You are on page 1of 4

1.

Penyediaan anak pokok

Terdapat dua kaedah sama ada melalui pembiakan biji benih atau kaedah
yang paling mudah adalah tut. Namun kaedah tut antara yang paling berjaya
dan memberi hasil cepat dan baik. Tetapi, kaedah tut mempunyai masalah
apabila pokok semakin membesar, akar mudah lemah dan ada kalanya boleh
menyebabkan pokok tumbang jika tidak diselenggarakan dengan baik.

2. Penyediaan medium tanaman

Medium yang sering digunakan oleh para penggemar tabulanpot terdiri daripada
tanah, bahan kompos dan sekam arang dengan komposisi 1:1:1. Selain itu juga,
bahan organik lain yang boleh digunakan termasuklah cocopeat, sekam padi dan
sebagainya. Jika tanah atau medium yang disediakan mengandungi kadar asid yang
tinggi ia tidak sesuai untuk pembiakan tabulanpot. Untuk meneutralkan semula tanah
yang berasid, campurkan sedikit kapur pertanian.
3. Pemilihan pasu

Terdapat pelbagai jenis pasu yang boleh digunakan, antaranya pasu tanah liat,
plastik simen, kayu mahupun daripada barang terpakai seperti tong drum. Namun
pasu yang dibuat daripada tanah liat atau kayu amat sesuai dijadikan sebagai wadah
untuk tabulanpot kerana ia mempunyai pori-pori atau rongga udara yang berupaya
menstabilkan kondisi tanah di dalam pasu. Selain itu juga, pasu yang digunakan
perlu mempunyai kaki atau sokongan di bahagian bawah untuk mengelakkan dasar
pasu bersentuhan dengan permukaan tanah atau lantai.

4. .Penyiraman
Penyiraman perlu dilakukan setiap hari untuk pokok yang masih belum matang.
Waktu yang sesuai untuk melakukan penyiraman adalah awal pagi dan lewat petang.

5. Pemangkasan
Terdapat 3 tujuan pemangkasan tabulanpot, sama ada ia untuk pemangkasan
bentuk, pemangkasan untuk penghasilan produk atau pemangkasan untuk
menghasilkan pucuk baru. Pemangkasan bentuk dilakukan untuk membentuk pokok
menjadi bentuk tertentu seperti topiari atau bonsai.

6. Pembajaan

Tabulanpot tidak perlu pembajaan yang kerap seperti tumbuhan lain. Ia bertujuan untuk
mengawal pembesaran pokok. Oleh itu pembajaan tabulanpot perlu dikawal rapi supaya
tidak berlebihan. Pembajaan kali pertama hanya boleh dilakukan selepas pokok mencapai
usia satu bulan selepas dipindahkan dari bekas semaian. Untuk pembajaan seterusnya ia
hanya boleh dilakukan selepas 3 hingga 4 bulan daripada tarikh pembajaan pertama
dilakukan. Gunakan baja organik siap proses untuk memastikan pokok mendapat nutrisi
yang mencukupi.

7. Pemindahan pasu

Apabila tabulanpot telah mencapai ukuran tertentu, ia perlu dialihkan ke dalam pasu baru
yang lebih besar dari saiz asal. Secara tidak langsung, pemindahan tersebut melibatkan
penggantian medium tanaman. Selepas pemindahan selesai, pemangkasan perlu dilakukan
untuk memastikan pokok dapat menyesuaikan diri dengan kondisi tanah yang baru, di
samping dapat mengurangkan kadar penyejatan air pada pokok selepas proses
pemindahan selesai.  Akar serabut yang halus perlu dipangkas sedikit untuk membolehkan
akar baru tumbuh dan stabil bersama tanah di samping dapat mengurangkan kadar
kepadatan akar di dalam tanah. Secara tidak langsung ia boleh membetulkan pengudaraan.

You might also like