You are on page 1of 4

2.

0 LAPORAN AMALI PEMASUAN

1.0 Pengenalan

Tanaman hiasan adalah tumbuhan yang ditanam untuk menghiasi sesuatu kawasan
bagi mweujudkan suasana yang ceria dan indah. Tanaman hiasan boleh ditanam di dalam
bekas seperti pasu atau ditanam terus di atas tanah. Tanaman hiasan ada yang berbunga
dan tidak berbunga. Biasanya, tanaman hiasan tanam di tempat-tempat yang agak
terlindung daripada cahaya matahari. Cara yang dipilih untuk menanam tanaman hiasan
ialah di dalam pasu. Proses penanaman dikatakan pemasuan. Tanaman yang dipilih untuk
membuat pemasuan adalah Trumpet Emas.

2.0 Objektif projek

2.1 Menggantikan medium yang tidak subur

2.2 Menggantikan pasu yang retak

3.0 Bahan dan alatan yang digunakan

Bahan Alatan
Pasu bunga Cangkul
Baja Sudip tangan
Bahan organik Penyiram
Tanah kebun Penapis
Pasir

4.0 Cara pelaksanaan

4.1 Pemilihan pasu

Pilih pasu yang sesuai dengan tanaman yang dipilih. Pasu yang diperbuat daripada
tanah liat yang bersaiz sederhana dipilih untuk menanam pokok Trumpet Emas. Pasu yang
dipilih harus mempunyai lubang dibawah bagi memudahkan air siraman lebihan keluar.

5
4.2 Campuran tanah untuk pasu

Tanah kebun atau tanah hutan digunakan sebagai medium untuk pemasuan. Nisbah
medium yang digunakan untuk pemasuan ialah 3:2:1 iaitu 3 bahagian tanah kebun, 2
bahagian baja organik dan 1 bahagian pasir sungai. Biasanya, reputan tanah gambut,
daun-daun reput atau kompos digunakan sebagai bahan organik dalam pemasuan.

4.3 Pemasuan

Pasu perlu dicuci bersih sebelum menanam bagi membuka liang-liang pada pasu
yang tertutup oleh kotoran dan mengelakkan penyakit. Selepas itu, dengan menggunakan
beberapa ketul batu tutup lubang air di dasar pasu dengan betul bagi mengelakkan tanah
keluar daripada lubang tersebut semasa menyiram. Kemudian, masukkan medium
mengikut campuran dan menanam pokok ke dalam pasu. Pastikan pokok tidak terlalu cetek
kerana pokok mudah bergoyang dan mati dan jika pokok ditanam terlalu dalam batangnya
mungkin akan reput.

6
4.4 Penjagaan

4.4.1 Keperluan Air

Setiap hari pada waktu pagi dan petang pokok perlu disiram bagi mengelakkan
kelembapan tanah. Jika hujan turun pada hari tersebut, pokok perlu disiram apabila
diperlukan bagi mengelakkan air bertakung dalam pasu. Medium tanah sentiasa lembab
dan tidak menakung air.
4.4.2 Keperluan Cahaya

Pokok ini boleh didedahkan kepada cahaya yang terlindung untuk kebaikanya.
Namun begitu, ia juga boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terik di kawasan luar
rumah.

4.4.3 Keperluan baja

Tujuan utama membaja ialah untuk membekalkan nutrient kepada tanaman hiasan.
Baja yang boleh digunakan ialah baja organik atau baja kimia. Setelah selesai kerja
membaja, tanaman perlu disiram bagi melarutkan baja dalam medium.

4.4.4 Menggembur

Menggembur bertujuan melonggarkan medium yang keras supaya akar dapat


menyerap air dan nutrien dengan lebih mudah. Seterusnya, medium yang digembur dapat
memudahkan akar menembusi dan membaiki pengudaran tanah.

7
4.4.5 Mengilatkan daun

Proses mengilatkan daun dilakukan supaya daun-daun sihat kelihatan licin berkilat
dan berwarna hijau. Bahan pengilat boleh digunakan terus apabila diperlukan. Proses
mengilat boleh dibuat 1-2 bulan sekali.

5.0 Rekod tanaman

Pokok yang ditanam dalam pasu ditumbuh dengan baik dan segar.

6.0 Kos projek

Bil Barang Harga


1. Pasu bunga RM 10.00
2. Baja kimia RM 5.00
Jumlah RM 15.00

7.0 Kesimpulan

Penanam tanaman hiasan dapat membantu seseorang untuk menghias halaman


rumah mereka dengan cara yang lebih mudah. Setiap individu boleh menjadikan ia sebagai
hobi mereka dan menambahkan udara segar di kawasan perumahan.

You might also like