You are on page 1of 2

SUBURNYA BUMIKU | BERTANI TANPA TANAH

Menanam Sayuran Tanpa Tanah

Kaedah hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tanpa tanah


iaitu hanya menggunakan air sahaja. Air tersebut dilarut dengan
nutrien dan mineral disalurkan kepada tanaman.
Penanaman melalui hidroponik dapat memberi faedah-faedah
berikut:-

1. sesuai bagi kawasan tanahnya terhad.


2. hasil tuaian lebih berkualiti
3. jangkitan penyakit dan rumpai mudah dikawal
4. diusahakan sepanjang masa
5. tidak memerlukan kerja pembajakan tanah dan penyediaan batas
6. bersifat mesra alam

Sayuran yang sesuai ditanam melalui kaedah ini adalah :-

 sayuran jenis berdaun – contohnya sawi. bayam, kailan dan


kubis
 sayuran jenis buah – contohnya tomato, timun, terung, dan cili
 tanaman jenis ulam – contohnya pegaga, pudina, dan ulam raja
BAHAN DAN ALATAN PERTANIAN TANPA TANAH
1. Kenal bahan dan alatan – bekas, penutup polisterin, benang, cawan plastik , biji
benih tanaman pisau lipat, sesiku L, gunting ,pensel set baja A dan B dan air.

LANGKAH-LANGKAH MENANAM MENANAM TANPA TANAH


1. Sediakan polisterin berdasarkan saiz yang sama dengan bekas yang
disediakan. Potong polisterin jika polisterin terlalu besar menggunakan pensel,
pembaris dan pisau. Berhati- hati apabila menggunakan pisau.
2. Tandakan ukuran yang ditetapkan diatas bekas menggunakan sesiku L dan
pensel bagi memudahkan pemotongan.
3. Buat satu garisan lurus diatas polisterin.
4. Potong Polisterin di bahagian tepi dengan berhati- hati.
5. Kemudian tebuk lubang diatas polisterin bagi tujuan memasukkan cawan plastic
kedalam polisterin.
6. Ambil saiz diameter (keliling) cawan tersebut dan tekapkan pada polisterin dan
tebuk polisterin dengan berhati-hati.
7. Tebuk 5 lubang pada polisterin dengan mengagak pada jarak yang bersesuaian
dengan menggunakan pisau. Berhati-hati ketika menggunakan pisau.
8. Sediakan 5 cawan plastik. Kemudian lubangkan sebanyak 10 ke 15 lubang pada
bahagian bawah cawan plastik bagi tujuan pengakaran .
9. Masukkan cawan plastik tersebut kedalam polisterin yang telah ditebuk.
10. Letak benang dalam cawan plastik untuk tujuan pengakaran.
11. Masukkan air ke dalam jumlah yang tertentu mengikut sukatan yang telah
ditetapkan.
12. Masukkan Baja A dan Baja B kedalam air mengikut sukatan.
13. Tutup bekas yang di isi air tersebut dengan polisterin yang telah dilubangkan
dan dimasukkan cawan plastik ke dalamnya.
14. Pastikan paras air di dalam bekas mencecah cawan plastik yang berisi benang,
15. Akhir sekali, masukkan biji benih sawi kedalam setiap cawan plastik yang berisi
benang (medium tujuan pengakaran). Selesai.

MAKLUMAT TAMBAHAN
 Pokok sawi memerlukan lebih kurang 1 bulan untuk mendapatkan hasilnya.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like