You are on page 1of 2

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN Disediakan oleh: AHMAD IZZUDIN BIN ABDULLAH PISMP BM/PJ/KS1 Semester 5

Assalamualaikum W.B.T Syukur Alhamdulillah kami pelajar PISMP BM1 diberi ruang dan peluang untuk melaksanakan program Bina Insan Guru Fasa 5 . Program Bina Insan Guru Fasa 5 yang mencakupi Program Lawatan Penanda Aras yang disertai oleh pelajar PISMP BM/PJ/KS1 Semester 5 melibatkan seramai 20 guru pelatih dan seorang pensyarah pembimbing iaitu Encik Azaha Ibrahim di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Empat (4), Pasir Mas, Kelantan. Sebelum pelaksanaan program ini dijalankan, kami telah melakukan beberapa kali mesyuarat supaya segala aktiviti yang ingin dijalankan sepanjang program tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna. Saya diberi tugas selaku ahli jawatan kuasa pengangkutan. Program ini memerlukan pengangkutan untuk membawa pelajar seramai 20 orang untuk ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Empat (4) yang mengambil masa lebih kurang empat puluh lima minit dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Oleh itu, saya selaku Ahli Jawatankuasa Pengangkutan telah menjalankan tugas dengan jayanya di mana saya telah menempah bas di Pejabat Pentadbiran seminggu lebih awal daripada tarikh program yang hendak dilaksanakan. Saya berbuat demikian bagi mengelak daripada tempahan perkhidmatan bas yang penuh pada tarikh tersebut. Kami bertolak pada pukul 7.00 pagi seperti yang dirancangkan dalam tentatif program dan pemandu bas memberi komitmen yang penuh mengikut masa yang telah di tetapkan. Secara tidak langsung, program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa merencatkan masa yang telah dirancang. Seterusnya, kami bertolak pulang pada pukul 1.30 tengah hari. Terdapat banyak pengalaman baru yang saya perolehi dalam

program ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Laporan disediakan oleh :

... (AHMAD IZZUDIN BIN ABDULLAH) AJK PENGANGKUTAN BINA INSAN GURU FASA V

You might also like