You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN BIL 1 / 2022/23

SK KOTA PERDANA

Tarikh : 22 Mac 2022

Hari : Selasa

Masa : 2.00 petang

Tempat : War Room SKKP

Pengerusi : GPK Kokurikulum

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan aluan penasihat

2. Pembentangan Carta Organisasi

3. Pengurusan Kelab dan Persatuan

4. Takwim

5. Hal-hal lain

6. Penutup

PERKARA 1 : UCAPAN ALUAN PENASIHAT

1.1 Penolong Kanan Kokurikulum (PKKo) mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang hadir ke mesyuarat pengurusan Kelab dan Persatuan kali pertama sesi
persekolahan 2022/23.

1.2 PKKo telah mewujudkan Jawatankuasa Kelab dan Persatuan untuk memfokuskan
sasaran pencapaian dari Kelab dan Persatuan lebih tersusun dan bersasar pada tahun
yang akan datang.

PERKARA 2 : PEMBENTANGAN CARTA ORGANISASI

1
2.1 Jawatankuasa Kelab dan Persatuan dianggotai oleh Kelab Bahasa, Kelab Kebudayaan,
Kelab Science Technology and Mathematics (STEM), Kelab Rukun Negara dan
Persatuan Agama Islam.

2.2 Cik Nurhidayah Binti Mohamed Hamidi telah dilantik sebagai penyelaras Kelab dan
Persatuan 2022/23.

Tindakan : Makluman / Penyelaras

PERKARA 3 : PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN

3.1 Kelab Bahasa mensasarkan sekurang-kurangnya 10 penyertaan di peringkat daerah, 10


di peringkat negeri dan 3 di peringkat kebangsaan.

3.2 Kelab Kebudayaan mensasarkan sekurang-kurangnya 10 penyertaan di peringkat


daerah, 10 di peringkat negeri dan 5 di peringkat kebangsaan.

3.3 Kelab STEM mensasarkan sekurang-kurangnya 15 penyertaan di peringkat daerah, 10


di peringkat negeri dan 10 di peringkat kebangsaan.

3.4 Kelab Rukun Negara mensasarkan sekurang-kurangnya 5 penyertaan di peringkat


daerah, 3 di peringkat negeri dan 3 di peringkat kebangsaan.

3.5 Persatuan Agama Islam mensasarkan sekurang-kurangnya 5 penyertaan di peringkat


daerah, 3 di peringkat negeri dan 1 di peringkat kebangsaan.

Tindakan : Semua Guru / Penyelaras

PERKARA 4 : TAKWIM

4.1 Beberapa program akan dilaksanakan sepanjang tahun 2022/23. Antaranya Program
Patriotisme, yang akan dijalankan dalam bulan kebangsaan, Program Kesenian dan
Program Ko-Akademik. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan : Makluman

PERKARA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada.

PERKARA 6 : PENUTUP

6.1 PKKo berharap apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan pada tahun 2022/23 ini.

2
6.2 Dengan ucapan terima kasih, PKKo menangguhkan mesyuarat pada jam 3.20 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………………….
(NURHIDAYAH BINTI MOHAMED HAMIDI)
Penyelaras Kelab dan Persatuan

s.k 1. Jawatankuasa Pasukan Unit Berunoiform


2. Fail Kokurikulum
3. Fail Peribadi

You might also like