You are on page 1of 26

KELAB BOLA TAMPAR,

Sekolah Kebangsaan Morib


42700 Banting, Kuala Langat. No. Tel : 03-31982394

Ruj kami : SKM.800-02/01/( )


Tarikh : 07 Januari 2018

Saudara / Saudari.,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Kelab Bola
Tampar sekolah ini akan diadakan pada 24 Januari 2018, hari Rabu, jam 4.00 petang dan
bertempat di kantin sekolah.
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Cadangan Penubuhan Kelab Bola Tampar Sk Morib
2.3 Bincang Draf Perlembagaan
2.4 Bincang Draf Aktivit Utama
2.5 Hal-hal lain

3. Sehubungan dengan itu, saudara/saudari dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,

(MOHD RIDWAN B JALANI)


GURU PENASIHAT KELAB BOLA TAMPAR
SK MORIB,
42700 BANTING.
s.k.
1. GPK Kokurikulum
2. Guru Penasihat – tuan dijemput hadir

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Bola Tampar


SEKOLAH KEBANGSAAN MORIB,
42700 BANTING, SELANGOR

Tarikh : 28 Januari 2018

Masa : 4.00 p.m

Tempat : Bilik Mesyuarat Pusat Sumber Sk Morib

Kehadiran :

Bil Nama
1. PN NOOR AZIAN AINI BT ISMANGIL
2. PN MARIAM BT MOHD RIDZUAN
3. PN HJH RIMA MELATI BT ILIAS
4. EN MOHD RIDWAN B JALANI

MURID : 27/28 ORANG

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada guru penasihat dan berharap agar dapat
tunjuk ajar sepanjang perjalanan mesyuarat.
Tindakan: Makluman.

2. Cadangan Penubuhan Kelab Bola Tampar Sk Morib


2.1 Pengerusi mencadangkan penubuhan Kelab Bola Tampar Sk Morib.
2.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju supaya Kelab Bola Tampar Sk Morib
ditubuhkan.
Tindakan: Makluman.

3. Bincang Draf Perlembagaan


3.1 Pn Mariam, guru penasihat Kelab Bola Tampar Sk Morib membentangkan Draf
Perlembagaan Kelab Bola Tampar Sk Morib untuk dibincangkan dan diterima.
3.2 Setelah berbincang Kelab Bola Tampar Sk Morib disahkan dan diterima.

3.3 Ahli mesyuarat mengangkat tangan tanda menyokong dan tiada bangkangan.
Tindakan: Makluman.

4. Perbincangan Draf Aktiviti Utama Kelab Bola Tampar Sk Morib


4.1 Guru penasihat Kelab Bola Tampar Sk Morib membentangkan Draf Aktiviti
Utama Kelab Bola Tampar Sk Morib Satu untuk dibincangkan dan diterima.
4.2 Ahli mesyuarat mengangkat tangan tanda menyokong dan tiada bangkangan.
Tindakan : Makluman.
5. Hal-hal lain
5.1 Ucapan penanguhan pengerusi
5.1.1 Pengerusi Kelab Bola Tampar Sk Morib berharap kelab ini dapat
ditubuhkan mengikut prosedur yang betul.
5.1.2 Berharap agar dapat kerjasama semua ahli jawatankuasa menarik
keahlian seberapa ramai yang boleh.
5.1.3 Beliau berharap agar dapat bimbingan dari guru penasihat berkenaan
kemahiran bola tampar.
5.1.4 Beliau memohon maaf jika terdapat kesillapan sepanjang perjalanan
mesyuarat.
Tindakan: Makluman.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.


Dicatat oleh, ,

( NURUL ZULAIKA)
Setiausaha
Kelab Bola Tampar Sk Morib

KELABMemancing
Kelab BOLA TAMPAR, SMK
Pulau Satu,
Sekolah Kebangsaan Morib
42700 Banting,
Sekolah Kuala
Menengah Langat.
Kebangsaan Pulau Satu, No. Tel : 03-31982394
42700 Banting, Kuala Langat.
Ruj kami : SKM.800-02/01/( )
Tarikh : 07 Januari 2018

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Morib,
42700 Banting, Selangor.

