You are on page 1of 17

Tajuk : Rangsangan dan gerak balas tumbuh-tumbuhan

Tujuan :

Untuk menguji kesan rangsangan cahaya, air dan graviti terhadap tumbuhan
dan gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan

Hipotesis :

Plumul tumbuhan kacang hijau akan bertumbuh ke arah cahaya dan


bertentangan dengan tarikan graviti. Radikel tumbuhan kacang hijau akan
bertumbuh ke arah tarikan graviti dan ke arah air.

Pengenalan :

Setiap organisma hidup akan bergerak balas terhadap rangsangan.


Tropisme merupakan gerak balas dalam bentuk pertumbuhan pada tumbuhan
seperti gerak balas hujung pucuk dan hujung akar ke arah atau menjauhi
rangsangan luar seperti cahaya, air, graviti dan sentuhan. Gerak balas hujung
pucuk dan hujung akar bertindak ke arah rangsangan ialah tropisme positif
manakala gerak balas hujung pucuk dan hujung akar bertindak menjauhi
rangsangan ialah tropisme negatif. Tropisme bergerak balas dengan
rangsangan dengan perlahan.

Terdapat 4 jenis tropisme iaitu fototropisme, geotropisme,


hidrotropisme dan tigmotropisme. Jenis tropisme yang berlaku bergantung
kepada jenis rangsangan luar yang dihadapi oleh tumbuhan. Fototropisme
ialah pertumbuhan bahagian tumbuhan akibat gerak balas terhadap cahaya.
Geotropisme ialah pertumbuhan bahagian tumbuhan akibat gerak balas
terhadap graviti. Hidrotropisme ialah pertumbuhan bahagian tumbuhan akibat
gerak balas terhadap air. Tigmotropisme ialah pertumbuhan bahagian
tumbuhan tertentu akibat gerak balas terhadap sentuhan atau apabila
bersentuh dengan objek seperti batang dan sulut paut tumbuhan pemanjat
bertumbuh dan membelit permukaan objek sebagai sokongan apabila
bersentuh dengan objek itu.

Tropisme amat penting terhadap tumbuhan. Fototropisme berlaku


supaya tumbuhan mendapat cahaya yang cukup untuk menjalankan proses
fotosintesis. Geotropisme berlaku supaya kedudukan tumbuhan di atas tanah
lebih stabil. Hidrotropisme berlaku supaya tumbuhan mendapat air yang
cukup. Tigmotropisme berlaku supaya tumbuhan akan mendapat sokongan.

Bahan : Kotak, air, kapas, kacang hijau, ketulan kalsium klorida

Alat radas : Plastisin, piring petri, bikar, kasa dawai

Prosedur :

1. Kapas diletakkan ke dalam satu piring petri dan air disiramkan ke atas
kapas. Tiga kacang hijau diletakkan ke atas kapas basah.
2. Piring petri tersebut dilabelkan A dan seterusnya diletakkan di tempat
rata yang menjauhi daripada tingkap.
3. Pemerhatian ke atas percambahan dan pertumbuhan plumul dan
radikel tumbuhan kacang hijau dicatatkan ke dalam jadual di bawah
setiap hari.
4. Air perlu disiram ke atas kapas setiap hari.

Rangsangan cahaya

1. Kapas diletakkan ke dalam satu piring petri dan air disiramkan ke atas
kapas. Tiga kacang hijau diletakkan ke atas kapas basah.
2. Piring petri tersebut dilabelkan B dan seterusnya diletakkan ke dalam
suatu kotak yang berlubang tepi.
3. Kotak tersebut diletakkan di tepi tingkap dan tempat berlubang
diletakkan menghadap tingkap yang merupakan sumber sinaran
cahaya.
4. Pemerhatian ke atas percambahan dan pertumbuhan plumul dan
radikel tumbuhan kacang hijau dicatatkan ke dalam jadual di bawah
setiap hari.
5. Air perlu disiram ke atas kapas setiap hari.

