You are on page 1of 4

4.

0 LANGKAH-LANGKAH KERJA PEMBIAKAN YANG DIJALANKAN Keratan batang

Spesis Portulaca grandiflora ini merupakan jenis tanaman yang mempunyai batang yang tidak begitu kukuh. Antara langkah-langkah bagi pembiakan melalui keratan batang ialah:

1. Sediakan medium tanah yang sesuai digunakan bagi menanam pokok Portulaca grandiflora.

2. Bagi penyediaan tanah, masukkan tanah peroi,tanah gambut, dan pasir sungai dengan nisbah 3:2:1 ke dalam bekas dan kemudian sehingga semua bahan menjadi sebati. gaulkan

3. Pilih keratan batang yang sihat dan sesuai untuk ditanam.

4. Panjang keratan batang yang hendak ditanam adalah antara 12cm. 5. Potong keratan batang pokok secara menyerong. 6. Sediakan pasu bunga yang sesuai untuk menguji jarak antara pokok dan kesannya terhadap ketinggiannya.. Sediakan 3 pasu untuk menguji jarak 2cm, 5cm serta 10 cm. 7. Tanam keratan batang Portulaca grandiflora di dalam pasu dengan anggaran 2cm batang dimasukkan ke dalam tanah.

8. Tekan tanah di sekeliling pokok itu supaya menjadi padat. 9. Siram air kepada pokok yang ditanam dengan secukupnya sehinnga air keluar dari lubang di bawah pasu..

10. Letakkan pasu di tempat yang sesuai 11. Labelkan pasu bunga mengikut jarak yang ditanam.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Gunakan gunting yang tajam semasa memotong batang Pasu yang digunakan hendaklah berlubang di bawahnya supaya

air boleh mengalir keluar. Sebelum mengisi tanah, lubang-lubang padam pada pasu itu

hendaklah ditutup dengan sabut atau pecahan-pecahan pasu tetapi pastikan air dapat mengalir keluar dari lubang itu. Semasa menanam keratan batang, jangan dicucuk kerana

dikhuatiri keratan batang tersebut tercedera. Gunakan jari atau kayu bagi membuat lubang-lubang keratan/anak pokok tu. Tujuan menyiram air selepas menanam keratan batang pokok itu

ialah supaya tanah menjadi padat dan mampat. Siram pokok dua kali sehari dan jangan sekali-kali biarkan ia

kering. Pakai sarung tangan semasa menanam pokok ini kerana getahnya

beracun dan elakkan menyentuh getah pokok ini. Basuh tangan dengan air yang secukupnya untuk menghilangkan

getah pokok yang mungkin terlekat di tangan. Semua kerja-kerja pembiakan keratan/anak pokok hendaklah

dilakukan di bawah tempat yang redup atau di bawah rumah pokok.

You might also like