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB BOLA TAMPAR

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya NURUL ZULAIKA Setiausaha, Kelab Bola
Tampar Sk Morib berdasarkan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42,No. 11, Tambahan
No.21, Perundangan (A): P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 dengan ini memohon untuk
menubuhkan Kelab Bola Tampar Sk Morib selepas ini juga dikenali dengan nama ringkas
KBTSKM .

2. Sehubungan dengan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat


berikut:

2.1 Draf Perlembagaan KBTSKM.


2.2 Draf Aktiviti Asas KBTSKM
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja KBTSKM.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara di atas terlebih dahulu
diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

(NURUL ZULAIKA)
Setiausaha
Kelab Bola Tampar Sk Morib
42700, Banting.

SK:
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Morib ,
42700 Banting.

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA TAMPAR


SEKOLAH KEBANGSAAN MORIB,
42700 BANTING , SELANGOR.

1. NAMA DAN ALAMAT.


a. Nama Kelab : KELAB BOLA TAMPAR SK MORIB
b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Morib,
42700 Banting, Selangor
2. MATLAMAT.
Memberi peluang kepada setiap ahli Kelab Bola Tampar Sk Morib untuk
mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,
emosi , rohani dan intelek serta memupuk sikap yang positif di dalam diri mereka melalui
hobi dan minat.
3. OBJEKTIF.

3.1 Memupuk peribadi ahli Kelab Bola Tampar Sk Morib berkemahiran asas bola tampar
3.2 Sentiasa mengamalkan sikap berdisiplin ketika menjalankan aktiviti yang dirancang.
3.3 Sentiasa mematuhi arahan pemimpin.
4. KEAHLIAN.
4.1 Dibuka kepada semua murid Tahun 3 hingga tahun 5
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.
5. GURU PENASIHAT.
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini yang dilantik oleh pihak
sekolah.
5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak,merancang atau membatalkan sesuatu
aktiviti apabila difikirkan perlu.
6. AHLI JAWATANKUASA.
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk
sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
6.4 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri :-
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari
Ahli Jawatankuasa ( bilangan bergantung keperluan )
Pemeriksa Kira-kira ( 2 orang )

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA.


7.1. Pengerusi .
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan
baik.
7.1.5 Menyemak/membaiki draf minit mesyuarat yang baru (jika ada)
Menurunkan tandatangan untuk disahkan minit mesyuarat yang lepas.
7.2 Naib Pengerusi.
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari
masa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli-ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.3.6 Menyediakan surat memohon sumbangan (jika ada)
7.3.7 Menyediakan tempat mesyuarat
7.3.8 Menurunkan tandatangan di minit mesyuarat yang lepas.
7.4 Penolong Setiausaha.
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.4.5 Membantu menyediakan tempat mesyuarat.
7.5 Bendahari .
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab/persatuan.
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira/Kewangan bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat
ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.atau mesyuarat jawatankuasa.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.5.7 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.

7.6 Penolong Bendahari.


7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa.
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
7.7.4 Membantu setiausaha menyediakan tempat mesyuarat
7.8 Pemeriksa Kira-kira.

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


Tahunan dan bertanggungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
7.8.3 Menandatangani laporan kewangan.

8. KEWANGAN.
8.1 Sumber utama kewangan kelab dan persatuan adalah melalui derma atau
sumbangan yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung.
8.2 Kelab dan Persatuan juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan / penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun
Suwa sekolah , sekiranya mendapat kebenaran Pengetua .

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan
oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

10. AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN


12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan
tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan/kelab secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN


13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

14. PEMBUBARAN PERSATUAN


14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika
didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN


15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Urus Setia
Kelab Bola Tampar Sk Morib
Tarikh : 7 JAN 2018

DRAF AKTIVITI UTAMA


KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU SATU
42700 BANTING

DRAF AKTIVITI UTAMA KELAB


Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42 No 11
Tambahan No.41 Perundangan (A),P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Senarai Aktiviti Utama Kelab Memancing SMK Pulau Satu yang selepas ini
disebut sebagai KMSMKPS sahaja.

