You are on page 1of 8

PROJEK TANAMAN CILI

A.PENYEDIAAN BIJIH BENIH

1. Pakai sarung tangan getah dan pastika ketika menyediakan benih cili, jangan sentuh tangan pada kulit
atau mata.
2. Alas kertas di atas permukaan yang rata.
3. Belah cili sebagaimana gambar berikut. Biji cili terlekat pada tetulang di bahagian tengah sepanjang
buah cili. Pastikan cili yang terlerai jatuh ke atas kertas.

4. Asingkan tetulang daripada isi cili dan Kumpulkan biji dan tetulang cili di atas permukaan kertas.
Alih ke dalam bekas yang terdedah.

5. Jemur biji di tempat panas sehingga kering.


6. Apabila biji kering, asingkan biji dari tetulang cili dan simpan dalam bekas yang kering dan kedap
udara sehingga anda sedia untuk menyemai. Biji cili sedia dijadikan benih.

B. CARA MENYEMAI BENIH CILI DALAM TAPAK SEMAIAN


1. Langkah pertama sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini
dilakukan selama semalaman dan tujuan rendaman ini dilakukan untuk melembutkan kulit luaran
benih tersebut. Ini memudahkan proses percambahan berlaku dan akar baru akan muncul dengan
pantas. Dalam pada itu, air yang direndam ini boleh digunakan dari pelbagai sumber seperti air telaga,
air sungai, air paip, air tadahan hujan dan sebagainya. Dalam air rendaman tersebut campurkan
Chitosan untuk menggalakkan percambahan dan sebagai rawatan patogen yang menyerang pokok
cili seperti virus dan bakteria. Dengan menggunakan chitosan, risiko kerosakan pokok disebabkan
virus dan bakteria dapat dikurangkan. Bahkan, penggunaan chitosan ini bukan sahaja pada peringkat
semaian, namun, sepanjang musim penanaman kita boleh gunakan chitosan untuk langkah
pencegahan penyakit.

Nota: Chitosan boleh beli di kedai menjual baja pertanian/online shop

2. Langkah kedua, selepas rendaman selama semalaman, benih tersebut perlu ditapis menggunakan
penapis halus untuk menapis air rendaman yang terkandung chitosan. Sebelum menapis benih
tersebut, perhatikan seandainya wujud benih yang timbul. Asingkan benih yang timbul terlebih
dahulu sebelum proses tapisan dilakukan. Untuk makluman tambahan, air tapisan tersebut kita boleh
gunakan semula untuk proses siraman air pada Media Semaian (tanah tapak semaian) (Boleh gunakan
PeatMoss yang dijual dikedai pertanian) selepas kita pindahkan benih di dalam tray semaian. Jadi,
tidaklah hasil rendaman tersebut dibuang begitu sahaja, masih ada kegunaannya.

Nota: Bijih benih yang timbul adalah bijih benih yang tidak berkualiti/rosak. Jangan gunakan Biji
Benih yang timbul.

3. Langkah ketiga, selepas proses tapisan, ambil benih yang sudah diasingkan letak ke atas tisu untuk
tujuan pengetusan sementara. Ini sangat membantu kita dalam memindahkan biji benih ke dalam
lubang dulang semaian. Jika masih lembab, biji benih tersebut akan melekat pada tangan kita. Ini
akan menyebabkan proses pemindahan tersebut menjadi perlahan.

4. Langkah keempat, sementara menunggu benih tersebut dituskan, isi medium Media Semaian ke
dalam dulang semaian. Lagi mudah gunakan terus Peat Moss. Bahan ini diperbuat daripada lumut
kering yang banyak dihasilkan di Negara Belanda. Dalam pada itu, peat moss ini turut dikenali
sebagai tanah holland. Kaedahnya dengan meratakan permukaan dulang semaian dengan Media
Semaian tersebut. Tidak perlu dipadatkan, hanya cukup diratakan dan pastikan Media Semaian
memenuhi lubang dulang tersebut. Ada sebahagian Media Semaian tersebut dalam bentuk ketulan
yang besar dan keras, kita perlu hancurkan ketulan tersebut supaya menjadi serbuk yang halus. Ini
sebenarnya memberikan ruang kepada akar untuk tumbuh dengan sihat dan padat di dalam lubang
dulang semaian tersebut.

