You are on page 1of 4

MY HEALTHY GARDEN

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LARUT

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LARUT


Kertas Kerja
Projek BAJA ORGANIK | daun sayur

Kelolaan:
MY HEALTHY GARDEN
SK. CHANGKAT LARUT
MY HEALTHY GARDEN
SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LARUT

3.0 Objektif
a) Mendedahkan kepada murid tentang pembuatan baja organik.
b) Memberi peluang dan pendedahan awal kepada murid mengalami sendiri
pembuatan baja organik.
c) Melahirkan murid yang minat mengkaji kelebihan alam sekitar.
d) Meningkatkan rasa kesedaran, nilai cintai alam sekitar, dan pentingnya menjaga
alam flora.
e) Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan murid.

4.0 Matlamat Projek


a) Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian dalam semula jadi.
b) Membolehkan murid belajar mengaplikasi hidupan dan alam semula jadi
melalui aktiviti yang dilaksanakan.
c) Menyebarkan maklumat mengenai teknik pembuatan baja organik dan
kelebihannya.

5.0 Pengenalan Baja Organik


a) Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang
mengalami proses Pereputan dan menghasilkan Nutrien.
b) Contoh baja organik asli termasuklah pupuk kandang, sluri, kompos cacing, gambut,
rumpai laut, kumbahan dan guano.
c) Terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk
darah, serbuk tulang dan pati rumpai laut. Selain itu, enzim protein cerna dan serbuk
ikan juga dianggap sebagai baja organik.
d) Biasanya baja organik terhasil daripada proses kitar semua bahan-bahan buangan
yang dikategorikan mengandungi kandungan Nitrogen, kalsium, phosphate, serta
molikul lain yang tersedia didalamnya.
e) Antara bahan sisa buangan tersebut seperti najis ternakan, sayuran, buahan, sisa
makanan, sisa tumbuhan yang sentiasa kita buang setiap hari.
MY HEALTHY GARDEN
SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LARUT

7.0 CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK | daun sayur


BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar

7.1 BAHAN-BAHAN
1. Pelbagai jenis daun sayur atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. 1 kg Gula Merah
3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat
4. Sebotol minuman Yakult.

NOTA:
i. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan
percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.
ii. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria
bertindak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam
daun-daun yang diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini
tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
iii. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata
dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
iv. Tong takungan pemeraman daun-daun sayur yang dicincang hendaklah diletak di
tempat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya
mata hari boleh mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan
dari daun-daun yang dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam
daun-daun yang diperam itu akan lebih berkualiti baja itu.

7.2 CARA MEMPROSES:


MY HEALTHY GARDEN
SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LARUT

i. Semua daun sayur dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.


ii. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang dicincang
tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
iii. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat.
iv. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
v. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
vi. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk
dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.

7.3 CARA PENGGUNAAN


i. Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air;
dijadiKan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur
sebanyak 2 kali seminggu.
ii. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan menjadi
kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi,
memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit
atau pokok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.

You might also like