1. Program Pembangunan Bakat dan Kemahiran.


1.1 Jenis ikan dan tempat habitat ikan. Ikan air tawar dan ikan air masin.
1.2 Cara menangkap ikan di sungai dan di laut. Peralatan untuk memancing.
1.3 Jenis Joran dan mata pancing serta cara mengendalikannya.
1.4 Cara memancing ikan di kolam dan peralatan yang diperlukan.
1.5 Mengendalikan ikan yang bersengat dan berbisa (Fish cat)
1.6 Mengenali injin sangkut dan jenisnya.
1.7 Cara-cara mendayung sampan dan jenis sauh.
2. Aktiviti Pertandingan
2.1 Pertandingan aktiviti memancing ikan.
2.2 Kuiz
3. Aktiviti Kependidikan
3.1 Disiplin ketika di air.
3.2 Bahaya ketika di sungai dan laut.
3.3 Kajian air pasang dan surut mengikut almanak Islam.
3.4 Kelengkapan seorang pemancing.
4. Aktiviti Luar dan Rekreasi
4.1 Aktiviti memancing di kolam ikan.
4.2 Perkhemahan tahunan.
4.3 Lawatan.
5. Aktiviti Kepengurusan dan Kepentadbiran Kelab
5.1 Mesyuarat Agung Tahunan.
5.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kelab.
5.3 Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kelab.
5.4 Penyemakan dan penyelenggaraan bekalan pejabat dan inventori.
5.5 Penyemakan dan pengemaskinian fail dan rekod.
5.6 Pendokumentasian

Perakuan:

Kami dengan ini mengakui bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas adalah
aktiviti dan program sebenar yang akan dianjurkan dan dikelolakan oleh kelab ini.

………………………........... …………......…………. . …….………………....


(NORIZAN BINTI MANSOR) (SAFWAN BIN ISMAIL) (HALIM BIN YAHYA)
Setiausaha Penaja Pengerusi Penaja Guru Penasihat
Kelab Memancing Kelab Memancing Kelab Memancing
SMK Pulau Satu SMK Pulau Satu SMK Pulau Satu

Tarikh: 09 JANUARI 2008


SENARAI JAWATANKUASA PENAJA
KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU SATU
42700 BANTING

Pengerusi : SAFWAN BIN ISMAIL

Naib Pengerusi : SAIFUL BIN BAHARI

Setiausaha : NORIZAN INTI MANSOR

Penolong Setiausaha : SITI ZUBAIDAH BINTI GHANI

Bendahari : NORHAMIZA BINTI AWANG

Penolong Bendahari : AHMAD SAIDI BIN JAMIL

Ahli Jawatankuasa : KAMAL BIN RAMLI


OTHMAN BIN BABA
SAMAD BIN ABDULLAH
YAHYA BIN SULAIMAN
KHATIJAH BINTI BIDIN
KAMARIAH BINTI ABU BAKAR
RAMLAH BINTI YUSUF

………………………........... …………......…………. . …….………………....


(NORIZAN BINTI MANSOR) (SAFWAN BIN ISMAIL) (HALIM BIN YAHYA)
Setiausaha Penaja Pengerusi Penaja Guru Penasihat
Kelab Memancing Kelab Memancing Kelab Memancing
SMK Pulau Satu SMK Pulau Satu SMK Pulau Satu

Tarikh: 09 JANUARI 2008


SMK
PULAU SATU
42700
BANTING
SELANGOR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU SATU,
42700 BANTING, SELANGOR
Rujukan Tuan :
Ruj kami : SMKPS/KOKU/ 02/(20)
Tarikh : 16 Januari 2008

Kepada;
Encik Halim bin Yahya
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting, Selangor.

Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya
melalui Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42,No. 11, Tambahan No.21, Perundangan
(A): P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, sukacita dimaklumkan saya telah meluluskan
penubuhan KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU berkuatkuasa mulai 03 Januari
2008 HINGGA 31 DISEMBER 2008

2. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberi kepada saya mengikut Peraturan 8
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jil.42,No. 11, Tambahan No.21, Perundangan (A): P.U(A) 196 bertarikh
21 Mei 1998, maka saya dengan bangga dan sukacitanya melantik tuan menjadi Guru
Penasihat kepada Kelab Memancing SMK Pulau Satu berkuatkuasa mulai tarikh surat ini.

3. Dengan perlantikan ini tuan secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan dan
kegiatan Kelab Memancing SMK Pulau Satu. Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk
menyelia, menyelenggara, mengawal dan mengurus kebajikan dan keselamatan ahli Kelab
Memancing SMK Pulau Satu semasa menyertai aktiviti dan program di dalam atau di luar
kawasan sekolah.

