You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KEJOHANAN MERENTAS DESA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAISURI


TAHUN 2022

Tarikh : 11 Mei 2022


Hari : Rabu
Masa : 1:15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN:

Semua hadir

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke
mesyuarat kali ini.

2. Perkara yang dibincangkan

2.1. Pembentukan Jawatankuasa Pengelola Membentuk Jawatan Pengelola Kejohanan


Merentas Desa peringkat sekolah (Sila rujuk kepada buku program).

Tindakan: Makluman semua guru

2.2. Penentuan Tarikh Kejohanan Merentas Desa akan diadakan pada:

Tarikh: 18 Mei 2022


Masa: 8.00 pagi
Tempat: Laluan sekitar SK Permaisuri
Tindakan: Makluman semua guru

3.Tugas dan Peranan Guru dan Ahli Jawatankuasa

3.1 Kejohanan sukantara adalah mengikut jawatankuasa kerja yang ditetapkan.


3.2 Pelantikan jawatankuasa kerja (sila rujuk kepada buku program).
3.3 Setiap guru telah diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing dan berkumpul di
tempat yang telah ditetapkan pada hari kejohanan.
3.4 Borang markah akan diberikan selepas ini dan satu taklimat ringkas kepada setiap
hakim penamat yang telah dilantik akan diberikan.
3.4 Mata akan dikumpul mengikut rumah sukan. Rumah sukan yang mempunyai ramai
pemenang akan mengumpul markah tertinggi.

Tindakan: semua guru

4. Kategori Kejohanan Merentas Desa

4.1 Sebanyak 4 acara akan dipertandingkan mengikut tahun iaitu:


4.1.1 Prasekolah
4.1.2 Lelaki Tahap 1
4.1.3 Perempuan Tahap 1
4.1.4 Lelaki Tahap 2
4.1.5 Perempuan Tahap 2

Tindakan: Makluman semua guru

5. Aturcara Kejohanan Merentas Desa

5.1 Atur cara Kejohanan Merentas Desa telah dirancang seperti yang dilampirkan.
5.2 Acara bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi.
(Sila rujuk kepada buku program)
Tindakan: Makluman semua guru

6. Anggaran Perbelanjaan

6.1 Kos perbelanjaan bagi Kejohanan Merentas Desa adalah seperti yang
dilampirkan. (Sila rujuk kepada kertas kerja)
6.2 Kertas kerja telah dihantar kepada pembantu tadbir sekolah.

Tindakan: Makluman semua guru


7. Hal-hal lain

7.1 Guru Besar mengharapkan agar Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah
dapat mencungkil lebih ramai atlit-atlit yang berbakat untuk mewakili sekolah.
7.2 PK Kokurikulum pula mengharapkan kerjasama semua guru untuk memastikan
kejohanan sukantara kali ini berjalan dengan lancar.

8. Ucapan Penangguhan

8.1 Pengerusi mengharapkan kejohanan pada kali ini berjalan lancar. Kerjasama dari
semua guru amatlah penting.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………. …………………………
(MUHAMMAD BIN ABAS) (NOR AZAMAN BIN CHE SOH)
Setiausaha Sukan, GPK Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Permaisuri Sekolah Kebangsaan Permaisuri

You might also like