You are on page 1of 8

TAJUK : KURSUS TANAMAN CHINESE CABBAGE PENGENALAN

Nama Saintifik : Brassica rapa Linn Famili : Cruciferae Asal : China Nama Lain : Kobis Cina (Chinese Cabbage)

Kobis Cina (Brassica rapa Linn) atau di panggil sebagai Chinese Cabbage merupakan sejenis sayuran daun dari keluarga CRUCIFERAE yang ditanam di malaysia. Sayuran ini berasal dari negara China dan merupakan hasil biakbaka semenjak tahun 1600 dulu dan kini ditanam di seluruh dunia sebagai sejenis sayuran sawi yang rangup, lembut apabila di celur atau dipanaskan dan sesuai untuk dijeruk. Nama lain bagi kobis cina seperti petsai, kobis cina (Malaysia, Indonesia), Kapis (Papa New Guinea), Pkkkat khaoli, Phakkat khaoyai (Thailand), pe-chaay (Cambodia), wong bok (Filipina), Kaad Chin (Laos) dan macam2 lagi. Tanaman kobis cina (Chinese Cabbage) ini luas di tanam di china (300,000 ha/tahun atau 27% pengeluaran dunia), Jepun (45,000 he/tahun), Korea (53,000 ha/tahun) dan Taiwan 8,000 ha/tahun. Di Asia Tenggara keluasan tanaman ini telah meningkat kerana ada kultiran baru yang sesuai dengan keadaan tropika terutama benih yang diimport dari China dan Taiwan. Kajian menunjukkan setiap 100 gram kobis cina mengandungi 95 g air, 1.2 g proten, 0.2 g lemak, 2.2 g kabohidrat, 0.5 g serat, 49 mg kalsium, 0.7 mg Ferous dan 38 mg Vitamin C tetapi Cuma 65 Kj tenaga.

Terdapat beberapa kultiran kobis cina iaitu seperti sawi (daun dan batang) dan jenis Rosset.

Chinese Cabbage Sawi

Chinese Cabbage (Kobis Cina) daun dan batang

Tanaman ini ditanam menggunakan biji benih yang bercambah 3 5 hari disemai. Benih yang dibeli adalah benih Hibrid diimport dari luar negara dan mempunyai bahan yang sangat tinggi. Dua cara menyemai biji benih adalah dengan cara menyemai dalam Seed tray yang mengandungi media Cocopeat atau tabur terus benih di atas batas. Di Ladang Encik Chang Kueh Kiong cara menyemai adalah dengan cara menggunakan Dulang (seed tray).

AMALAN KULTURA Penyemaian Biji benih Bahan bahan semaian seperti dulang semaian dan tanah organik disediakan untuk penyemaian biji benih Chinese Cabbage. Dulang semaian yang digunakan mempunyai 200 lubang kesemuanya. Sebanyak duabelas dulang semaian digunakan semasa penyemaian biji benih Chinese Cabbage untuk kursus ini. Tanah yang digunakan untuk menyemai biji benih Chinese Cabbage ialah tanah organik.

Biji benih Chinese Cabbage yang digunakan ialah biji benih yang diimport. Biji benih Chinese Cabbage yang digunakan.

Dulang seed traysemaian yang digunakan.

Tanah organik yang digunakan.

Langkah Langkah Penyemaian 1. Tanah organik diratakan di dalam dulang semaian. Tanah yang diratakan jangan diisi terlalu padat di dalam dulang semaian kerana ia akan menyukarkan pertumbuhan biji benih.

2. Selepas itu, biji benih Chinese Cabbage disemai ke dalam dulang semaian. Bahagian biji benih yang mengeluarkan akar ditanam ke dalam tanah organik. Jika bahagian yang mengeluarkan akar ditanam terbalik, biji benih tidak akan tumbuh. 3. Semasa penyemaian dilakukan, biji benih tidak boleh diletakkan ditapak tangan kerana haba yang dihasilkan oleh badan manusia menyebabkan benih tidak bercambah.

4. Setelah semua biji benih telah disemai, dulang semaian disiram sehingga betul betul basah dan air yang mencukupi untuk percambahan biji benih.

5. Selepas disiram, dulang semaian ditutup menggunakan kain kanvas untuk mengekalkan kelembapan tanah organik. Dulang semaian dibiarkan selama empat hari sebelum dipindahkan ke dalam rumah semaian.