Kesediaan dan kesanggupan tuan menerima perlantikkan ini amatlah dihargai dan
diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut Perintah,

(IBRAHIM BIN WAN SANI)


Pendaftar Kelab Dan Persatuan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting, Selangor.
SMK
PULAU SATU
s.k. -BANTING
Fail Timbul
42700

SELANGOR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU SATU,


42700 BANTING, SELANGOR
Rujukan Tuan :
Ruj kami : SMKPS/KOKU/ 02/(21)
Tarikh : 16 Januari 2008

Kepada;
Norizan binti Mansor
Setiausa Penaja,
Kelab Memancing SMK Pulau Satu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting, Selangor.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU

Merujuk surat tuan KMSMKJug. 02/05/(01) bertarikh 11 Januari 2008 dinyatakan bahawa
dengan kuasa yang diberikan kepada saya, berdasarkan Peraturan (4) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia
Jil.42,No. 11, Tambahan No.21, Perundangan (A): P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998,
sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan KELAB MEMANCING SMK
PULAU SATU adalah diluluskan berkuatkuasa mulai 03 Januari 2008

2. Sehubungan itu, dipohon kerjasama pihak tuan agar mengadakan Mesyuarat Agung
Penubuhan secepat mungkin dan serahkan maklumat di bawah untuk disahkan:
2.1 Perlembagaan Kelab Memancing SMK Pulau Satu.
2.2 Aktiviti Asas Kelab Memancing SMK Pulau Satu.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Kelab Memancing SMK Pulau Satu.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(IBRAHIM BIN WAN SANI)


Penolong Pendaftar Kelab Dan Persatuan,
Sekolah MenengahKebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting, Selangor.

s.k. - Fail Timbul

KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU,


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU SATU,
42700 BANTING.

Borang Permohonan Menjadi Ahli

A. Maklumat Peribadi Menjadi Ahli:


1. Nama Penuh(Gunakan Huruf Besar):..............................................................................................

2. Jantina:................................................................3. Tarikh Lahir: ..................................................

4. Nombor Kad Pengenalan:


- -
5. Tingkatan:...............................................................

6. Nama Penuh Ibu bapa/Penjaga (Gunakan huruf Besar) ...............................................................

.......................................................................................................................................................

7. Alamat Tempat Tinggal: ................................................................................................................

........................................................................................................................................................

8. Nombor telefon rumah:........................................9. No.Telefon bimbit penjaga:.................................

B. Pengakuan Permohonan:

1. Saya yang bernama di atas memohon menjadi ahli Kelab Memancing SMK Pulau Satu.

2. Permohonan ini dikemukakan atas kerelaan saya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

3. Untuk pertimbangan, saya dengan penuh keikhlasan mengaku akan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan
dan Peraturan-Peraturan Kelab Memancing SMK Pulau Satu , khususnya Artikel 9 hingga 12 yang berkaitan
dengansyarat-syarat keahlian dan hak serta kewajipan ahli.

4. Saya juga akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa selagi peraturan itu
tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Negara.

Tandatangan pemohon:........................................................................

Nama: (...................................................................................................... )

Tarikh :.....................................................

C. UNTUK KEGUNAAN URUS SETIA PENDAFTARAN SAHAJA.

Permohonan DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

No.Pendaftaran Keahlian:..............................................................

Tandatangan Setiausaha : ............................................................

Cop Jawatan :

SMK
Tarikh
PULAU SATU : .....................................................................
42700
BANTING
SELANGOR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU SATU,
42700 BANTING, SELANGOR
Tarikh : 18 Januari 2008

Kepada;
Yang Berbahagia,
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting, Selangor.

Tuan,

MENERIMA LANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT KELAB MEMANCING SMK


PULAU SATU

Dengan hormatnya perkara di aras dirujuki berasaskan surat tuan SMKPS/KOKU/ 02/(20)
mengenai perkara yang sama bertarikh 16 Disember 2008.

2. Telebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada pihak tuan kerana melantik saya sebagai Guru Penasihar Kelab Memancing SMK
Pulau Satu berkuat kuasa 03 Januari 2008 HINGGA 31 DISEMBER 2008.Seksyen 123(2)
dan 135 (2) Akta Pendidikan 1996

3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai
sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya dan berikrar akan
menumpukan segala upaya dan tenaga untuk menunaikan dan melaksanakannya.

