You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

MAJLIS GURU KAUNSELING RENDAH DAERAH GOMBAK


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH RENDAH DAERAH GOMBAK BIL. 1 TAHUN 2021

Tarikh : 4 Mei 2021 (Selasa)


Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : USTP Gombak

Kehadiran:

1. En. Sulaiman Bukhari bin Haji Amir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Hal Ehwal Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Gombak
2. Mahezan bin Baharom Shah (YDP MGK) SK Bandar Tasik Puteri
3. Mohd Rodze bin Ardzemi (Setiausaha MGK) SK Merbau Sempak
4. Zamani bin Othman (Bendahari MGK) SK Gombak Setia
5. Ahmad Saiful bin Mokhtar @ Ali SK Taman Setia
6. Amirul Amin bin Sa’aroni SK Bandar Baru Sungai Buloh
7. Najib Asri bin Nordin SK Sg Tua Baharu
8. Norfrizat b Dahari SK Seri Kundang
9. Siva Krishna Ranggasamy SK Taman Desa 2
10. Lew Shin Thong SJKC Kundang
11. Fong Xin Yee SJKC Kota Emerald
12. Norhazlina binti Abd Hamid Sk Kuang
13. Noraini binti Mohd Zain SK Taman Keramat 1
14. Nurnasrah binti Adalan SK Tasik Puteri 2
15. Parameswary Periasamy SJKT Batu Caves

Tidak hadir (bersebab):


1. Mohd Rodzi bin Md. Saud (NYDP MGK) SK Sungai Pelong
2. Norasikin binti Mohd Nor (Pen. S/U MGK) SK Tmn Melawati 2
3. Azrizal b Azemi SK Sungai Buloh
4. Mohd Salmi bin Mohd Sabri SK Bukit Rawang Jaya
5. Nurul Athirah SK Sinaran Budi

1.0 Ucapan Alu-aluan En. Mahezan bin Baharom Shah, Yang Dipertua Majlis Guru
Kaunseling Sekolah Rendah Daerah Gombak.
1.1 Mengalu-alukan kehadiran AJK MGK ke mesyuarat pada kali ini.
1.2 Memulakan mesyuarat dengan bacaan doa oleh En. Najib Asri bin Nordin
1.3 Memaklumkan mesyuarat diadakan bagi membincangkan pelaksanaan
program MGK (Rendah) bagi tahun 2021.
1.4 Memaklumkan PPD Gombak telah dipilih menjadi tuan rumah untuk Penataran
Minda Sihat Kebangsaan 2021 yang akan diadakan pada hari Khamis ini. AJK
yang terlibat untuk teknikal program tersebut adalah En. Mahezan, En. Zamani,
En. Ahmad Saiful dan En. Mohd Rodze.

2.0 Ucapan En. Sulaiman Bukhari bin Haji Amir, Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah, Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.
2.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.
2.2 Mengucapkan tahniah kepada AJK baharu dan lama yang dilantik membarisi
kepimpinan MGK bagi tahun 2021/2022.
2.3 Mengingatkan AJK supaya dapat seimbangkan kecemerlangan di peringkat
Gombak dan juga di sekolah. Hubungan GBK dengan Guru besar, barisan
pentadbir dan rakan guru di sekolah hendaklah dijaga baik.
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
2.4 Mengingatkan AJK dapat mengutamakan tugas hakiki di sekolah dan sentiasa
memberi kerjasama kepada pihak sekolah khususnya kepada Guru Besar.
2.5 AJK baharu yang dilantik diharapkan dapat belajar dan menuntut ilmu dan
mencontohi kecemerlangan AJK lama yang telah pun mencapai
kecemerlangan sehingga peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kecemerlangan ini harus diteruskan
2.6 Diharapkan AJK dapat menjaga nama baik daerah Gombak.
2.7 Mengingatkan AJK supaya mematuhi SOP berikutan kes COVID semakin
meningkat. Kes melibatkan murid sekolah telah dikenal pasti diperolehi oleh
murid daripada ibu bapa mereka yang ada hubung rapat dengan pesakit
COVID kemudiannya murid tersebut tetap pergi ke sekolah walaupun ibu bapa
mereka telah di kuarantin atau dijangkiti.
2.8 Memaklumkan pelantikan Gombak sebagai Tuan Rumah program Minda Sihat
Kebangsaan pada hari Khamis ini merupakan satu pengiktirafan oleh pihak
KPM. GBKSM diharapkan dapat mengikuti program tersebut secara langsung.
2.9 Berharap supaya AJK memanfaatkan kemudahan dan mendapatkan ilmu serta
kepakaran yang disediakan oleh USTP Gombak.
2.10 Kemahiran pengendalian program secara dalam talian yang diperolehi dan
dipelajari boleh diguna pakai dan dimanfaatkan walaupun pendemik COVID
telah berakhir kelak. Ini sedikit sebanyak dapat membantu menjimatkan kos
dalam penganjuran program khususnya melibatkan penyediaan makan, sijil
dan cenderahati jika ianya dijalankan secara dalam talian.
2.11 Mengingatkan mesyuarat pihak KPM sentiasa memantau kehadiran murid. 3
negeri yang berada di kedudukan terbawah yang dikenal pasti merekodkan
peratus kehadiran terendah akan dikehendaki melaporkan 3 daerah yang
mencatatkan peratus kehadiran terendah kepada pihak KPM.
2.12 Memaklumkan En. Aznul Khairi bin Hj Ahmad dan Dr Aziz bin Ismail
merupakan pegawai bertanggungjawab untuk pengurusan kes COVID di
peringkat PPD Gombak.
2.13 Mendoakan AJK sentiasa dilindungi daripada dijangkiti virus COVID 19
seterusnya dapat memberikan khidmat kepada anak didik.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