Penyediaan Batas Membuat Batas 1. Batas sepanjang 117 kaki panjang, lebar 4 kaki 7 inci, tinggi batas adalah 6 inci manakala jarak di antara batas ialah 1 kaki 2 inci disediakan untuk menanam Chinese Cabbage. Dalam kursus ini, dua batas berukuran sama telah disediakan. Batas digembur sebanyak dua kali menggunakan bajak putar. Penggemburan yang pertama adalah untuk membentuk batas yang ingin digunakan manakala penggemburan yang kedua pula ialah untuk menghaluskan tanah supaya senang untuk membuat batas dan menanam Chinese Cabbage.

Penanaman Di Ladang 1. Anak benih dipindahkan ke batas setelah 8 hari atau 2 4 daun dibiarkan di dalam rumah semaian. Setiap batas ditanam dengan 1,200 anak benih (6 Tray) mengikut jumlah lubang yang dibuat.

2. Semasa penanaman dilakukan, anak benih yang dikeluarkan daripada dulang semaian dengan berhati hati supaya tidak mematahkan batang batang anak benih. Bahagian akar anak benih tidak boleh dipegang semasa penanaman dilakukan kerana tangan manusia yang panas boleh menyebabkan benih mati. Gambar menanam Chinese Cabbage

Ringkasan Aktiviti
Bil 1. 2. 3. Tarikh 8 Ogos 2011 9 Ogos 2011 12 Ogos 2011 Aktiviti/Kerja Merumput dan membersih batas Membajak batas dan peenyediaan batas Menyemai biji benih Catatan

4.

22 Ogos 2011 23 Ogos 2011 25 Ogos 2011 02 Sep 2011 12 Sep 2011 15 Sep 2011 22 Sep 2011 23 Sep 2011 24 Sep 2011 26 Sep 2011

Menanam anak benih ke batas (8 hari setelah di semai) Membaja Meracun serangga ulat, Vitamin dan membaja Membaja Membaja Menuai Menuai Menuai Menuai

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

12 Tray 2,400 Kali dengan 2 biji = 4,800 2 batas 1 batas 6 Tray 2,400 Anak benih = 4,800 NPK (12:12:17 + TE) Baja Organik , Nutra N-Phos Press dan Pictor 019 Baja Organik NPK (12:12:17 + TE) 62 Kg 7 Kg 80.5 Kg 49 Kg

PENYAKIT DAN PEROSAK Perosak Dan Penyakit Simptom Simptom Serangan Menyerang bahagian pucuk Chinese Racun Kaedah Kawalan Amistar dan Press

Cabbage. Menyebabkan daun pucuk digunakan di mana 25 L air Hamama berkerekot dan tidak berkembang. dicampurkan Pucuk seakan akan terbakar. dengan 5 cc

Amistar dan Press disembur pada dua batas.

Memakan daun dan menyebabkan Ulat Chinese Cabbage daun bergulung Daun berlubang dan berbintik-bintik Daun berlubang

Racun Pictor 019

disembur

jadi botak dan pada tanaman.

Baja Nutra-Phos N disembur Pada tanaman.

RACUN PEROSAK YANG DIGUNAKAN

BAJA DAN VITAMIN YANG DIGUNAKAN

RACUN YANG DIGUNAKAN UNTUK KAWALAN ULAT DAN SERANGGA GAMBAR ULAT DAUN

PEMASARAN Chinese Cabbage dijual mengikut harga pasaran kepada pemborong Encik Sin Fook Shin di mana 1 kg di antara RM 1.60 hingga RM 2.00 mengikut harga pasaran. Manakala Chinese Cabbage yang dijual kepada orang perseorangan (jual sendiri) dijual dengan harga RM 3.00 untuk setiap 1 kg. Sepanjang tempoh 4 hari penjualan, sebanyak 198.5 kg yang telah dituai dengan penjualan sebanyak RM 392.60. Hari Penjualan Dan Tarikh Hari pertama / 22 Sep 2011 Berat (kg) 56 kg (Pemborong) 6 kg (Jual Sendiri) Hari kedua / 23 Sep 2011 Hari ketiga / 24 Sep 2011 Hari keempat / 26 Sep 2011 7 kg (Jual Sendiri) 80.5 kg (Pemborong) 5 kg (Jual Sendiri) 44 kg (Pemborong) Jumlah keseluruhan 198.5 kg Jualan (RM) RM 89.60 RM 18.00 RM 21.00 RM 61.00 RM 15.00 RM 88.00 RM 392.60

Gambar Taukey Pemborong

You might also like