4. Saya fahamm bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan
tugas, kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan
tindakan mengikut Subseksyen 135(1) dan 135 (2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4
dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HALIM BIN YAHYA)


Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting, Selangor.

s.k. - Fail Timbul

Kelab Memancing SMK


Pulau Satu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu, No. Tel : 03-33221808
42700 Banting, Kuala Langat.
Ruj kami : KMSMKPS. 02/05/(03)
Tarikh : 14 Januari 2008
Kepada;
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting.
melalui :
Guru Penasihat,
Kelab Memancing SMK Pulau Satu,
SMK Pulau Satu.
Tuan,
PENEMPAHAN DEWAN BESAR UNTUK MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KELAB
MEMANCING SMK PULAU SATU 2008

Saya dengan segala hormat dan sukacitanya menyatakan bahawa KELAB MEMANCING
SMK PULAU SATU akan mengadakan mesyuarat di atas mengikut ketetapan di bawah;

Tarikh : 22.01.2008 (Selasa)


Masa Bermula : 2.30 petang
Jangkaan Tamat : 4.30petang
Pengerusi Mesyuarat : Encik Safwan bin Ismail
Setiausaha Mesyuarat : Cik Norizan binti Mansor
Bilangan Ahli Mesyuarat : 50 orang

2. Sehubungan itu pihak kami berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran
penggunaan dewan tersebut. Kami akan menjaga kebersihan dewan selepas mesyuarat
selesai dijalankan.

3. Segala budi baik yang pihak tuan berikan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN KELAB”

Saya yang menjalankan tugas,

(NORIZAN BINTI MANSOR)


Setiausaha Penaja Kelab Memancing,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting.
s.k.
1. GPK Kokurikulum
2. Guru Penasihat KMSMKPS
Kelab Memancing SMK
Pulau Satu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu, No. Tel : 03-33221808
42700 Banting, Kuala Langat.
Ruj kami : KMSMKPS. 02/05/(04)
Tarikh : 15 Januari 2008

Kepada:

.......................................................................................
Ahli Kelab Memancing SMK Pulau Satu.

Saudara / Saudari.,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU


KALI PERTAMA TAHUN 2008

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja Kelab Memancing SMK


Pulau Satu akan mengadakan mesyuarat di atas mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh : 22 JANUARI 2008 (Selasa)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Seri Intan, SMK Pulau Satu.

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Penerangan Perlembagaan Kelab Memancing.
2.3 Bincang Draf Aktivit Utama
2.4 Pemilihan Jawatankuasa KMSMKPS 2008
2.5 Menentukan kutipan derma keahlian
2.6 Hal-hal lain

3. Sehubungan itu, saudara/saudari dengan hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat


tersebut.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN KELAB”

Saya yang menjalankan tugas,

(NORIZAN BINTI MANSOR)


Setiausaha Penaja Kelab Memancing,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting.
Sk:
1. PK Kokurikulum
SMK Pulau Satu.
2. Guru Penasihat KMSMKPS

No. Tel : 03-33221808


Kelab Memancing SMK
Ruj kami : KMSMKPS. 02/05/(05)
Tarikh : 15 Januari 2008

Kepada:
Puan Salbiah binti Ahmad
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting.

Tuan.,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU


KALI PERTAMA TAHUN 2008

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja Kelab Memancing SMK


Pulau Satu akan mengadakan mesyuarat di atas mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh : 22 JANUARI 2008 (Selasa)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Seri Intan, SMK Pulau Satu.

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Penerangan Perlembagaan Kelab Memancing.
2.3 Bincang Draf Aktivit Utama
2.4 Pemilihan Jawatankuasa KMSMKPS 2008
2.5 Menentukan kutipan derma keahlian
2.6 Hal-hal lain

3. Sehubungan itu, tuan dengan hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.


Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN KELAB”

Saya yang menjalankan tugas,

(NORIZAN BINTI MANSOR)


Setiausaha Penaja Kelab Memancing,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting.
s.k.
1. Guru Penasihat KMSMKPS.

Kelab Memancing SMK


Pulau Satu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu, No. Tel : 03-33221808
42700 Banting, Kuala Langat.
Ruj kami : KMSMKPS. 02/05/(06)
Tarikh : 15 Januari 2008

Kepada:
Encik Halim bin Yahya
Guru Penasihat KMSMKPS,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting.