5. Langkah kelima, buat lubang kecil dibahagian tengah lubang dulang tersebut dengan menggunakan
jari telunjuk. Tidak perlu dalam, cukup sekadar satu ruas kuku. Pastikan lubang tersebut dibuat pada
bahagian tengah ya. Ini akan memastikan pertumbuhan anak pokok cili tersebut tegak dan seragam.
Tidak terlindung dengan daun anak pokok yang berdekatan dengannya.
6. Langkah keenam, setelah disemai, kambus kembali lubang tersebut dengan Media Semaian,
kemudian disiram dengan air. Tiada jenis air yang spesifik, boleh gunakan air paip biasa. Cuma
pastikan kaedah semburan tersebut adalah menggunakan pam semburan kabus (Gunakan Spray
halus). Jika disembur dengan tekanan yang tinggi, dikhuatiri akan terkeluar Media Semaian beserta
benih yang sudah dimasukkan ke dalam lubang dulang ini tadi. Sembur sehingga medium tersebut
basah sepenuhnya.
7. Langkah ketujuh, lapiskan surat khabar ke atas permukaan dulang yang sudah disiram. Basahkan
permukaan surat khabar ini dengan air yang sama. Ini untuk memastikan dulang semaian berada
dalam kelembapan yang sekata. Untuk pengetahuan, pada peringkat semaian ini yang paling
mustahak adalah faktor kelembapan. Kelembapan yang tidak stabil menjadi faktor penghalang
percambahan biji benih.
8. Langkah kelapan pula, plastik hitam sampah digunakan untuk membungkus keseluruhan dulang
semaian. Jika skala besar, kebiasaannya kita akan gunakan plastik silvershine untuk tujuan yang
sama. Kemudian, diletakkan di tempat redup. Elakkan daripada panahan cahaya matahari terus
kepada dulang semaian ini. Biarkan 5 sehingga 7 hari di kawasan redup. Hari ke-5 buat intaian pada
dulang semaian ini untuk melihat kadar percambahan biji benih.

9. Langkah kesembilan, seandainya sudah kelihatan pucuk-pucuk halus pada keseluruhan dulang,
plastik tersebut boleh dibuka sepenuhnya. Terus didedahkan pada cahaya matahari, dengan syarat
siraman air yang mencukupi. Medium Media Semaian perlu sentiasa lembap dan elakkan terbiar
kering. Media Semaian yang sudah kering sangat sukar untuk menyerap air semula. Bagaimana mahu
membezakan Media Semaian kering dan basah? Lihat pada permukaannya. Media Semaian yang
basah akan kelihatan bewarna kehitaman, manakala yang kering kelihatan coklat keperangan. Kadar
kekerapan siraman air adalah dua kali sehari, pagi sekali dan petang sekali
Nota: Jadual pembajaan bagi benih cili yang masih di dalam tempoh semaian adalah bermula dari
hari ke-15 sehingga hari ke- 30. Kadar kepekatan baja AB dalam julat 1.0-1.5 EC sahaja, dan hanya
diberikan pada waktu pagi. Pada waktu petang kita akan siram air biasa.

C. Penyediaan tapak semaian

Langkah Penyediaan Medium Semaian


1. Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran medium semaian.
2. Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah.
3. Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikut nisbah, 2 bahagian tanah loam (Tanah
Biasa), 1 bahagian bahan organik, 1 bahagian pasir sungai (Jangan gunakan pasir pantai). Bahan
Organic boleh gunakan Habuk Sabut Kepala atau Fibre Halus.
4. Campurkan dan gaulkan bahan tersebut semula.
5. Masukkan medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.

D. PENYEDIAAN MEDIA TANAMAN DI POLYBAG

-Saiz Polybag yang disyorkan


Bagi penanaman cili, dua jenis polibeg iaitu bantal dan tegak digunakan. Polibeg berwarna hitam bersaiz
21” x 13’’ bagi polibeg bantal dan 16’’ x 16’’ bagi polibeg tegak adalah disyorkan.
-Bahan-Bahan Media Tanaman Organik

Ada banyak jenis bahan yang boleh dimanfaatkan untuk membuat media tanaman samaada secara organik
atau kimia. Media tananam secara organik adalah lebih selamat.

a. Tanah (bahan utama)


