You are on page 1of 2

LAPORAN AJK KESELAMATAN

Pada 2 Julai 2018, kami telah menyertai satu program iaitu Program Bina Insan Guru
(BIG) yang bertempat di Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah. Program ini dijalankan selama 5
hari 4 malam dan berakhir pada 6 Julai 2018. Seramai 107 orang dari kumpulan PISMP
Ambilan Jun 2016 terlibat dalam program ini. Setiap pelajar guru dari setiap kelas telah
dibahagikan kepada ahli jawatankuasa masing-masing. Bagi memudahkan pembahagian
tugas, 7 kelas telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.
Kumpulan A terdiri daripada kelas TESL, Matematik dan Sains manakala Kumpulan B terdiri
daripada kelas Sejarah, Muzik, Pengajian Melayu dan Bimbingan dan Kaunseling. Saya
dipilih sebagai ketua AJK Keselamatan Kumpulan A.

SEBELUM AKTIVITI

Sebelum pergi ke BIG, kami telah menempah dan mendapat Peti Kecemasan dari
Unit Stor. Hal ini untuk memudahkan urusan menyediakan ubat-ubatan kepada peserta
program sekiranya menghadapi kecederaan dan sebagainya. Selain itu, kami juga
menyediakan jadual waktu rondaan malam. Setiap kumpulan rondaan malam terdiri
daripada 7 orang dan diberi masa meronda selama 1 jam bermula pada pukul 10.30 malam.
Setiap ahli kumpulan rondaan malam dan masa meronda adalah disusun secara spontan.
Kami juga belajar bahawa pelbagai cara memberi pertolongan kecemasan dalam situasi
tertentu.

SEMASA AKTIVITI

Semasa berada dalam aktiviti, kami menjalankan tugas iaitu memberi pertolongan
kecemasan kepada peserta yang bercedera kaki. Kami membalut kaki pesakit dengan cara
yang kami belajar sebelum itu. Pada sesi rondaan malam, saya telah bertanggungjawab
untuk berkorban masa tidur saya. Namun, ada sebahagian orang yang tidak menjalankan
tugas meronda seperti yang dipertanggungjawabkan. Kami memastikan tahap keselamatan
peserta berada dalam keadaan baik. Sebagai contoh, kami membawa peti kecemasan
semasa aktiviti kembara ke hutan. Hal ini untuk memberi pertolongan kecemasan jika
berlakunya sebarang kemalangan.
SELEPAS AKTIVITI

Setelah aktiviti-aktiviti Program Bina Insan Guru selesai dijalankan, didapati tidak ada
peserta yang mengalami kecederaan teruk. Semua telah berjalan dengan lancar dan
selamat. Peralatan yang telah digunakan juga telah diarahkan untuk simpan di tempat yang
selamat. Tuntasnya, ahli jawatankuasa keselamatan telah menjaga kebajikan para peserta
program dengan baik.

You might also like