Tuan.,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PENUBUHANKELAB MEMANCING SMK PULAU SATU


KALI PERTAMA TAHUN 2008

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja Kelab Memancing SMK


Pulau Satu akan mengadakan mesyuarat di atas mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh : 22 JANUARI 2008 (Selasa)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Seri Intan, SMK Pulau Satu.

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Penerangan Perlembagaan Kelab Memancing.
2.3 Bincang Draf Aktivit Utama
2.4 Pemilihan Jawatankuasa KMSMKPS 2008
2.5 Menentukan kutipan derma keahlian
2.6 Hal-hal lain

3. Sehubungan itu, tuan dengan hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.


Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN KELAB”

Saya yang menjalankan tugas,

(NORIZAN BINTI MANSOR)


Setiausaha Penaja Kelab Memancing,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting.

Kelab Memancing SMK


Pulau Satu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu, No. Tel : 03-33221808
42700 Banting, Kuala Langat.
Ruj kami : KMSMKPS. 02/05/(07)
Tarikh : 15 Januari 2008

Kepada:
Encik Norhisham bin Abdul Rahman
Guru Penasihat KMSMKPS,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting.

Tuan.,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU


KALI PERTAMA TAHUN 2008

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja Kelab Memancing SMK


Pulau Satu akan mengadakan mesyuarat di atas mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh : 22 JANUARI 2008 (Selasa)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Seri Intan, SMK Pulau Satu.

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Penerangan Perlembagaan Kelab Memancing.
2.3 Bincang Draf Aktivit Utama
2.4 Pemilihan Jawatankuasa KMSMKPS 2008
2.5 Menentukan kutipan derma keahlian
2.6 Hal-hal lain

3. Sehubungan itu, tuan dengan hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.


Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN KELAB”

Saya yang menjalankan tugas,

(NORIZAN BINTI MANSOR)


Setiausaha Penaja Kelab Memancing,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting.

Kelab Memancing SMK


Pulau Satu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu, No. Tel : 03-33221808
42700 Banting, Kuala Langat.
Ruj kami : KMSMKPS. 02/05/(08)
Tarikh : 15 Januari 2008

Kepada

Pengetua,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU SATU,
42700 Banting.

Tuan,

MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KELAB MEMANCING SMK PULAU


SATU
KALI PERTAMA TAHUN 2008

Saya dengan segala hormat dan sukacitanya menyatakan bahawa KELAB MEMANCING
sekolah ini akan mengadakan mesyuarat di atas mengikut ketetapan di bawah;

Tarikh : 22 JANUARI 2008 (Selasa)


Masa Bermula : 2.30 petang
Jangkaan Tamat : 4.30petang
Tempat : Dewan SMK Pulau Satu

2. Sehubungan itu pihak kami berharap agar pihak tuan dapat hadir dan merasmikan
mesyuarat yang akan diadakan.

3. Segala budi baik yang pihak tuan berikan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN KELAB”

Saya yang menjalankan tugas,

(NORIZAN BINTI MANSOR)


Setiausaha Penaja Kelab Memancing,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting.

SMK
PULAU SATU
42700
BANTING
SELANGOR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU SATU,
42700 BANTING, SELANGOR
Rujukan Tuan :
Ruj kami : SMKPS/KOKU/ 02/(21)
Tarikh : 16 Januari 2008

Kepada
Setiausa Penaja,
Kelab Memancing SMK Pulau Satu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting, Selangor.

Tuan,

KELULUSAN PENGGUNAAN DEWAN BESAR SMK PULAU SATU BAGI TUJUAN


MESYUARAT AGUNG KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU 2008

Surat tuan KMSMKPS. 02/05/(03) bertarikh 14 Januari 2008 adalah dirujuki.

