You are on page 1of 12

LAPORAN BIRO PENGANGKUTAN

AHLI JAWATANKUASA YANG BERTUGAS : 1) Amirul Amin Bin Saaroni


2) Hong Jia Yi
3) Ahmad Aliuddin Bin Shaharin

1.0 PENDAHULUAN
Pada tarikh 19/2 - 20/2 tahun 2016, pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Jelempok,
Arau datang bagi memulakan Program Kembara Ilmu Menuju ke Puncak di IPG Perlis.
Program tersebut bermula pada jam 2.30 petang pada hari Jumaat dan berakhir pada
jam 11.00 tengahari pada hari Sabtu. Selaku ketua AJK Pengangkutan, saya dan rakanrakan bertanggungjawab bagi menyusun kenderaan pergi dan pulang pelajar-pelajar
SK Jelempok .

2.0 TUGASAN BIRO PENGANGKUTAN

SEBELUM PROGRAM
Sebelum program bermula, biro pengangkutan telah berjumpa untuk membuat
mesyuarat, rancangan dan taklimat tugasan tentang perkara yang perlu dilakukan oleh
AJK Pengangkutan. Oleh itu, kami telah menyenaraikan semua tugas yang berkaitan
lalu mengagihkan tugas secara sama rata kepada setiap AJK ,
Selaku ketua AJK Pengangkutan, saya telah berjumpa dengan Pn. Jesma Binti
Ismail bagi mendapatkan pengesahan mengenai tarikh yang ditetapkan. Selain itu, saya
juga sentiasa berhubung dengan AMT Program Kembara Ilmu Menuju ke Puncak agar
saya sentiasa peka dengan perubahan yang bakal terjadi bagi memudahkan urusan
yang mendatang. AJK Pengangkutan juga telah menghubungi pemandu bagi
mengingatkan tentang jadual perjalanan pada hari itu.

Perbincangan / mesyuarat yang dilakukan bersama AJK Pengangkutan

CADANGAN PROGRAM
Program dijalankan secara berfasa bermula pada 19 Februari 2016 dan berakhir pada 14 Mei
2016

TARIKH/FASA
19/2/2016 (FASA I)
20/2/2016

MASA
2.30 PETANG HINGGA 11.00 TGH 20/2/2016 (ARK)

24/2/2016 (FASA 2)

2.30-5.00 PETANG Ice Breaking / Kem. Belajar Tahun


6

02/03/2016 (FASA 3)

2.30-5.00 PETANG -) Suka Matematik (Tahap 2)

05/03/2016

MOTIVASI (IBU BAPA/GURU/MURID Tahun 6)

09/03/2016 (FASA 4)

2.30-5.00 PETANG Mate / Pemulihan

24/03/2016 (FASA 5)

2.30-5.00 PETANG Suka Bahasa Melayu (Tahap 2)

30/03/2016 (FASA 6)

2.30-5.00 PETANG BM/ Pemulihan

06/4/2016 (FASA 7)

2.30-5.00 PETANG BI

13/4/2016 (FASA 8)

2.30-5.00 PETANG - Mate/ Pemulihan

20/4/2016 (FASA 9)

2.30-5.00 PETANG - BM/ Pemulihan

04/05/2016 (FASA 10)


21/5/2016

2.30-5.00 PETANG BI
PENUTUPAN/PERSEDIAAN MENGHADAPI/KHIDMAT
MASYARAKAT PEPERIKSAAN Tahun 6

Jadual asal setiap fasa dan tarikh yang ditempah bas / coaster / van

SEMASA PROGRAM

Selaku AJK Pengangkutan, kami sentiasa menghantar 2 orang wakil ke setiap program
bagi berurusan dengan pemandu bas, coaster atau van untuk pengangkutan pergi dan
pulang sebelum bermulanya program atau fasa dan setelah berakhirnya program atau
fasa pada hari itu. Kami akan menghubungi pemandu untuk mengingatkan tentang
jadual perjalanan sehari sebelum jadual ditetapkan dan pada pagi hari jadual tersebut.
Perkara ini perlu dilakukan kerana permintaan pemandu yang mungkin terleka dengan
jadual yang ada.

AJK Pengangkutan yang bertugas dan beberapa orang AJK lain yang berada di dalam
bas bagi mengambil murid-murid SK Jelempok di sekolah mereka.

Tiba di SK Jelempok

Membawa pelajar-pelajar SK Jelempok ke IPG Perlis, Kangar

SELEPAS PROGRAM
Setelah program tamat pada hari tersebut, kami akan menghubungi pemandu sejam
sebelum program dijangka berakhir bagi memudahkan urusan pemandu untuk
mengambil pelajar pulang ke SK Jelempok. Terdapat seorang pelajar yang pulang
dengan keluarga sendiri dan kami membenarkannya.kami membuat kiraan pelajar bagi
memastikan bilangan pelajar cukup sebelum bas bertolak pulang ke sekolah mereka.

Menghantar pelajar pulang ke sekolah mereka

3.0 PENUTUP
Setelah tamat fasa pertama, kami telah membuat post mortem segera secara ringkas
antara AJK Pengangkutan yang bertugas pada hari itu. Post mortem bertujuan untuk
memperbaiki

kelemahan

yang

terdapat

sepanjang

tugas

kami

sebagai AJK

Pengangkutan.

KEKUATAN
-

Bas dapat tiba mengikut jadual yang ditetapkan.


Pergerakan pelajar yang sangat mudah untuk diuruskan.
Pelajar juga membaca doa sebelum memulakan perjalanan disamping menyanyi
di dalam bas kerana keseronokan mereka untuk mengikuti program ini.

KELEMAHAN
-

Pelajar yang pulang dengan sendiri dengan keluarga kerana mereka masih
berada dalam tanggungjawab kita.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
-

Memastikan semua pelajar pulang dengan kenderaan yang disediakan

DISEDIAKAN OLEH
AJK BIRO PENGANGKUTAN

You might also like