You are on page 1of 2

1.

0 Analisis dan perbincangan dua aspek perbezaan individu

Perbezaan individu ialah ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental,
emosi dan sosial dalam kalangan individu. Borich dan Tombari ( 1997 ), Murid dan
Pembelajaran, oleh Noriati A.Rashid, memberi definisi bahawa perbezaan individu merujuk
kepelbagaian ciri ahli kumpulan dari segi karakter, tahap keupayaan, bentuk persahabatan
dan hubungan ibubapa dengan anak-anak. Setiap guru perlu memahami perbezaan dalam
kalangan muridnya. Oleh yang demikian, saya telah memilih dua aspek iaitu aspek kognitif
dan fizikal bagi kajian saya.

Kognitif didefinisikan sebagai proses perkembangan keupayaan berfikir dan


menaakul yang berlaku seiringan dengan perkembangan fizikal, sosioemosi dan
penguasaan kemahiran berbahasa. Saya telah menjalankan Ujian Piaget bagi mengetahui
murid-murid tersebut menguasai konsep penekalan dalam aspek kognitif ini. Saya telah
menjalankan ujian kekekalan isipadu, kekekalan nombor dan kekekalan panjang kepada
murid A dan murid B. Ketika menjalankan aktiviti tersebut mereka telah memberi pelbagai
pandangan dan jawapan dengan betul dan salah. Pertamanya bagi aktiviti kekekalan
nombor saya telah menggunakan lapan duit syiling yang disusun atasnya empat dan
bawahnya empat dengan teratur dan tepat. Saya telah menanyakan soalan kepada mereka
dan menjawabnya kedua-dua baris mempunyai duit syiling yang sama. Kemudian, saya
mengubahsuai kedudukkan duit syiling dengan menjarakkan baris atas duit tersebut. Soalan
yang sama ditanyakan dan murid A menjawab kedua-dua baris mempunyai duit yang sama
dan murid B menjawab baris tersebut mempunyai duit yang berbeza.

Seterusnya, saya telah menggunakan dua gelas air yang sama panjang dengan
dilabelkan sebagai I dan II. Kemudian, saya menyuruh murid berkenaan untuk
mengenalpasti sama ada isipadu air adalah sama atau tidak. Mereka telah menjawabnya
kedua-dua gelas mempunyai isipadu air yang sama. Kemudian, saya menuangkan air dalam
gelas II ke dalam gelas yang lebih lebar dan menanyakan soalan kepada mereka. Murid A
menjawabnya kedua-dua gelas mempunyai isipadu air yang sama dan murid B
menjawabnya kedua-dua gelas mempunyai isipadu air yang tidak sama.

Melalui ujian Piaget, saya telah mengetahui bahawa Murid A menguasai konsep
penekalan dan murid B tidak menguasainya. Perbezaan kognitif kedua-dua murid berada
dalam tahap yang berbeza. Mereka mempunyai aras kognitif yang berlainan. Murid A berfikir
dengan matang dan logik dengan menjawab soalan-soalan yang ditanyakan oleh guru
didalam kelas. Dia juga membuat kerja rumah dan kerja sekolahnya dengan betul dan
hantar tepat pada waktunya. Tetapi murid B pula, kurang mantap dalam pelajarannya serta
tidak menghantar kerja rumahnya pada waktu yang ditetapkan.
Seterusnya ialah, dari segi aspek fizikal. Kecergasan fizikal ialah kemampuan dan
kebolehan seseorang untuk melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih
mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesanggangan. Berdasarkan maklumat yang
telah saya kutip, saya mendapati bahawa murid A adalah lebih tinggi, gemuk, comel dan
berkulit putih, manakala murid B adalah lebih kurus, rendah dan juga berkulit putih. Hal ini
kerana, faktor genetik memainkan peranan yang penting dalam perbezaan antara individu.
Secara umumnya, baka ibu bapa kedua-dua murid mempengaruhi ciri-ciri fizikal seperti
ketinggian, kecantikkan, saiz badan, warna kulit dan sebagainya. Murid A juga mempunyai
berat badan sebanyak 30 Kg dan berat bedan murid B ialah 20 Kg.

Oleh yang demikian aspek fizikal merupakan aspek yang penting dan perlu difahami
oleh semua guru terhadap murid-murid mereka.

You might also like