2. Pihak kami dengan ini memberi kelulusan Penggunaan Dewan Besar SMK Pulau Satu
bagi tujuan Mesyuarat Agung KELAB MEMANCING SMK PULAU SATU mengikut ketetapan
di bawah;

Tarikh : 22.01.2008 (Selasa)


Masa Bermula : 2.30 petang
Jangkaan Tamat : 4.30petang
Pengerusi Mesyuarat : Encik Safwan bin Ismail
Setiausaha Mesyuarat : Cik Norizan binti Mansor
Bilangan Ahli Mesyuarat : 50 orang

2. Sehubungan itu pihak kami berharap agar pihak tuan bertanggungjawab menjaga
kebersihan dewan selepas mesyuarat selesai dijalankan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(IBRAHIM BIN WAN SANI)


Pengetua,
Sekolah MenengahKebangsaan Pulau Satu,
42700 Banting, Selangor.

s.k. - Fail Timbul

Minit Mesyuarat Agung Penubuhan Kelab Memancing


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU SATU,
42700 BANTING, SELANGOR
KALI PERTAMA
Tarikh : 22 JANUARI 2008
Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SMK Pulau Satu

Kehadiran :

Bil Nama Tingkatan Bil Nama Tingkatan

1 Safwan bin Ismail 5A 26 Nazirul bin Farith 4D


2 Saiful bin Bahari 5A 27 Adnan bin Jamil 4D
3 Norizan binti Mansor 5A 28 Wahid bin Salam 4C
4 Siti Zubaidah binti Ghani 5B 29 Nordin bin Ramlan 4C
5 Norhamiza binti Awang 5C 30 Nadia binti Saifuddin 4B
6 Ahmad Saidi bin Jamil 5B 31 Marina binti Shaharuddin 4A
7 Kamal bin Ramli 5A 32 Mohd.Nor bin Jailani 4A
8 Othman bin Baba 5B 33 Kassim bin Taib 4D
9 Samad bin Abdullah 5C 34 Azrin bin Ismail 4D
10 Yahya bin Sulaiman 5D 35 Abdul Fatah bin Latifi 3A
11 Khatijah binti Bidin 4A 36 Hamdan bin Salleh 3B
12 Kamariah binti Abu Bakar 4A 37 Nasir bin Wahab 3B
13 Ramlah binti Yusuf 4A 38 Hamid bin Ahmad 3B
14 Samsinar binti Jusuh 4B 39 Mariyam binti Roslan 3B
15 Kamsani bin Minhat 4B 40 Hashim bin Redzuan 3C
16 Razak bin Hamid 4C 41 Munir bin Zahari 3C
17 Majid bin Khairul 4B 42 Rosli bin Yahya 3B
18 Saad bin Ghani 4C 43 Zailan bin Azhar 3C
19 Jamaluddin bin Alias 4D 44 Shamsuddin bin Harun 3C
20 Fatimah binti Ramli 4D 45 Azman bin Rani 3C
21 Maimunah binti Sabri 4D 46 Jamaliah binti Dahlan 3A
22 Farhan binti Daud 5C 47 Borhan bin Zamani 3A
23 Hasnah binti Shamsul 5C 48 Amira binti Kamaruddin A3
24 Siti Zaidah binti Kamal 5C 49 Idrus bin Baharuddin 3A
25 Siti Sarah binti Sawal 5D 50 Hafiz bin Amiron 3C

Turut hadir :
En Halim bin Yahya - Guru Penasihat Kelab Memancing SMK Pulau Satu
En Norhisham bin Abd Rahman - Guru Penasihat Kelab Memancing SMK Pulau Satu

Mesyuarat dipengerusikan oleh Saudara Safwan bin Ismail.

