You are on page 1of 4

1.

0 LAPORAN AMALI PEMBIAKAN ASEKS KERATAN

1.0 Pengenalan

Pembiakan bermaksud keupayaan tanaman berkenaan menghasilkan zuriat atau benihnya


bagi membolehkannya menambah dan menyambung kehidupan spesiesnya di muka bumi
agar tidak pupus selamanya. Pembiakan aseks ialah pembiakan yang tidak melibatkan
induk jantan dan betina. Terdapat pelbagai kaedah pembiakan antaranya ialah
menggunakan keratan batang, daun, akar dan mata tunas. Pembiakan menggunakan
kaedah ini hanya menghasilkan anak pokok yang serupa seperti pokok induknya.

2.0 Objektif projek

2.1 Mendapat pokok yang seragam

2.2 Menanam keratan batang dalam bekas plastik

3.0 Bahan dan alatan yang digunakan

Bahan Alatan
Keratan Cangkul
Plastik hitam Sudip tangan
Medium Penyiram
Penapis

4.0 Cara pelaksanaan

4.1 Pemilihan keratan

Pilih ranting yang subur, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua untuk batang yang
hendak dibiak. Terdapat tiga jenis keratan batang iaitu keratan kayu keras, sederhana dan
lembut. Jenis keratan kayu sederhana dipilih iaitu keratan bunga kertas. Setelah memilih
keratan, keratan perlu dipotong serong dan buang daun-daun matang serta meninggalkan
beberapa helai daun di bahagian pucuk bagi mengelakkan kehilangan banyak air.

1
4.2 Campuran tanah

Pasir sungai adalah medium yang terbaik untuk pembiakan menggunakan keratan
batang kerana ia mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik, bersih, serta tidak
menghalang pertumbuhan akar baru. Nisbah medium yang digunakan ialah 3:2:2 iaitu 3
bahagian tanah peroi, 2 bahagian baja organik dan 2 bahagian pasir sungai.

4.3 Penanaman keratan

Setelah menyediakan medium dalam pasu buat lubang pada medium dengan
mencucukkan sebatang kayu. Tanam keratan batang ke dalam lubang secara menyerong
sehingga medium menutupi buku batang yang paling bawah sekali dan padatkan medium
disekelilingnya. Sebelum menanam lembapkan bahagian pangkal keratan. Selepas
menanam keratan, keratan perlu disiram.

2
4.4 Penjagaan

4.4.1 Keperluan Air

Setiap hari pada waktu pagi dan petang pokok perlu disiram bagi mengelakkan
kelembapan tanah. Jika hujan turun pada hari tersebut, pokok perlu disiram apabila
diperlukan bagi mengelakkan air bertakung dalam pasu. Medium tanah sentiasa lembap
dan tidaj menakung air.

4.4.2 Keperluan Cahaya

Pada awal, pokok ditanam ia diletakkan di tempat yang teduh. Setelah ia mula
bertumbuh ia memerlukan cahaya matahari yang lebih untuk menggalakkan pertumbuhan
bunga yang berterusan.

5.0 Rekod tanaman

Pokok yang ditanam dalam beg plastik ditumbuh dengan baik dan segar.

3
6.0 Kesimpulan

Pembiakan aseks meruapakan kaedah yang paling kerap digunakan oleh industri-
industri pembiakan tumbuhan hiasan dan landskap. Kaedah aseks ini, dapat menghasilkan
bilangan pokok yang banyak pada masa yang sama. Namun dengan menggunakan kaedah
ini, tidak dapat menghasilkan pelbagai variasi.

You might also like