3.1 -tidak berkenaan-

4.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan


4.1 -tidak berkenaan-

5.0 Perkara-perkara berbangkit


5.1 -tidak berkenaan-

6.0 Perkara-perkara baharu


6.1 Sesi Suai Kenal barisan AJK MGK Baharu dilantik
7.1.1 Amirul Amin bin Sa’aroni daripada SK Bandar Baru Sungai Buloh
sebagai Setiausaha
7.1.2 Nurul Athirah daripada SK Sinaran Budi sebagai Bendahari (tidak
hadir)
7.1.3 Norfrizat b Dahari daripada SK Seri Kundang sebagai AJK
7.1.4 Fong Xin Yee daripada SJKC Kota Emerald sebagai AJK
7.1.5 Nurnasrah binti Adalan daripada SK Tasik Puteri 2 sebagai AJK

6.2 Perancangan Program / Aktiviti 2021


7.2.1 Memaklumkan Program yang telah berjaya dilaksanakan di awal
tahun 2021 adalah seperti:
i. Motivasi Semarak Kecemerlangan
ii. Pembinaan Poster menggunakan Canva for Education
iii. Bengkel Penggunaan Streamyard
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
7.2.2 Mencadangkan program melibatkan murid dan guru dilaksanakan
seperti berikut:
i. PRS Bongsu (Murid)
 Penyelaras Pn. Noraini binti Md Zain
 20 Mei 2021 - Mesyuarat AJK
 Jun - Penataran dan Taklimat kepada Guru.
 24 dan 25 Jun Bengkel Modul PRS bertempat
di USTP
 Pelaksanaan secara dalam talian

ii. Madah Intelek Gombak 2021 - MiG21 (Murid)


 Penyelaras En. Zamani dan En Siva
 Tarikh program akan ditetapkan setelah berbincang
dengan En Yasir.
 Noraini binti Md Zain
 20 Mei 2021 - Mesyuarat AJK
 Pelaksanaan secara dalam talian

iii. Bengkel Pembinaan Video menggunakan Mocrosoft


Powerpoint (Guru)
 Penyelaras En. Zamani dan En Siva
 Pelaksanaan secara dalam talian

iv. Program Bicara Kaunselor - Bingkisan Syawal (Guru)


 Penyelaras Pn. Noraini binti Md Zain dan En Amirul
Amin
 7 Mei 2021
 Panel Jemputan Tn Hj Sajoli bin Masdor.
 Lokasi PPD Gombak

7.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN


7.1 – tidak berkenaan-

8.0 Hal-hal lain


8.1 Memaklumkan jumlah kutipan tabung COVID 19 sehingga ini berjumlah
RM700.00.
8.2 Memaklumkan peruntukan sebanyak RM250 diserahkan kepada Pn. Noraini
untuk pengurusan program Bingkisan Syawal.
8.3 En. Siva memohon penjelasan dan penerangan berhubung isu rujukan murid
ke Unit Mekar hospital yang ditimbulkan oleh sesetengah GBKSM untuk
mendapatkan penyelesaiannya.
8.4 En. Sulaiman akan cuba merujuk dan membantu GBKSM untuk mendapatkan
maklumat berkaitan isu ini daripada pegawai berkenaan di PPDG.

9.0 Penutup
En. Sulaiman berharap agar semua AJK akan terus fokus dan dapat melaksanakan
semua keja buat kita di sekolah dan di peringkat daerah Gombak.

Mesyuarat ditangguhkan kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
Disediakan oleh :

....................................................
(AMIRUL AMIN BIN SA’ARONI)
Setiausaha
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (R)
Daerah Gombak

Tarikh: 19 Mei 2021

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like