Tanah yang baik untuk media tanaman sebaiknya diambil dari lapisan bagian (top soil). Secara umum
terdapat dua Jenis tanah iaitu tanah pasir dan tanah lempung. Tanah yang berpasir memiliki kemampuan
drainase yang baik, cepat mengalirkan air namun kelemahannya tanah tersebut kurang menyimpan air.
Sedangkan tanah lempung lebih sulit ditembus oleh air sehingga akan membuat air menakung dalam
media tanam. Tanah yang baik untuk media tanaman tidak terlalu berpasir dan tidak terlalu lempung
contoh tanah yang baik adalah tanah gambut dan tanah loam.

b. Kompos atau humus


Kompos merupakan bahan organik yang berfungsi sebagai penyedia unsur hara bagi tanaman. Kompos
yang digunakan untuk media tanam adalah kompos padat. Hampir semua jenis kompos padat boleh
digunakan sebagai bahan baku media tanam. Penambahan bahan-bahan organik seperti kompos atau
humus pada media tanam boleh memperbaiki struktur fizikal tanah. Kompos yang ditambahkan sebaiknya
berupa kompos yang telah matang.

c. Arang sekam atau sabut kelapa


Arang sekam merupakan hasil pembakaran tak sempurna dari sekam padi. Arang sekam berguna untuk
meningkatkan kapasiti porositas tanah. Penambahan arang sekam pada media tanaman akan memperbaiki
struktur media tanam kerana mempunyai partikel-partikel yang berpengaruh pada pergerakan air, udara
dan menjaga kelembaban. Manfaat arang sekam adalah boleh menetralisir keasaman tanah, menetralisir
racun, meningkatkan daya ikat tanah terhadap air, merangsang pertumbuhan mikroorganisma baik bagi
tanaman, menjadikan tanah gembur sehingga memperbaiki drainase dan aerasi tanah. Arang sekam lebih
baik dibanding sekam padi, kerana arang sekam sudah mengalami pembakaran yang boleh
menghilangkan bibit penyakit atau hama yang mungkin saja terikut. Selain arang sekam, boleh juga
digunakan sisa-sisa sabut kelapa (coco peat). Sabut kelapa mempunyai sifat seperti arang sekam. Media
tanam sabut kelapa sesuai digunakan di kawasan yang kering dengan curah hujan rendah. Sabut diambil
dari bagian kulit kelapa yang sudah tua.
-Cara membuat media tanam organik
Berikut ini cara-cara membuat media tanam polybag atau pot dengan menggunakan bahan baku yang
telah diterangkan.
Untuk membuat media tanam yang baik diperlukan unsur tanah, bahan pengikat ataupenyimpan air dan
penyedia unsur hara. Bahan baku yang akan digunakan dalam tutorial berikut adalah tanahtop soil,
kompos dan arang sekam. Berikut langkah-langkahnya:

i. Siapkan tanah yang terlihat gembur dan subur, lebih baik diambil dari bagian paling atas.
Kemudian ayak tanah tersebut hingga menjadi butiran-butiran halus.Pastikan tanah dalam
keadaan kering sehingga tidak menggumpal. Tanah yang menggumpal akan menyebabkan bahan-
bahan tidak tercampur dengan sekata
ii. Siapkan kompos yang telah matang, boleh dari jenis kompos biasa, bokashi atau kompos
takakura. Ayak kompos atau humus tersebut sehingga menjadi butiran halus.
iii. Siapkan arang sekam atau Sabut Kelapa Halus
iv. Campurkan tanah, kompos, dan arang sekam/ Sabut kelapa dalam sebuah bekas. Komposisi
campuran adalah 2 bahagian tanah, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian arang sekam/ Sabut
Kelapa(2:1:1). Aduk hingga sekata.
v. Siapkan pot atau polybag, masukkan campuran tersebut kedalamnya. Media tanam sudah siap
digunakan.

E. CARA MEMINDAHKAN ANAK POKOK KE POLIBAG

Perlu diingatkan bahawa kadar pertumbuhan pokok cili adalah sikat, sekitar 6 bulan di dalam pasu atau
polibag. Ini disebabkan oleh faktor pertumbuhan akar yang terhad selepas 6 bulan. Berbeza dengan
tanaman di atas batas yang boleh bertahan sehingga 7-9 bulan, bergantung pada penjagaan dan kawalan
yang berjadual. Oleh itu, atur jadual penyediaan benih pokok seterusnya supaya hasil pokok tidak putus.
Di dalam peringkat pindah tanam anak pokok ini, perkara yang perlu diambil kira adalah soal
kematangan pokok cili. Ini kerana, anak benih yang masih kurang matang mudah cedera dan mati ketika
dipindahkan. Berdasarkan morfologi (bentuk luaran) anak pokok cili, kita sudah dapat menafsirkan cirri-
ciri kematangannya:
i. Mempunyai sekurang-kurangnya 8 daun.
ii. Pangkal batang tunggalnya berubah warna keperangan.

