You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BELIMBING

26030 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
cba5010.skbelimbing@gmail.com

MINIT MESYUARAT UNIT PUSAT SUMBER BIL. 1/2020

TARIKH : 8 JANUARI 2020 (RABU)


MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SK BELIMBING
KEHADIRAN :
1. En Zamri bin Zaini
2. Pn Rahilah binti Ontong
3. Pn Sharifah Norfarhan binti Syed Idrus
4. En Mohd Ridzuan bin Othman
5. Pn Shahirah binti Roslan
6. Pn Cik Erny Yusnira binti Mohd Yusoff
7. Cik Nor Azlin binti Abd Rashid
8. Cik Siti Aisyah binti Ab Hamid (Penyelaras / Setiausaha)
Tidak Hadir bersebab : TIADA
AGENDA :

BIL. PERKARA
1. Kata Aluan
2. Pengesahan Minit
3. Perkara Berbangkit
4. Fail PSS
5. Perancangan PSS Tahun 2020
6. Hal-Hal Lain
7. Penutup

1. Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang ke mesyurat unit PSS. Tujuan mesyuarat
diadakan adalah untuk membincangkan perancangan aktiviti PSS pada tahun 2020.
Mesyuarat dimulai dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah atas gabungan guru-guru PSS yang mantap
pada tahun ni sejajar dengan misi untuk menyemarakkan PSS. Justeru, semua
cadangan untuk penambahbaikan PSS demi mencapai misi tersebut akan
dipertimbangkan.
Makluman : Semua AJK

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Pencadang : Pn Shahirah Binti Roslan
2.2 Penyokong : En. Mohd Ridzuan Bin Yakub
Makluman : Semua AJK
3. Perkara Berbangkit
TIADA

4. Fail PSS
4.1 Pengerusi menyatakan bahawa guru PSS perlu menyimpan satu fail yang mana
didalamnya terdapat dokumen berikut:
i. Carta JK Induk
ii. Carta JK Kerja
iii. Carta JK Nilam
iv. Deskripsi Tugas Guru PSS
v. Takwim PSS 2019

4.2 Pengerusi mengharapkan agar segala dokumen berkaitan PSS akan disimpan
didalam fail tersebut dan mudah untuk diakses sekiranya diperlukan.

Tindakan : Semua AJK

5. Perancangan PSS Tahun 2020


5.1 Penyelaras membentangkan Perancangan PSS Tahun 2020.

5.2 Program Nilam


5.2.1 Pengerusi menyatakan bahawa Program Nilam akan diperkasakan pada
tahun 2020 bertujuan untuk memberi pengiktirafan bintang yang lebih baik
kepada murid-murid. Pengerusi meminta penyelaras untuk mengingatkan
murid-murid supaya menghantar buku nilam ke rak buku nilam yang telah
disediakan di PSS.
5.2.2 Mesyuarat diberitahu bahawa terdapat beberapa cara kutipan data nilam
akan dilaksanakan pada tahun 2019 iaitu:
i. Bacaan Nilam semasa waktu rehat
ii. Rakan Pembaca (Speaker’s Corner)
iii. Bacaan Nilam di dalam kelas
iv. Buku Nillam / Kad Nilam
5.2.3 Pelancaran Program Nilam akan diadakan pada bulan Februari.
5.2.4 Hadiah akan diberikan kepada pembaca Nilam yang terbanyak setiap bulan.
Hadiah yang dicadangkan untuk murid tersebut ialah ‘button badge’.
5.2.5 Anugerah Tokoh Nilam 2018 akan diberikan pada Hari Anugerah
Kecemerlangan.

Tindakan : Penyelaras PSS

5.3 Sistem Pinjaman Buku


5.3.1 Sistem pinjaman buku akan menggunakan cara manual iaitu menggunakan
kad pinjaman.
5.3.2 Pinjaman buku juga akan diperluas kepada semua guru dan
kakitangan sekolah.

5.4 Keceriaan
5.4.1 Pengerusi memaklumkan mesyuarat bahawa keceriaan PSS masih didalam
peringkat pelaksanaan dan akan dilakukan sepanjang tahun. Justeru itu,
semua guru diminta bekerjasama untuk menceriakan PSS.

Tindakan : Semua AJK

6. Hal-hal lain
6.1 PKP menyatakan hasrat untuk melihat PSS dinaiktaraf dan diceriakan.
Walaubagaimanapun, PKP menambah lagi, tiada gunanya PSS yang cantik andai
tidak dikunjungi oleh murid-murid. PKP dimaklumkan bahawa semua guru PSS
akan bersama-sama berusaha untuk menjadikan PSS suatu wadah dan one-stop
center untuk murid SK Belimbing dengan menjadikannya ceria dan menarik minat
mereka untuk mengunjungi PSS.
Tindakan : Semua guru

7. Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama
menjayakan Mesyuarat Unit Pusat Sumber SK Belimbing Bil 1/2020. Mesyuarat disudahi
dengan bacaan Surah ’al-Asr’.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 03.30 petang

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

.................................................................. .................................................................
(CIK SITI AISYAH BINTI AB HAMID) (PUAN MASNIZA BINTI KAMARUDDIN)
Penyelaras/Setiausaha Guru Besar
Unit Pusat Sumber SK Belimbing, 26030 Kuantan
SK Belimbing, 26030 Kuantan

You might also like