Rangsangan graviti

1. Satu piring petri disediakan dan dilabelkan C.


2. Kapas diletakkan ke dalam satu piring petri dan air disiramkan ke atas
kapas. Tiga kacang hijau diletakkan ke atas kapas basah.
3. Piring petri tersebut didirikan secara menegak dan dikukuhkan dengan
plastisin.
4. Pemerhatian ke atas percambahan dan pertumbuhan plumul dan
radikel tumbuhan kacang hijau dicatatkan ke dalam jadual di bawah
setiap hari.
5. Air perlu disiram ke atas kapas setiap hari.

Rangsangan air

1. Kapas diletakkan di atas dua kasa dawai dan air disiramkan ke atas
kapas. Tiga kacang hijau diletakkan di atas kapas basah.
2. Dua bikar disediakan dan dilabelkan D dan E masing-masing.
3. Air dimasukkan ke dalam bikar D manakala ketulan kalsium klorida
dimasukkan ke dalam bikar E.
4. Kedua-dua kasa dawai tersebut diletakkan di atas kedua-dua bikar
masing-masing.
5. Pemerhatian ke atas percambahan dan pertumbuhan plumul dan
radikel tumbuhan kacang hijau dicatatkan ke dalam jadual di bawah
setiap hari.
6. Air perlu disiram ke atas kapas setiap hari.

Keputusan :

Hari
2 4 6 8 10
Set
eksperimen
A Radikel mula Plumul dan Plumul Plumul
membentuk radikel bertumbuh bertumbuh
membentuk semakin yang sangat
panjang. panjang.
Radikel Radikel
bertumbuh ke bertumbuh
dalam kapas. lebih ke
dalam kapas.
B Radikel mula Plumul dan Plumul Plumul
membentuk radikel bertumbuh bertumbuh
membentuk. panjang dan lebih panjang
Plumul mula membengkok dan
bertumbuh ke arah membengkok
keluar dari cahaya. ke arah
lubang Radikel cahaya.
bertumbuh ke Radikel
dalam kapas. bertumbuh ke
dalam kapas.
C Radikel mula Plumul dan Plumul Plumul
membentuk radikel bertumbuh bertumbuh
membentuk. panjang ke panjang ke
Plumul mula atas. Radikel atas. Radikel
bertumbuh ke bertumbuh ke bertumbuh ke
atas. Radikel bawah. dalam kapas
bertumbuh ke dan arah ke
bawah. bawah.
D Tiada Tiada Radikel Radikel
perubahan perubahan membentuk. bertumbuh
E Tiada Tiada Hanya sebiji Radikel
perubahan perubahan kacang hijau kacang hijau
bercambah. itu yang
Dua biji bercambah
kacang hijau mula
yang lain bertumbuh.
tidak Dua kacang
bercambah. hijau yang
Radikel mula lain masih
membentuk. belum
bercambah.
Tanda menunjukkan makmal sains telah tutup pada hari berikut.
Perbincangan :

Dalam eksperimen ini, kita boleh mendapati bahawa percambahan dan


pertumbuhan ketiga-tiga kacang hijau masing-masing dalam setiap set
eksperimen adalah berbeza. Hal ini mungkin kerana setiap kacang hijau
mendapat kuantiti air yang berbeza untuk bercambah. Air merupakan salah
satu faktor yang mempengaruhi percambahan kacang hijau. Semakin cukup
air diserap, semakin cepat kacang hijau bercambah. Kacang hijau yang
lambat bercambah mungkin berada dalam keadaan kurang air.

Set eksperimen A berperanan sebagai bekas kawalan untuk set


eksperimen B dan C. Plumul bagi tiga buah tumbuhan kacang hijau tumbuh
dengan arah yang tidak tertentu. Keputusan ini menunjukkan plumul
tumbuhan kacang hijau adalah tidak dipengaruhi oleh apa-apa rangsangan
dan radikel yang bertumbuh ke dalam kapas basah menujukkan kesan gerak
balas tumbuhan terhadap rangsangan graviti. Pemerhatian dalam set
eksperimen ini boleh dibandingkan dengan pemerhatian dalam set
eksperimen yang lain untuk menunjukkan jenis tropisme yang berlaku dalam
set eksperimen yang lain disebabkan oleh rangsangan yang berkenaan.

