You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama Kelab Rukun Negara Sesi 2022

Tarikh : 11 Mei 2022


Hari : Rabu
Tempat : Kelas 2 Umar

Kehadiran :

Puan Haulah Binti Razali


Encik Muhamad Irfan Bin Badrul
Puan Rusma Binti Abdullah

Kehadiran pelajar : 14 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan

1.0 Kata Alu-aluan Guru Penasihat

1.1 Puan Haulah Binti Razali mengalu-alukan kehadiran ahli di dalam kelab rukun Negara sesi
2022. Guru penasihat juga turut memperkenalkan guru yang lain sebagai pembimbing aktiviti
yang akan dijalankan.

2.0 Pelantikan AJK tahun 2022


.
2.1 Guru penasihat melantik Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiusaha, Bendahari, Naib Bendahari
secara undian daripada pelajar. (Rujuk Lampiran)

2.2 Semua ahli bersetuju memilih Muhammad Hanif Zuhdi Bin Zamzuri sebagai Pengerusi tahun
2022 dibantu oleh Fatima Azzahra Binti Abd Hamid sebagai Naib Pengerusi.

2.3 Pelantikan ahli jawatankuasa yang baru telah dijalankan dan mendapat persetujuan ahli-ahli
lain. (Rujuk lampiran)

3.0 Laporan Aktiviti dan Perbentangan Perancangan Tahunan.

3.1 Guru Penasihat memaklumkan tentang masa serta peraturan perjumpaan mingguan iaitu pada
hari Rabu setiap minggu.
3.2 Guru penasihat juga menjelaskan yuran ahli akan dikenakan sebanyak RM 10 setahun dan
dipersetujui oleh semua ahli.
3.3 Guru Penasihat juga melaporkan beberapa aktiviti kelab tahun 2021 yang telah dilaksanakan.
3.4 Beliau juga meminta pandangan dan cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun
ini, antaranya ialah :

1) Sudut Rukun Negara


2) Menulis sajak kemerdekaan
3) Memasak
4) Pertandingan melukis poster
5) Lawatan
6) Kuiz
7) Permainan Tradisional

4 Hal-Hal Lain

4.1 Puan Haulah Binti Razali mengharapkan agar semua ahli sesi 2022 dapat memberi
kerjasama yang padu dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan.

4.2 Beliau juga mengharapkan agar semua ahli dapat datang pada setiap perjumpaan hari rabu
untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

4.3 Ucapan Pengerusi Kelab Rukun Negara sesi 2022.

5 Ucapan Penangguhan.

5.1 majlis ditangguhkan oleh pengerusi dan diakhiri dengan surah Al-Asr.

Disediakan oleh :

……………
Setiausaha,
Kelab Rukun Negara,
SMK Agama Arau,
Arau, Perlis.

You might also like