1. Ucapan Pengerusi.
1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.
1.2 Ucapan terima kasih kepada Cikgu Halim bin Yahya dan Cikgu Norhisham bin
Abdul Rahman selaku guru penasihat kelab ini.
1.3 Berharap agar ahli mesyuarat dapat membuat keputusan bagi penubuhan Kelab
Memancing SMK Pualau Satu.
Tindakan: Makluman.
2. Pembentangan Perlembagaan Kelab Memancing SMK Pulau Satu.
2.1 Setiausa Penaja Kelab Memancing SMK Pulau Satu membentangkan
Perlembagaan Kelab Memancing SMK Pulau Satu untuk disahkan dan
diterima(seperti dalam edaran).
2.2 Saudara Razak bin Hamid mencadangkan agar Perlembagaan Kelab
Memancing SMK Pulau Satu disahkan dan diterima.
2.3 Saudari Farhan binti Daud menyokong agar Perlembagaan Kelab Memancing
SMK Pulau Satu disahkan dan diterima.
2.4 Ahli mesyuarat mengangkat tangan tanda bersetuju dan menerima
Perlembagaan Kelab Memancing SMK Pulau Satu.
Tindakan: Makluman.
3. Pembentangan Aktiviti Utama Kelab Memancing SMK Pulau Satu.
3.1 Setiausaha Penaja Kelab Memancing SMK Pulau Satu membentangkan Aktiviti
Utama Kelab Memancing SMK Pulau Satu untuk disahkan dan diterima.
3.2 Saudari Siti Zaidah binti Kamal mencadangkan agar Aktiviti Utama Kelab
Memancing SMK Pulau Satu disahkan dan diterima.
3.3 Saudara Majid bin Khairul menyokong agar Aktiviti utama Kelab memancing
SMK Pulau Satu disahkan dan diterima.
3.4 Ahli mesyuarat mengkat tangan tanda bersetuju dan menerima Perlembagaan
Kelab Memancing SMK Pulau Satu.
Tindakan: Makluman.
4. Menentukan Kutipan Derma Keahlian Kelab Memancing SMK Pulau Satu.
4.1 Saudara Zailan bin Azhar mencadangkan Kadar Derma Keahlian Kelab
Memancing Pulau Satu RM 20.00 setahun.
4.2 Saudari Hasnah binti Shamsul menyokong cadangan Saudara Zailan.
4.3 Saudari Siti Sarah binti Sawal mencadangkan agar kadar derma keahlian Kelab
Memancing SMK Pulau Satu RM 10.00 setahun.
4.4 Saudara Jamaluddin bin Alias menyokong cadangan Saudari Siti Sarah.
4.5 Saudara Hamdan bin Salleh mencadangkan agar cadangan ditutup.
4.6 Saudara Azrin bin Ismail Menyongkong cadangan Saudara Hamdan agar
cadangan ditutup.
4.7 Undian telah dijalankan dan keputusannya cadangan Saudara Zailan bin Azhar
Kadar Derma Keahlian Kelab Memancing Smk Pulau Satu RM 20.00 setahun
telah diterima.
Tindakan: Makluman.
5. Pemilihan Jawatankuasa Kelab Memancing SMK Pulau Satu bagi tahun 2008.
Pemilihan dijalankan secara cadangan dan undian.
Keputusannya:
Pengerusi : Safwan bin Ismail

Naib Pengerusi : Saiful bin Bahari

Setiausaha : Norizan binti Mansor

Penolong Setiausaha : Siti Zubaidah binti Ghani

Bendahari : Norhamiza binti Awang

Penolong Bendahari : Ahmad Saidi bin Jamil

AJK : Kamal bin Ramli

Othman bin Baba

Samad bin Abdullah

Yahya bin Sulaiman

Khatijah binti Bidin

Kamariah binti Abu Bakar

Ramlah binti Yusuf

Pemeriksa Kira-kira: Zailan bin Azhar

Siti Sarah binti Sawal


Tindakan: Makluman.
6. Hal-hal lain.
6.1 Cikgu Halim bin Yahya selaku Guru Penasihat Kelab Memancing SMK Pulau
Satu mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Memancing SMK
Pulau Satu yang baru dilantik dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab
dengan penuh minat.
Tindakan: Makluman.
6.2 Saudara Othman bin Baba berharap ahli Kelab Memancing SMK Pulau Satu
dapat mengikut peraturan yang telah dipersetujui demi memajukan Kelab
Memancing SMK Pulau Satu.
Tindakan: Makluman.
6.3 Ucapan penangguhan Pengerusi
6.3.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli Kelam Memancing
SMK Pulau Satu yang telah memberi kepercayaan kepada beliau.
6.3.2 Beliau berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai pengerusi
dengan penuh komitmen.
6.3.3 Berharap dapat sokongan dari ahli dan tijuk ajar dari gurru penasihat
Kellab Memancing SMK Pulau Satu.
6.3.4 Memohon maaf jika terdapat kesilapan yang dilakukan sepanjang
mesyuarat dijalankan.

Tindakan: Makluman.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………. ………………………….
(NORIZAN BINTI MANSOR) (SAFWAN BIN ISMAIL)
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Memancing, Kelab Memancing,
SMK Pulau Satu, SMK Pulau Satu,
42700, Banting Selangor. 42700, Banting Selangor.

Tarikh disediakan : 30 Januari 2008.

(BERSAMBUNG DI CONTOH LENKAP KANDUNGAN FAIL BAHAGIAN 2)

You might also like