Set eksperimen B dijalankan untuk menguji fototropisme. Pemerhatian


dalam 10 hari terhadap pertumbuhan tumbuhan kacang hijau dalam set
eksperimen ini telah menunjukkan berlakunya fototropisme. Hal ini kerana
selepas 10 hari, ketiga-tiga buah plumul tumbuhan telah bertumbuh keluar
dari lubang di tepi kotak untuk mencari cahaya yang cukup untuk
menjalankan proses fotosintesis. Keputusan ini telah menunjukkan perbezaan
dengan pertumbuhan tumbuhan kacang hijau dalam set eksperimen A yang
tiada ketentuan arah. Plumul tumbuhan kacang hijau menunjukkan
fototropisme positif yang bertumbuh ke arah rangsangan cahaya manakala
radikelnya menujukkan fototropisme negatif.

Set eksperimen C dijalankan untuk menguji geotropisme. Pemerhatian


dalam 10 hari terhadap pertumbuhan tumbuhan kacang hijau dalam set
eksperimen ini telah menunjukkan berlakunya geotropisme. Hal ini kerana
selepas 10 hari, dua buah plumul tumbuhan telah bertumbuh ke arah atas
manakala radikel bertumbuh ke dalam kapas dan ke arah bawah. Kacang
hijau yang tidak bercambah mungkin disebabkan faktor kekurangan air.
Keputusan ini juga telah menunjukkan perbezaan dengan pertumbuhan
tumbuhan kacang hijau dalam set eksperimen A yang tiada ketentuan arah.
Plumul menunjukkan geotropisme negatif yang bertumbuh ke atas dan
menjauhi rangsangan graviti. Radikel menunjukkan geotropisme positif
dengan bertumbuh ke bawah iaitu ke arah rangsangan graviti.

Pembengkokan plumul dan radikal disebabkan hormon auksin.


Tumbuhan melakukan gerak balas tropisme dengan mengeluarkan hormon.
Auksin berperanan dalam pertumbuhan dan pemanjangan sel dalam plumul
dan menyekat pertumbuhan dan pemanjangan sel dalam.radikal tumbuhan.
Auksin berperanan penting dalam fototropisme dan geotropisme.

Apabila cahaya datang dari satu arah, lebih banyak auksin akan
berkumpul di bahagian plumul yang tidak menerima cahaya. Akibatnya, sel-
sel yang terdapat di bahagian yang mempunyai banyak hormon auksin akan
memanjang lebih cepat daripada se-sel yang terdedah kepada cahaya.
Plumul akan membengkok ke arah cahaya. Lebih banyak hormon auksin
akan berkumpul di bahagian radikal yang tidak menerima cahaya dan
menyekat pemanjangan sel radikal. Radikal akan bertumbuh ke bawah.

Dalam gerak balas geotropisme, auksin ditarik oleh graviti ke bahagian


plumul dan radikal yang paling hampir dengan tanah. Auksin yang terkumpul
pada bahagian plumul akan menyebabkan bahagian itu bertumbuh dengan
lebih cepat dan panjang. Auksin yang terkumpul pada bahagian radikal akan
menyebabkan bahagian itu bertumbuh dengan lebih lambat. Oleh itu, plumul
menunjukkan geotropisme negatif dengan bertumbuh ke atas manakala
radikal menunjukkan geotropism positif dengan bertumbuh ke bawah.

