ucapan Guru Penasihat
2. Perlantikan Jawatankuasa Bagi Tahun 2022
3. Perancangan Aktiviti Kelab Catur
4. Hal-Hal Lain

1.0 UCAPAN GURU PENASIHAT


1.1 Guru Penasihat Kelab Catur, Cik.U.Rajaletchummi mengucapkan selamat datang
kepada ahli kelab catur bagi tahun 2022. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah
kepada ahli kelab catur yang terpilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan catur
secara maya bagi tahun 2021. Pada tahun ini, adalah diharapkan masih terdapat
murid yang dapat mewakili sekolah dalam pertadingan catur peringkat zon dan
juga daerah Raub.Tindakan / Makluman

2.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA BAGI TAHUN 2022.


2.1 Ahli jawatankuasa yang akan dilantik terdiri daripada ahli kelab catur bagi tahun
2022.
2.2 Jawatan yang akan dipertandingkan adalah, Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha,
Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan 4 orang ahli
jawatankuasa.
2.3 Setelah diadakan pemilihan, butiran jawatankuasa adalah seperti dilampirkan.

3.0 PERANCANGAN AKTIVITI KELAB CATUR


1. Perjumpaan bagi kelab catur pada tahun 2022 akan diadakan pada hari khamis
mengikut giliran yang telah ditetapkan.
2. Butiran aktiviti/ program adalah seperti lampiran.

4.0 HAL-HAL LAIN.

1. Cik.U.Rajaletchummi berharap ahli kelab catur berlatih bersungguh-sungguh semasa


aktiviti dijalankan.
2. Cik.U.Rajaletchummi menyatakan, kehadiran semasa aktiviti adalah dititikberatkan,
dan berharap ahli kelab catur dapat menimba seberapa banyak kemahiran semasa
aktiviti dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 8.45 pagi

Disediakan oleh:

…………………………………………….
(SANGGERTANA KULANTHAVELU)
Guru Penasihat Kelab Catur
SJK (T) Raub
Bertarikh : 28.04.2021

Disemak oleh:

……………………………………
(MURALEE A/L RAMAN)
Penolong Kanan Kokurikulum
SJK (T) Raub.

You might also like