You are on page 1of 5

SK TAMAN TASIK JAYA,

70400 SEREMBAN

MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER SEKOLAH


BILANGAN 2/2021

Tarikh : 25 MEI 2021


Hari : Selasa
Masa : 3.00 petang
Pautan : Google Meet kediaman masing masing
KEHADIRAN:

BIL. NAMA JAWATAN

1. Pn Norlinda bt Basiron (Pengerusi)


2. Pn Norlinda bt Ibrahim
3. Pn Norkamisah bt Abdullah
4. Pn Naziah bt Md Zain
5. Pn Jamilah bt Ismail
6. En Ismail b Ibrahim
7. Siti Fadhliah bt Mokhtar
8. Pn Nazatulsyima bt Abdullah
9. Pn Azura bt Ghazally
10. Pn Norzalina bt Mohamad Nor
11. Pn Sakiah bt Kamat
12. Pn Nurul Ain bt Mazlan
13. Pn Nurnazatulshima bt Kamaruzaman
14. Pn Zainah bt Abd Rahman
15. Pn Azlin Hezri bt Rusli

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Pembentangan Khas

1
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Umul Kitab Al Fatihah.


1.2 Penolong Kanan Pentadbiran selaku Pengerusi Mesyuarat Pusat
Sumber Sekolah Bil 2/2021 mengucapkan salam dan terima kasih
kepada semua guru yang hadir.
1.3 Semua guru sebagai Ahli Jawatan Kuasa perlu saling bekerjasama
memastikan aktiviti yang sedang dan akan dirancang berjalan dengan
baik.
1.4 Keadaan semasa sekarang tidak mengganggu pengurusan Pusat
Sumber untuk bergerak dan merancang aktiviti sehingga akhir sesi
persekolahan 2021.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PSS BIL 1/2021

2.1 Minit Mesyuarat PSS Bil 1/2021 disahkan tanpa pindaan


Pencadang : Encik Ismail bin Ibrahim
Penyokong: Naziah bt Md Zain.

3 .0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Rujuk maklum balas Minit Mesyuarat Bil 2/2021

3.2 Para 5.1


Penyelaras memaklumkan hadiah Nilam sesi 2020 masih ada lagi di
PSS. Hadiah-hadiah ini perlu diuruskan dan diserahkan kepada
pemenang. Hadiah akan diserahkan semasa sekolah dibuka nanti.
Tindakan: Unit Nilam 2020
3.3 Para 5.3
Saluran Astro tidak dapat digunapakai semenjak ianya tidak
digunakan. Tindakan segera perlu dibuat untuk menghubungi pihak
Astro untuk membuat semula penyambungan siaran. Penyambungan
2
semula telah dibuat tetapi sebelum cuti pertengahan penggal
persekolahan tetapi disebabkan pandemik maka saluran ini perlu
dibuat semula penyambungan.
Tindakan: Unit Bilik Tayang/TV Pendidikan

3.4 Para 5.7


Pengerusi meminta Penyelaras menyatakan jumlah peruntukan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diperlukan untuk Program
Nilam bagi tahun 2021, jumlah tersebut akan dibentangkan di dalam
mesyuarat bersama PIBG. Penyelaras memaklumkan jumlah yang
diperlukan adalah sebanyak RM 3000 dan keperluan lain adalah
komputer untuk tujuan IQ Nilam. Masih dalam perbincangan dengan
pihak PIBG.
Tindakan: Guru Perpustakaan dan Media (Penyelaras)

4.0 PEMBENTANGAN KHAS


4.1 Kewangan Pusat Sumber Sekolah 2021
4.1.1 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) membentangkan jumlah
kewangan bagi tahun 2021 iaitu RM 90343.00 dan pengagihan peratus
penggunaan wang peruntukan adalah seperti berikut:
60% - Pembelian buku dan langganan majalah
20%- Aktiviti murid
25%- Peralatan
5% - Keceriaan
Makluman
4.1.2 Perolehan Bahan Buku dan Bukan Buku Perpustakaan
GPM memaklumkan nisbah buku adalah 1 murid:10 buah buku,
sekolah memerlukan 1:15, anggaran sebenar bilangan buku di
perpustakaan adalah sebanyak 9957 buah buku dan ABM 198 sahaja
seperti yang telah direkodkan. Disebabkan perpustakaan kekurangan
buku, perpustakaan menggunakan 60% daripada kewangan untuk
pembelian buku.
Makluman
4.2.2 Program Galakan Membaca
3
4.2.2.1 Senarai Program yang dijalankan
1. IQ NILAM dan E-NILAM
2. Laluan Iqrak
3. Jom Baca 10 minit
4. Pinjaman Buku Berkelompok
5. One Hour Quran - Surah Al-Mulk kerjasama dengan Panitia
Agama Islam.
6. Pertandingan Bicara buku kerjasama Panitia Bahasa Melayu
7. Jualan Kad Pinjaman buku Pusat Sumber.
Makluman
4.2.2.2 Penggumpulan DATA NILAM kali pertama mendapati hanya
130 orang murid sahaja mencapai satu bintang dalam program
NILAM. Ianya berpunca apabila murid membaca tetapi tidak
merekodkan bahan yang dibaca dalam borang NILAM. Oleh
yang demikian Guru Kelas Bersama pengawas NILAM akan
memantau dan memastikan setiap murid merekod bacaan
mereka.
Makluman
4.2.2.3 Program Satu hari Satu Buku akan laksanakan sepanjang
Perintah kawalan Pergerakan. Setiap hari Unit NILAM akan
berkongsi bahan dan akan disebarkan pada setiap kelas
melalui aplikasi WhatsApps. Murid dikehendaki merekod
bahan bacaan menggunakan Laman Web KPM ataupun
Google Form e-NILAM.

Tindakan : Penyelaras NILAM


5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Ketua unit SALC memohon untuk menukarkan ahli unit SALC Puan Natasha,
kerana Puan Natasha sudah memegang jawatan Ketua Panitia Bahasa
Inggeris. Cadangan digantikan dengan Cik Nazatul Shima. Pertukaran ini
adalah persetujuan semua ahli mesyuarat.
Makluman

4
5.2 Puan Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
Jawatankuasa PSS kerana menyediakan perancangan yang baik dan
diharapkan hasil adalah seperti yang dirancangkan. Aktiviti yang dirancang ini
akan memberi impak kepada murid-murid dan guru-guru.
Makluman
6. 0 PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.40 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………. ……………………..
(Norzalina bt Mohamad Nor) (Norlinda bt Basiron)
Setiausaha PK Pentadbiran
SK Taman Tasik Jaya SK Taman Tasik Jaya

You might also like