Set eksperimen D dan E dijalankan untuk menguji hidrotropisme. Set


eksperimen D berfungsi sebagai bekas kawalan set eksperimen E.
Pemerhatian dalam 10 hari terhadap pertumbuhan tumbuhan kacang hijau
dalam kedua-dua set eksperimen ini telah menunjukkan berlakunya
hidrotropisme. Ketulan kalsium klorida dalam bikar set eksperimen E
berfungsi untuk menyerap air dalam udara dan mewujudjkan keadaan yang
kekurangan air dalam bikar.
Dalam set eksperimen D dan E, kami telah gagal mendapat keputusan
seperti teori kerana radikel tumbuhan kacang hijau tidak bertumbuh ke arah
bawah dan kacang hijau sangat lambat untuk bercambah. Mengikut teori,
radikel tumbuhan kacang hijau dalam set eksperimen D bertumbuh ke arah
bawah yang mempunyai air manakala radikel tumbuhan kacang hijau dalam
set eksperimen E bertumbuh ke atas. Radikel bertumbuh ke atas kerana
hidrotropisme positif lebih kuat daripada geotropisme positif. Dalam
eksperimen, kami gagal mungkin kerana kasa kawai yang kami gunakan tidak
mempunyai ruang untuk radikel bertumbuh ke bawah. Kacang hijau yang
lambat bercambah mungkin disebabkan faktor kekurangan air. Air diserap
yang berlebihan dalam kapas telah mengalir ke dalam bikar dan
menyebabkan kapas lebih cepat untuk kering berbanding dengan kapas
dalam piring petri. Hal ini menyebabkan kekurangan air yang merupakan
faktor kacang hijau lambat untuk bercambah. Radikel yang bertumbuh ke
bawah menunjukkan hidrotropisme positif.

Dalam eksperimen ini, kapas perlu dibasahkan setiap hari. Kotak yang
berlubang perlu ditutup untuk memastikan cahaya hanya dapat masuk ke
dalam kotak melalui lubang.

Kesimpulan :

Plumul tumbuhan kacang hijau menunjukkan fototropisme positif dan


geotropisme negatif. Radikel tumbuhan kacang hijau menunjukkan
geotropisme positif. Dalam set eksperimen D dan E, kami gagal menunjukkan
radikel mempunyai gerak balas hidrotropisme seperti teori.
Lampiran :

Hari 2

Kacang hijau dalam set


eksperimen A dan B mula
membentuk radikel.

Radikel mula membentuk


dalam set eksperimen C.
Tiada perubahan pada
kacang hijau dalam set
eksperimen D dan E.

Hari 4

Plumul dan radikel mula


membentuk dalam set
eksperimen A dan B.
Plumul bertumbuh keluar
dari lubang.
Plumul dan radikel
membentuk dalam set
eksperimen C. Plumul mula
bertumbuh ke atas. Radikel
bertumbuh ke bawah.

Tiada perubahan pada


kacang hijau dalam set
eksperimen D dan E.
Hari 8

Plumul bertumbuh semakin


panjang dalam set
eksperimen A. Radikel
bertumbuh ke dalam kapas.

Plumul bertumbuh panjang


dan membengkok ke arah
cahaya dalam set
eksperimen C.
Plumul bertumbuh panjang
ke atas dalam set
eksperimen C. Radikel
bertumbuh ke bawah.

Radikel mula membentuk


dalam set eksperimen D.
Hanya sebiji kacang hijau
bercambah dalan set
eksperimen E. Dua biji kacang
hijau yang lain tidak
bercambah. Radikel mula
membentuk.
Hari 10

Plumul bertumbuh yang


sangat panjang dalam set
eksperimen A. Radikel
bertumbuh lebih ke dalam
kapas.

Plumul bertumbuh lebih


panjang dan membengkok
ke arah cahaya dalam set
eksperimen B.
Plumul bertumbuh panjang ke atas dalam
set eksperimen C. Radikel bertumbuh ke
dalam kapas dan arah ke bawah.

Radikel membentuk dalam set eksperimen D.


Radikel kacang hijau itu yang bercambah mula
bertumbuh dalam set eksperimen E. Dua kacang
hijau yang lain masih belum bercambah.
Rujukan

Gan, W. Y. (2012). Success Biology SPM. Selangor, Malaysia: Oxford Fajar.

Loh, S.L. & Audrey, M.A.L. (2007). Complete Text & Guide Bilingual Science
Form 2. Selangor, Malaysia. Arah Pendidikan Sdn.Bhd.

You might also like