Cara untuk menjaga pokok dalam tapak semaian.

a) Jaga Pencahayaan
Sepanjang tempoh 30 hari di dalam dulang semaian, anak pokok cili akan ditempatkan di dalam
rumah semai yang berbumbung telus cahaya. Ini bermaksud, dulang tersebut akan ditempatkan di atas
para, di dalam rumah yang ditutup rapi, berdinding dan berbumbung. Untuk tanaman kecil di rumah,
cukup sediakan kawasan yang sesuai untuk menyimpan anak benih. Tetapi untuk tanaman komersial,
sangat digalakkan buat semua rumah tapak semaian. Ini adalah untuk memastikan, anak benih yang
banyak dapat dikawal dan dijaga dengan baik.
b) Rutin Siraman
Kebiasaannya, setiap hari selepas anak pokok cili bercambah, kita akan lakukan aktiviti siraman anak
pokok pada waktu pagi dan petang. Pada waktu pagi, waktu yang sesuai adalah pada awal pagi,
bermula pada jam 7.00 – 8.00 pagi. Manakala, waktu petang pula pada jam 5.00 petang ke atas.

c) Waktu Yang Sesuai Aktiviti Pindah Tanam


Waktu yang paling sesuai adalah pada waktu petang. Bermula jam 4.00 petang ke atas.Waktu begitu,
cahaya matahari sudah beransur sejuk sedikit, sudah perlahan panas teriknya. Elakkan aktiviti pindah
tanam pada waktu tengah hari, semasa matahari memancarkan cahayanya yang terik. Ini akan
meningkatkan risiko anak pokok layu, dan kemungkinan besar akan mengalami kelayuan kekal. Ini
bertujuan untuk memberi peluang pada pokok untuk berehat dan pulih daripada pelbagai kerosakan
yang mungkin berlaku akibat kecuaian pekerja itu sendiri. Kecuaian yang sering berlaku pada
peringkat pindah tanam ini adalah akibat merentap keluar anak pokok cili dari dulang semaian secara
paksa. Seharusnya, akar anak pokok dijaga sebaiknya. Itulah bahagian yang paling sensetif pada
peringkat anak pokok. Tarik keluar dengan sempurna dan cermat. Kebiasaannya, jika usia anak pokok
pada 26 hari dan ke atas, akarnya sudah padat dan memenuhi ruangan lubang dulang semaian. Jarang
berlaku, akarnya tidak padat. Jika berlaku, mungkin pada peringkat pembesaran dalam dulang
semaian kita rendam terlalu lama dalam takungan air. Akar pokok cili tidak gemar terendam terlalu
lama di dalam air.

d) Langkah-langkah Pemindahan
Langkah Pertama

Kerja mengeluarkan anak pokok dari tapak semaian


perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan
akar pokok terputus. Kecederaan pada akar boleh
mengakibatkan renjatan pada tumbesaran pokok dan
juga boleh menyebabkan anak pokok mati. Anak pokok
dikeluarkan dari tapak semaian dengan cara memicit
bahagian bawah tray tersebut dan menarik anak pokok
keluar secara perlahan-lahan. Sebelum itu, basahkan
sedikit medium semaian supaya senang dikeluarkan.

Langkah Kedua

Anak pokok ditanam ke dalam polybag.


Digalakkan media disembur dengan air dan
semburan larutan anti kulat diberi 2-3 hari
sebelum pemindahan dilakukan.
Langkah Ketiga
Kemaskan medium tanaman dan pastikan pokok
cili ditanam ditengah polibag dan berdiri dengan
baik. Tidak perlu terlalu mampatkan bagi
memberik keselesaan kepada anak pokok.
Pindahkan dikawasan yang mempunyai
pencahayaan yang baik dan atur jadual penyiraman
dan pembajaan.

You might also like