You are on page 1of 4

Sejarah penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Bermula dengan pengambilan seramai 144 orang guru pelatih, Institut Pendidikan Guru
Kampus Perlis ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis pada tahun 1976. Ketika itu
dikenali sebagai Maktab Perguruan Kangar. Encik Abu Bakar Bin Don merupakan pengetua
pertama maktab ini. Tetapi, maktab ini dapat beroperasi hanya selama satu tahun sahaja,
apabila ianya dipindahkan ke Ipoh, Perak pada tahun 1977.
Di perak, maktab ini ditumpangkan di Maktab Perguruan Kinta selama satu penggal sahaja
(ketika itu masih menggunakan sistem penggal sebelum menggunakan istilah semester).
Manakala pada penggal kedua ianya telah dipindahkan pula ke sebuah sekolah menengah di
Kampong Manjoi dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh Baru. Di sinilah guru-guru pelatih
tersebut telah menamatkan pengajian dan telah ditempatkan di seluruh pelusuk tanah air pada
tahun 1978 untuk menabur bakti kepada negara.
Walaubagaimanapun, Perlis merupakan satu-satunya negeri yang belum mempunyai maktab
perguruan yang rasmi. Menyedari hal ini, pada tahun 1982, YB Datuk Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi (sekarang Tun), Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu telah bersetuju untuk
menubuhkan sebuah maktab perguruan di bumi Perlis. Atas ikhsan Kerajaan Negeri Perlis,
pada tahun 1996 sebidang tanah seluas 89.6 ekar di kawasan Behor Pulai, Mukim Sena,
Kangar telah diperuntukkan untuk tujuan pembinaan maktab tersebut. Kos keseluruhan
pembinaan maktab perguruan yang menggunakan nama Maktab Perguruan Kangar (MPK)
adalah sejumlah RM 55 juta.
MPK telah siap dengan sepenuhnya pada pertengahan tahun 1999. Pada 21 September 1999,
MPK telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (sekarang
Tun), Perdana Menteri Malaysia dalam satu upacara khas yang penuh gilang gemilang.
Semasa perasmian tersebut, beliau telah menamakan semula Maktab Perguruan Kangar
sebagai Maktab Perguruan Perlis (MPP) bagi mengelakkan kekeliruan dengan Majlis
Perbandaran Kangar yang juga menggunakan kata singkat yang sama iaitu MPK. Kini setelah
semua maktab perguruan dinaiktarafkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, MPP telah
dinamakan sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis mulai tahun 2007 dan kumpulan
pertama graduannya akan tamat pengajian pada tahun penghujung tahun 2010.

Tempat dan lokasi Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis


Institut Perguruan Perlis terletak di negeri
Perlis

Indera

Kayangan.

Perlis

adalah

merupakan merupakan sebuah negeri yang


terkecil sekali di malaysia dan terletak di
utara tanah air. Institut ini terletak di Behor
Pulai, Mukim Sena, Kangar, Perlis. Masa
yang diambil untuk sampai ke institut ini
dengan teksi atau kereta dari bandar
Kangar adalah selama 15 minit sahaja. Di
sekitar institut ini terdapat beberapa buah
institusi

pendidikan

lain

seperti Institut

Latihan Perindustrian, Bahagian Teknologi


Pendidikan

Cawangan

Perlis,

Sekolah

Menengah Tuanku Syed Putra dan Sekolah


Kebangsaan Sena.

Kemudahan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

VISI
"Institut pengajian tinggi unggul meneraju kecemerlangan pendidikan guru

yang

memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia"


MISI
"Melaksana program pendidikan guru untuk melahirkan guru profesional, kompeten
dan
berwatak yang bersedia menjunjung aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta
menyanjung warisan budaya Negara"

Negaraku

Negeri Perlis

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Negeri Perlis
Amin.. Amin.. Yarabaljalil
Doa Hamba yang sangat zalil
Tinggikan Daulat Serta Adil
Kekal Perintah Jamalulail

IPG Malaysia
Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG

Pendidikan teras kemajuan


Pendidik bunga bangsa
Bergerak penuh daya
Bersama berusaha
Mendidik penuh mesra
Cemerlang terus jaya
Di bidang akademik
Sosial dan masyarakat
Kitakan ceburi
Jujur dan dedikasi
Menuju cita murni
Pendidikan teras kemajuan
Itulah pegangan dan harapan
Demi bangsa dan negara
Kita bina bersama
Tingkat keupayaan
Demi kecemerlangan
Harumkanlah nama
Dikenali semua
Ipg Kampus Perlis

You might also like